Tahu tak kegunaan white noise, atau bunyi putih ini memang berkesan sebagai cara tidurkan bayi? Ya, ramai sebenarnya ibu bapa yang tak tahu dengan kewujudan bunyi ini, lantas hanya mengalunkan zikir kepada bayi, tapi percaya atau tidak tak semua bayi boleh tidur dengan alunan zikir.
Malah ada juga ibu bapa yang skeptikal dengan penggunaan white noise. Menurut perkongsian Baby Language di Facebook ada keluarga yang sampai ‘bertekak’, isteri nak pakai, suami tak setuju. Ibu nak pakai, atuk nenek tak berkenan pula.
Bagi orang tua-tua memang zikirlah yang paling berkesan dan lebih afdal digunakan. Walhal tiada peraturan pun pengunaan muzik apa, zikir apa atau bunyi apa dalam menidurkan bayi.
Ini penjelasan mengapa white noise menjadi cara tidurkan bayi oleh pakar
Menurut kata Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Uswatun Hasanah bt Mohd Habib, manusia dah dengar white noise sejak dalam perut. Bunyi rahim ialah white noise pertama semua manusia.
Kenapa bunyi rahim ialah sejenis white noise? White noise ialah bunyi yang terdiri dari campuran pelbagai frequency bunyi dalam julat yang dapat di dengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan AMPLITUD (kekuatan bunyi/saiz gelombang) yang SAMA.
Perkataan ‘white’ di guna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada CAMPURAN pelbagai warna : merah +jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = JADI PUTIH.
So, bila bunyi: jantung ibu, peredaran darah ibu, cecair badan ibu, air ketuban, pergerakan organ ibu, pergerakan otot dan tisu ibu, bunyi dari luar, bergabung cipta bunyi yang harmoni yakni dikenali sebagai white noise.
3 Ciri asal white noise
- Monotone berulang (I tone bunyi saja yang berulang-ulang)
- Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
- Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap)
Sebab itu Al-Quran dan zikir BUKAN white noise.
Kerana ia tiada asal ciri di atas.
Bunyi white noise itu APA-APA bunyi dengan 3 ciri di atas. Misalnya: hujan, ombak, sungai, bunyi vacuum cleaner, pengering rambut, enjin kenderaan, pemotong rumput, mesin fotostat, akuarium, air pancur dan lain-lain.
Bolehkah menggunakan Al Qur’an dan zikir sebagai ganti white noise?
Boleh saja jika TERNYATA ia bantu bayi lena. Harus ingat ya, BUKAN SEMUA BAYI LENA dan tenang dengan Al Qur’an dan Zikir.
Punca utama bayi kecil selalu nangis dan sukar lena sebab panik dan tak biasa dengan peralihan alam rahim-dunia. Bukan sebab ada masalah jiwa kering jauh dari agama.
Yang nak tidur tu bayi, dah Allah pun dengarkan dia dengan white noise rahim selama 9 bulan, nak hairan apa kalau bayi tetap nak cari white noise untuk lena?
Cara tidurkan bayi dengan white noise
Ibu bapa perlu faham fungsi white noise ini, dan mengapa ia efektif untuk membuat bayi tidur lena. Ia bukan sekadar ikutan dari parenting barat semata.
Kerana bayi manusia dah hidup bertemankan bunyi white noise sepanjang 9 bulan.
Bunyi statik dan sekata (berulang-ulang) dari white noise beri kesan rileks/pukau (hypnotize) kepada otak manusia yang ‘busy’. Itulah kerja white noise! MENENGGELAMKAN apa-apa bunyi tambahan supaya manusia dapat kekal lena tanpa mudah rasa terganggu dengan bunyi sekeliling.
Jika ibu bapa pertama kali ingin mencuba, anda boleh pasangkan alunan bunyi white noise ini dari saluran Youtube atau Spotify. Jika anda inginkan sesuatu lebih real, boleh dapatkan mesin white noise sendiri.
Namun untuk mencuba buat pertama kali eloklah alunkan dulu daripada saluran yang ada. Bimbang pula ada anak yang tidak serasi.
Anak sering menangis itu ‘ujian’
Kata puan Uswatun lagi, sepanjang kerjayanya ada ibubapa yang mengadu kenapa anak mereka ‘susah sangat’ nak di jaga sedangkan sepanjang hamil, ibubapa dah berusaha banyakan amal ibadah dan dah biasakan anak dengar ayat-ayat suci.
Ibubapa ini harap sangat dapat anak yang ‘mudah’ dan ‘tenang’ asbab usaha mereka sejak sebelum anak di lahirkan. Tapi yang mereka dapat adalah sebaliknya…
Tuan-puan, inikan namanya ujian.
Kenapa pula kita sebagai hamba ini nak expect Allah itu berkerja menurut kehendak kita?
Ramai saja non Muslim dan yang tak percaya Tuhan di kurniakan anak easy going.
Tak salah guna Alquran dan zikir sebagai ganti white noise kerana walaupun Alquran dan zikir bukan dari jenis white noise, ia termasuk dari kategori ‘soothing sound’ (bunyian menenangkan).
Ia sama seperti lagu instrumental, lullaby, nursery rhymes.
Gunalah apa saja bunyi asalkan bayi tenang dan lena.
Buat pilihan apa yang boleh membuatkan bayi tidur lena, jika bayi anda tidur lena dengan bunyi white noise maka gunalah, jika lena dengan alunan zikir, maka dengarkanlah.
Baca juga: Penting Untuk Tetapkan Waktu Tidur Bayi Terlebih Dahulu, Sebelum Sleep Train
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal dilaman theAsianparent Malaysia
Sumber: Baby Language