Ibu, apa kata anda luangkan masa untuk berehat dan ikuti beberapa cara tenangkan diri ini. Tidak dinafikan, kesibukan ibu menguruskan rumah pastinya meletihkan, dan anda pasti merasa seolah-olah anda tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.
Tetapi sebenarnya anda harus memberi masa untuk tubuh berehat sebentar, tenangkan diri buat seketika hanya untuk beberapa minit sebelum menyambung urusan seharian.
Baca juga: Ibu Jangan Terlalu Rajin, Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab!
Cara tenangkan diri dari kesibukan urusan seharian
Setiap individu perlukan rehat yang mencukupi, malah kalau nak diikutkan, kerja rumah memang tidak pernah habis!
Sebaiknya anda letak sekejap kain yang perlu dibasuh itu, tinggalkan sebentar anak-anak dengan mainan atau siapkan makanan tengahari lebih awal dari biasa agar anda dapat luangkan masa untuk diri sendiri pada hari tertentu.
Kadang-kadang disebut sebagai waktu tenang, berehat dengan mata tertutup dapat menenangkan fikiran, membenarkan minda anda istirahat (kerana anda tidak berfikir secara aktif atau menumpukan perhatian pada sesuatu) dan biarkan otot dan organ anda berehat.
Ia juga boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan mood anda, dan meningkatkan kewaspadaan, kejelasan mental, kreativiti dan motivasi. Semua perubahan ini dapat meningkatkan produktiviti anda.
Apakah cara tenangkan diri yang anda boleh lakukan dalam masa yang terhad?
#1. Pandang siling dan kira 1 hingga 60
Memandang ke atas merangsang sistem saraf parasympathetic, yang menurunkan tekanan darah dan melambatkan kadar nafas. Pengiraan yang perlahan dan bersahaja juga akan membantu menghilangkan minda anda dari gangguan.
#2. Tulis kegusaran anda dalam buku nota
Tempatkan masalah anda di atas kertas dan biarkan ia di situ buat sementara – ini mungkin akan membantu anda elak dari memikirkannya semasa anda sedang berehat.
#3. Tarik nafas dan hembus 1o kali
Pernafasan yang mendalam melambatkan kadar jantung dan menenangkan badan. Fokus pada perut anda, tarik dan hembus nafas akan membantu anda menumpukan pada badan anda serta menghalang gangguan luar.
#4. Bayangkan diri anda berada di atas awan
Imaginasi adalah alat meditasi yang kuat yang dapat membuatkan anda lari sementara dari kebimbangan dan tekanan setiap hari.
Sertakan semua deria anda untuk mengambil bahagian: Bayangkan apa yang anda lihat, dengar, dan bau di tempat yang aman ini.
#5 Relaks dengan kerusi urut terbaru dari OGAWA
Badan anda memerlukan tidur dan rehat, namun anda boleh berehat dan menenangkan diri semasa duduk, dengan bermeditasi atau terlibat dalam visualisasi atau latihan bernafas dalam. Yang penting adalah memberikan minda dan badan anda peluang untuk pulih dan cergas semula apabila anda merasa tidak bersemangat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: health.com
Baca juga: Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom ‘Sunyi’ Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti