4 Tempat Terbaik Untuk Simpan Duit Raya Anak, Yang Menjadi Pilihan Ramai Ibu Ayah

Cara simpan duit raya hendaklah dibuat akaun untuk anak. Hal ini bagi membolehkan pulangan bagi menjamin masa depan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Duit raya dan kanak-kanak memang sinonim. Inilah golongan yang paling gembira apabila menjelang raya kerana mereka akan mendapat duit raya dengan banyak. Dengan kutipan duit raya terkumpul ini, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak akan kepentingan cara simpan duit dan pendidikan kewangan sejak kecil lagi. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini

  • Cara simpan duit raya yang mudah untuk anak-anak anda

Sedikit-sedikit kan lama-lama jadi bukit? Untuk ibu bapa yang teruja nak simpan duit anak, kami ingin kongsikan cara mudah untuk anda. Jom kita baca!

Cara simpan duit raya yang mudah untuk anak-anak anda

#1. Buat akaun simpanan

Ini antara cara paling mudah untuk anda mulakan simpanan untuk masa depan anak anda.

Pilih cara ini kerana ianya adalah kaedah penyimpanan yang selamat berbanding anda menyimpan duit raya anak anda dalam tabung. Ini bagi mengelakkan risiko kecurian atau tabung hilang.

Banyak kelebihan buka akaun simpanan. Antaranya adalah anda boleh menikmati faedah tertentu berdasarkan jumlah simpanan, anda boleh keluarkan bila-bila masa terutamanya pada waktu kecemasan dan pastinya simpanan tersebut dijamin selamat. 

#2. Buat simpanan tetap (fixed deposit)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ini berbeza sedikit dengan simpanan bank biasa kerana ia mempunyai faedah lebih tinggi.

Apa yang perlu anda lakukan ialah letak amaun minimum deposit tetap dan akan disimpan dalam bank untuk satu tempoh matang. Cuma anda tidak boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa. Sangat sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

#3. Buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada simpanan di bank, anda juga boleh buka akaun dan buat pelaburan dalam unit Amanah ASNB untuk anak anda daripada bayi lagi.

Khusus untuk golongan bumiputera, anda boleh buka akaun serendah RM10 sahaja. Anda dan anak anda juga boleh menikmati faedah simpanan dalam jangka panjang. 

#4. Buka akaun Tabung Haji (TH)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah antara pilihan menarik bagi mereka yang beragama Islam terutama sekali sekiranya simpanan anak anda sudah mencapai RM1,300.

Ibu bapa boleh terus daftarkan anak mereka untuk giliran haji. Untuk simpanan di Tabung Haji, anda tidak perlu membayar zakat 2.5% kerana ianya telah dibayar melalui simpanan anda dan tiada cukai dikenakan.

Selain daripada pilihan yang disebutkan di atas, anda juga boleh memyimpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai sebuah pelaburan untuk masa depan anak anda ke pendidikan tinggi. Atau anda boleh memulakan simpanan emas dalam bentuk barang kemas, dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh simpan duit raya anda dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Apa-apa pun, pastikan anda simpan duit raya anak untuk tujuan pelaburan masa hadapan mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ibu Ayah, Jom Sediakan Simpanan Untuk Anak Di Salah Satu Dari 5 Akaun Junior Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak, Ajar Mereka Menabung Sekarang Agar Sedikit-Sedikit, Lama-Lama Jadi Bukit!

Baca Juga: 5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman