6 cara elak pasangan anda beralih arah dan mencari cinta lain

6 cara elak pasangan anda beralih arah dan mencari cinta lain

Adakah anda merasakan yang pasangan semakin menjauh? Mari ketahui cara bagaimana untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia serta rasa sayang.

Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita?

Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah

Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh.

1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU
cara rumah tangga bahagia - hormat

Kredit: Familyshare.com

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain.

Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2. Buat pasangan rasa dihargai

Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.

Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.

3. Jangan simpan perasaan dalam hati
rumah tangga bahagia - pendam rasa

Kredit: Reader’s digest

Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.

Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Lambat laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.

Berkomunikasilah secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham. Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Hati pun berasa lega, kan?

4. Jangan perkecilkan pasangan

Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak atau orang lain.

Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.

Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan isteri masing-masing.

Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.

5. Buat pasangan rasa disayangi dan dirindui selalu
cara rumah tangga - jaga perasaan

Kredit: Rd.com

Bagaimana caranya untuk membuatkan suami atau isteri kita rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas.

Masyarakat kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.

“Faham-faham sendiri sajalah.”

“Malu aih orang dengar. Kita ni dah tua”

Ini adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang.

Tunjukkan juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.

6. Banyakkan berdoa untuk pasangan
cara rumah tangga bahagia - luah rasa

Kredit: Muslimvillage.com

Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.

Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!

Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!

Amalkan cara rumah tangga bahagia dan nikmati perkahwinan yang harmoni

Semua sikap romantis ini pasti dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kini, tiada lagi sebab mengapa pasangan anda perlu mencari cinta lain di luar sana.

Ibu ayah pula bagaimana? Adakah anda ada tip peribadi bagi mengekalkan perkahwinan yang harmoni dan gembira? Mari berkongsi cerita di ruang komen ya!

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Philippines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Urutan Yoni: Rahsia Anda Boleh “Tambat” Kebahagian Rumah Tangga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner