Guna Cara Uji Kehamilan Ini Untuk Tahu Sama Anda Mengandung Atau Tidak, TANPA Pregnancy Test!

Adakah anda tahu yang ada beberapa cara uji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah tanpa perlu keluarkan duit beli pregnancy test di kedai?

Anda tahu tak, sebenarnya ada cara uji kehamilan lain selain beli pregnancy test untuk periksa sama ada anda mengandung atau tak?

Cara uji kehamilan ini tak memerlukan anda untuk keluar rumah pun dan anda boleh tahu keputusan dengan cepat. Cara ini dah digunakan sejak dari zaman dulu lagi tahu!

Jom kita lihat apakah cara uji kehamilan tanpa beli pregnancy test ini.

7 cara uji kehamilan tanpa perlu beli pregnancy test

Kredit: dreamstime.com

Cara untuk uji kehamilan dari rumah ini sama seperti anda beli pregnancy test yang dijual di kedai, iaitu dengan mengesan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam air kencing anda.

Jika anda hamil, anda akan dapat melihat reaksi kimia antara kandungan hCG dalam air kencing anda dengan bahan yang anda gunakan untuk menguji kehamilan ini.

Ini antara cara-caranya:

1. Cara Uji Kehamilan: Air kencing dalam balang

Kredit: Unsplash

Letakkan air kencing pertama anda pada waktu pagi (kandungan hCG lebih kuat pada waktu pagi) ke dalam balang bersih. Letakkan balang di atas permukaan rata.

Jika anda tak nampak apa-apa perubahan, ini bermakna anda tak mengandung. Jika anda mengandung, anda akan lihat lapisan nipis berwarna putih akan membentuk pada permukaan air kencing anda.

Baca juga: Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

2. Cara Uji Kehamilan: Ujian gula

Kredit: stuff.co.nz

Sudah tentu anda ada gula di rumah, kan? Gula adalah cara yang mudah untuk mengesan kandungan hCG dalam air kencing anda

Caranya, letakkan tiga sudu kecil gula putih ke dalam mangkuk bersih, masukkan air kencing anda ke dalam mangkuk berisi gula dan biarkan ia selama lima ke 10 minit.

Jika gula larut, anda tak mengandung. Tapi jika gula tak larut, maknanya air kencing anda mengandungi hCG kerana hCG tak boleh melarutkan gula.

3. Cara Uji Kehamilan: Ubat gigi

Kredit: healththoroughfare.com

Pastikan anda guna ubat gigi berwarna putih. Letakkan dua sudu besar ubat gigi ke dalam bekas bersih dan campurkan dengan air kencing anda. Tunggu sehingga lima ke 10 minit.

Anda tak akan nampak apa-apa perbezaan jika keputusannya negatif. Tapi, kalau anda mengandung, ubat gigi akan bertukar menjadi biru dan/atau berbuih.

4. Cara Uji Kehamilan: Bahan peluntur

Kredit: washingtonpost.com

Bahan peluntur seperti clorox boleh digunakan untuk menguji kehamilan. Tapi pastikan anda memakai sarung tangan dan penutup muka, lebih-lebih lagi jika anda memang mengandung.

Kalau boleh, elakkan dari buat ujian ini di kawasan yang tertutup.

Letakkan satu cawan bahan peluntur dan dalam cawan lain, letakkan air kencing anda (cuba dapatkan sekurang-kurangnya setengah cawan).

Campurkan air kencing anda ke dalam bahan peluntur dan tunggu sehingga tiga ke lima minit.

Jika tak ada apa-apa reaksi atau berbuih sedikit, ini bermakna anda tak mengandung. Jika anda mengandung, campuran ini akan mula berbuih-buih.

5. Cara Uji Kehamilan: Cuka putih

Kredit: thespruce.com

Letakkan setengah cawan cuka putih ke dalam mangkuk bersih dan campurkan air kencing anda. Tunggu selama tiga ke lima minit.

Anda akan melihat perubahan warna jika anda mengandung dan tak ada perubahan jika keputusannya negatif.

6. Serbuk penaik untuk ketahui jantina bayi

Kredit: seriouseats.com

Jika anda dah tahu yang anda hamil dan tak sabar untuk ketahui apa jantina bayi, anda boleh cuba cara ini.

Walaupun tak ada bukti keberkesanannya secara saintifik, tapi ramai ibu mengatakan yang ia memang berkesan!

Letakkan dua sudu besar serbuk penaik ke dalam mangkuk bersih. Letakkan air kencing anda pada mangkuk lain dan campurkan air kencing anda ke dalam mangkuk berisi serbuk penaik.

Jika campuran ini berbuih seperti air gas, ini bermakna anak anda lelaki dan jika tak ada apa-apa reaksi, kemungkinan anda dapat anak perempuan.

7. Perhatikan tanda-tanda awal

Jika anda hamil, badan anda selalunya akan memberikan tanda-tanda yang anda sedang mengandung

Jadi perhatikan tanda-tanda awal seperti; mual/muntah, payudara sakit atau bengkak, selalu buang air kecil, cepat penat, mengidam, kejang badan, cepat marah, sakit kepala atau keluar sedikit darah (spotting).

Walaupun cara uji kehamilan dari rumah ini biasanya berkesan, ia tak 100% tepat. Sentiasa sahkan dengan doktor anda melalui ujian darah atau imbasan ultra untuk kepastian.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: MomLovesBest

Baca juga: Selain Tidak Datang Haid, Ini Antara Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Patut Anda Tahu

Penulis

Nadia Ghafar