5 Cara Tidurkan Bayi Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Botol Susu

Anak susah nak tidur malam kalau tak ada susu botol? Kami ada 5 cara tidurkan bayi dengan mudah tanpa gunakan susu botol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak pujuk anak bercerai susu badan memang susah apatah lagi apabila anak mula-mula bercerai susu botol. Bagi ibu bapa yang mengalami masalah ini, anda tidak keseorangan kerana terdapat ramai lagi ibu bapa yang menghadapi kesukaran yang sama. Kami tahu cara tidurkan bayi dengan mudah tanpa menggunakan botol!

Perkara yang paling mencabar sekali buat ibu bapa bukan hanya bercerai botol tetapi apabila anda hendak melatih anak anda untuk tidur tanpa perlu menyusu kerana anak anda pasti akan menangis jika tidak diberi susu atau sesuatu yang menenangkannya.

Tanyalah kepada mana-mana ibu di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Senang tak nak pujuk anak tidur?

Ini sememangnya satu cabaran yang memerlukan dedikasi serta usaha keras para ibu bapa. 

Maklumlah apabila anak anda sudah lama bergantung dengan susu untuk tidur. Cubaan untuk melatih anak anda untuk tidur sendiri pastinya tidak mudah kerana anak anda mesti merengek untuk mendapatkan perhatian anda saat terjaga di waktu malam untuk mendapatkan susu. 

Cara tidurkan bayi dengan mudah

Cabarannya di sini ialah bagaimana ibu bapa boleh pastikan bahawa anak mereka boleh tidur tanpa pemberian susu botol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses wean off atau bercerai susu bukan boleh berlaku sekelip mata sahaja. Begitu juga dengan proses melatih anak anda tidur tanpa susu botol. 

Walaupun ianya tidak mudah, tetapi ianya bukanlah mustahil. 

Jom kita ketahui apakah langkah-langkah yang ibu bapa boleh ambil untuk melatih anda tidur tanpa perlu menggunakan susu botol di waktu malam.

#1 Tukar botol kepada cawan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses bercerai susu botol bukanlah mudah

Pada permulaannya, ibu bapa akan mengalami kesukaran untuk memisahkan anak dengan susu botol tapi ibu bapa tidak perlu bimbang. Anda boleh menukarkan botol kepada cawan kecil untuk anak kecil membiasakan diri. Mulakan langkah demi langkah untuk membuatkan anak biasa dengan penggunaan cawan dan bukannya botol.

Jika anak anda sudah besar, anda juga boleh minta anak anda pilih sendiri cawan mana yang dia sukai untuk anak anda minum sebelum tidur. Berikan dua pilihan cawan yang comel atau dari watak kartun kegemarannya. Pasti anak anda akan suka! Dari situ anda boleh mula secara perlahan untuk berhenti memberi susu menggunakan kepada anak anda sebelum tidur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan penggunaan cawan juga, anak anda kurang meminum susu berbanding daripada menggunakan botol. Jadi ini salah satu cara tidurkan bayi dengan mudah. 

#2 Beri dorongan dan pujian kepada anak

Nak tidurkan bayi dengan mudah kenalah ucapkan kata-kata yang baik dan pujian kepada anak anda apabila anda mula cuba untuk memisahkannya daripada susu seperti ‘Adik budak baik’ atau ‘Pandainya anak mama’. Ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan juga sokongan kepada anak. 

Pada mulanya, proses penceraian susu botol daripada anak anda boleh memberikan impak yang sangat besar kepada anak. Apabila anak anda sudah terbiasa dengan susu botol, anak anda akan sentiasa meminta susu daripada anak untuk tidur. 

Anak anda pasti akan menangis pada awal anda melatihnya untuk tidur sendiri tanpa susu botol. Para ibu atau bapa diingatkan agar jangan memarahi atau menggunakan kata-kata kurang enak kepada anak anda ketika mereka menangis sebaliknya ibu atau bapa haruslah memujuk anak dan memberikan dorongan kepada mereka. Katakan perkara yang elok, maka baiklah juga kejadiannya nanti. 

#3 Minta anak pilih barang sebagai pengganti botol

Anak anda susah nak tidur tanpa meminum susu botol atau memegang botol susu mereka? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada saat ini, ibu bapa perlu bijak untuk mencari pengganti kepada botol susu ini kerana sekali lagi, anak anda sudah terbiasa menjadikan botol susu sebagai comfort item mereka sewaktu tidur. 

Pernahkah anda cuba memisahkan anak anda dengan botol, kemudian masih lagi anak anda tercari-cari lagi botol mereka dalam gelap?

Anak anda memerlukan sesuatu untuk menenangkan mereka sewaktu tidur. Jika anak anda masih lagi suka akan botol susu, anda juga boleh meminta anak anda memilih barangan lain sebagai pengganti botol. Cuba berikan teddy bear comel kegemaran ataupun bantal peluk untuk anak anda tidur bersama pada malam itu. Biarkan anak anda pilih sendiri dan jangan paksa anak anda untuk terima barangan tersebut. 

#4 Tukar rutin tidur

Elak menukar rutin supaya tidak mengganggu rutin tidurnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak anda sudah biasa tidur pada waktu kebiasaannya, anda juga boleh menukar rutin tidur anak anda agar anak anda senang membiasakan diri dengan keadaan baru. Pastikan keadaan bilik mahupun tempat tidur mempunyai suasana yang tenang dan aman agar anak anda mudah berasa untuk tidur.

Kalau tidak, boleh bersilat gayanya ibu bapa untuk meminta anak untuk tidur. 

Sekiranya anda menggunakan crib, anda boleh meletakkan permainan untuk biarkan bayi anda ralit bermain sehingga tidur sebagai satu cara untuk mengalihkan perhatian mereka daripada meminta susu. 

#5 Campur susu botol dengan air

Nak paksa anak tak boleh. Jadi kenalah anda sendiri buat secara halus. Sekiranya anak anda masih lagi ingin minum susu botol. Tidak mengapa kerana ada caranya untuk membuatkan anak anda tidak lagi berasa minat untuk minum susu botol.

Caranya adalah ialah dengan mencampurkan sedikit air ke dalam susu botol. 

Nampak macam biasa tetapi kaedah ini sebenarnya memberi manfaat kepada anak anda dalam jangka masa yang panjang. 

Apabila anda mencampurkan air ke dalam susu, susu akan menjadi tawar dan tidak lagi rasa kaya dengan rasa susu. Dalam beberapa hari pertama, cuba campurkan susu sedikit demi sedikit. Kemudian, terus berikan air kepada anak anda. Sudah pasti lepas ini, anak anda dah tidak mempunyai minat untuk minum susu dalam botol. Tengok-tengok dah tidur sendiri kerana sudah tidak perlu menggunakan botol lagi!

Sumber: Today’s Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

Baca juga: Cara menyusu bayi dengan betul mengunakan botol

Penulis

Nina Osman