Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama & Kekal Segar, Wanita Ini Kongsi Kaedah Yang Betul

Cara simpan sayur agar tahan lama dalam peti sejuk ada beberapa kaedah. Lepas ini ibu-ibu sudah tidak perlu ulang-alik ke kedai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara simpan sayur adalah perkara yang cukup penting bagi ibu-ibu memastikan sayur-sayuran sentiasa kekal segar dan tahan lama. Terutamanya untuk mereka yang tinggal di rumah jenis bertingkat seperti flat, pangsapuri, apartment dan sebagainya.

Kalau duduk rumah teres, tak apalah boleh bercucuk tanam.

Apa yang anda boleh baca menerusi artikel ini?

  • Cara simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama

Cara simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama

Oleh itu seorang pengguna Facebook, Hani Mynis, baru-baru ini telah berkongsi tips yang berguna untuk anda di luar sana yang ingin menyimpan sayur-sayuran menggunakan kaedah sejuk beku.

Maklumlah, nanti tak adalah panik di pagi raya bila ada bahan yang tak cukup bahan untuk buat rendang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Basuh sayur-sayuran itu tadi sehingga bersih terlebih dahulu.
  • Tengok macam mana nak guna sayur itu, kalau boleh potong terus. Macam daun kunyit untuk nak masukkan ke dalam rendang, potong siap-siap dengan cara yang betul.
  • Kalau nak guna, keluarkan sikit-sikit daripada bekas atau plastik. Yang selebihnya simpan dalam peti beku semula. Jangan lengah-lengah, nanti lupa, lembik pula sayurnya.
  • Kalau nak guna, tak perlu basuh dah sebab awal-awal simpan dah basuh, jadi boleh terus guna dan campak terus ke dalam kuali. Tak perlu defrost. Dalam keadaan beku, boleh terus masukkan ke dalam kuali/periuk.
  • Kalau nak guna daun sup, masukkan ke dalam bekas kecil-kecil dan asingkan untuk penggunaan sekali, tambahkan air sikit paras daun, biarkan supaya menjadi air batu daun sup.
  • Kalau daun ketumbar, tak best sangat kalau bekukan sebab nanti hilang pula kerangupannya.

Nak tahu tahan berapa lama? Lebih kurang tiga hingga enam bulan, insyaAllah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan idea buat para wanita di luar sana. Lepas ini tak adalah asyik nak kena keluar pergi beli sayur dan daun-daun untuk masukkan ke dalam masakan.

Simpan sahaja, tak perlu bercucuk tanam pun! Asalkan, pandai jaga dan setiap kali guna kena simpan semula dengan menggunakan kaedah-kaedah yang diberikan di atas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Buat Bawang Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat, Bantu Cepatkan Proses Memasak

Baca juga: 7 Jenis Masakan Mesti Ajar Pada Anak Perempuan, Lelaki Kalau Nak Mereka Pandai Berdikari

Baca juga: Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Scurvy Serta Sawan, Guna Tips Saranan Doktor Ini Untuk Tambah Khasiat Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.