Jika Betul Teknik Urutan Bayi Boleh Beri Banyak Manfaat Pada Badannya!

Nak urut bayi anda? Nak urut pun perlu cara terbaik dan teknik yang betul tau untuk urut anak anda. Kami kongsikan tips & panduan untuk urut bayi disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda suka berurut? Kalau anda suka berurut, apatah lagi bayi anda! Kajian mendapati urutan bayi memberikan banyak manfaat pada bayi dan memberikan kualiti tidur yang baik. Mungkin ada ramai ibu bapa yang nak urut bayi tetapi tidak tahu bagaimana.

Malah, mungkin ada juga yang mengambil mudah perkara ini. Tetapi, sebenarnya dengan urutan yang baik, anak anda tidak akan mudah untuk kembung perut dan sebagainya tau!

Takut nak urut bayi? Itu adalah perkara yang biasa! Kami pasti ada yang berasa ragu-ragu nak urut kerana tidak mengetahui teknik serta cara yang betul. Kali ini, kami akan kongsikan cara terbaik untuk anda mengurut bayi. Tetapi sebelum itu, mari kita baca mengenai urutan bayi dengan lebih lanjut.

Apa itu urutan bayi?

Kredit: Pexels

Urutan bayi adalah sesuatu perbuatan mengurut bayi dengan tujuan untuk menenangkan bayi dan memberikan kelegaan.

Kebiasaannya, anda digalakkan untuk mengurut bayi pada awal lagi. Jadi, anda tidak perlu tunggu sampai anak anda besar untuk mengurutnya. 

Apakah kelebihan urutan bayi?

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena
  • Sebagai salah satu cara komunikasi antara anak dan ibu yang mana ianya merupakan ransangan istimewa. Ianya sebagai tanda kasih sayang, hormat dan belas kasihan.
  • Membantu tumbesaran bayi dan meningkatkan kesihatan
  • Membantu menormalkan otot
  • Meningkatkan sistem imun anak anda dan keseluruhan fungsi saluran gastrointestinal

Sebab itu, anda digalakkan untuk urut anak anda bila anak anda kembung dan sebagainya!

Bila waktu sesuai untuk urut bayi

Anda boleh mengurut bayi anda sebelum anda memandikan anak anda atau pun urut bayi selepas mandi yang mana pada waktu tersebut anak anda berasa lega. Apa-apa pun kena tengok mood bayi juga. Adakah anak bersedia untuk diurut ataupun tidak.

Jika anak anda tidak suka apabila anda mula-mula mengurutnya, anda boleh urut ke bahagian lain. Jika tidak, berhenti mengurut dan cuba pada hari lain. Beri anak anda masa.

Anda boleh lakukan urutan bayi secara harian. Boleh mula secara perlahan-lahan dalam tempoh 15 minit sehingga 30 minit. Tetapi, ingat ya ibu bapa. Bayi kalau nak suruh fokus lama, memang susah gayanya. Jadi, tak hairanlah kalau bayi dah nak bergerak-gerak bila anda mula mengurutnya. 

Anda dah sedia untuk urut anak anda? Pertama sekali, anda kena pastikan bahawa anda mempunyai alatan berikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips untuk urut bayi anda

  • Sediakan tuala lembut atau selimut untuk meletakkan anak anda diatasnya.
  • Gunakan minyak bayi yang lembut. Anda boleh cuba dahulu pada kulit anak anda terlebih dahulu untuk pastikan anak anda tidak mengalami iritasi pada kulit. Jangan pakai minyak sebarangan tau!
  • Sediakan tempat urut yang selesa. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas takut anak anda rimas nanti dan keadaan bilik yang tidak terlalu terang.
  • Jangan urut bayi dalam keadaan selepas anak anda makan ataupun mengantuk. Urut bayi sewaktu anak anda dalam keadaan tenang dan berjaga-jaga.
  • Pastikan ibu bapa sudah membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum memegang bayi dan tidak memakai apa-apa yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi seperti rantai ataupun jam.
  • Urut selembut yang boleh dan jangan ganas-ganas ya ibu bapa.
  • Berbual-buallah dengan anak untuk berikan keselesaan pada anak anda.

Jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai cara nak urut bayi!

Cara nak urut bayi

Kredit: Pexels

Anda sudah mempunyai minyak di tangan? Bagus! Titiskan beberapa minyak di atas telapak tangan dan anda boleh mulakan!

#1 Mulakan dari kaki

Anda boleh sahaja mula mengurut pada mana-mana bahagian tetapi adalah lebih baik kalau anda mula mengurut daripada kaki terlebih dahulu. Ini kerana kaki adalah bahagian yang kurang sensitif berbanding bahagian lain. Anda boleh mulakan dengan peha dan urut dari atas hingga bawah sebanyak 3 kali. Kemudian, boleh ulang pada kaki lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Urut tapak kaki

Bila peha dah setel, perlahan-lahan anda urut tapak kaki anak anda. Cuba pusingkan kepada beberapa arah secara lembut. Mula daripada tumit sampailah ke jari kaki. Ulang pada kaki lain. Pada tapak kaki anak anda, gunakan ibu jari anda untuk buat bulatan pada tapak kakinya. Ulang selama 3 kali dan pada kaki lain.

#3 Urut jari kaki

Bagi urutan jari kaki, anda tidak perlu menggunakan keseluruhan jari anda. Cukuplah dengan hujung ibu jari dan jari kedua kerana kita tidak mahukan tekanan yang berlebihan untuk urut jari kaki anak anda. Mula dari atas sehinggalah ke hujung jari kaki. Ulangi langkah sebanyak 3 kali.

#4 Lengan

Kemudian, kita pergi ke bahagian lengan. Mulakan dari atas dan urut perlahan-lahan. Seperti kaki tadi juga, pusingkan tangan anak anda ke beberapa arah dengan lembut. Lakukan sebanyak 3 kali urutan dan ulangi semula langkah pada tangan lain.

#5 Tangan

Ingat tak urutan pada tapak kaki tadi? Anda lakukan yang sama pada tangan dengan menggunakan ibu jari dan buat bulatan. Lakukan perkara yang sama pada tangan lain.

#6 Jari tangan

Untuk jari tangan, anda perlu urut bermula daripada bawah sehinggalah ke hujung jari dan lepaskan jari secara perlahan-lahan. Buat untuk semua jari. Anda hanya perlu gunakan hujung jari anda sahaja untuk urut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7 Dada

Untuk urutan pada dada, urut secara urut keluar dari bahagian dada dengan meletakkan tangan anda pada dada bayi. Ulangi selama 3 kali. Kemudian, anda boleh letakkan satu tangan anda pada dada dan urut perlahan ke arah peha. Buat sebanyak 3 kali.

#8 Belakang badan

Akhir sekali, belakang badan anak anda. Pusingkan anak anda secara perlahan di bahagian perut. Urut dengan membuat gerakan bulat bermula pada leher dan paras punggung pada tulang belakang.

Sumber: myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah – Kajian

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman