Cara Mandi Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Panduan Lengkap Dan Mudah Untuk Ibu Ayah

undefined

Cara mandi bayi baru lahir memerlukan perhatian khusus dan lebih berhati-hati supaya bayi berasa selesa dan selamat semasa proses mandi

Memandikan bayi baru lahir adalah pengalaman yang berharga buat ibu ayah. Adalah normal jika anda berasa takut dan kurang yakin dengan cara mandi bayi baru lahir kerana si manja begitu kecil dan sangat fragile.

Hal ini kerana mandi bayi baru lahir perlu dilakukan secara berhati-hati serta teliti dengan mengutamakan sentuhan lembut. Bagi ibu ayah baharu, memandikan bayi mungkin antara rutin yang agak mencabar dan penuh debaran.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap tentang cara mandi bayi baru lahir, waktu mandi bayi dalam Islam, waktu sesuai mandi bayi baru lahir dan bayi baru lahir mandi berapa kali sehari.

Cara Mandi Bayi Baru Lahir

cara mandi bayi baru lahir, mandian baby, waktu mandi bayi dalam islam, bayi baru lahir mandi berapa kali sehari

Kehadiran ahli baharu dalam keluarga adalah peristiwa yang menggembirakan. Antara salah satu pengalaman ibu ayah akan belajar adalah cara mandi bayi baru lahir.

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti rutin biasa, waktu mandi bayi baru lahir memerlukan pertimbangan khusus kerana kulitnya yang halus, kawalan leher yang terhad, dan si manja sensitif terhadap perubahan suhu.

Berikut panduan dan cara mandi bayi baru lahir dengan betul:

#1. Sediakan Air Mandian Baby

Sebelum memulakan cara mandi bayi baru lahir, penuhkan bekas mandian dengan air suam. Periksa suhu air dengan menggunakan siku untuk memastikan kehangatannya.

Penting untuk diingat agar tidak menggunakan air sejuk, kerana dapat menyebabkan penurunan suhu badan bayi atau hipotermia.

Untuk pengetahuan ibu ayah, daya ketahanan bayi belum kuat. Penggunaan air sejuk dapat mengejutkan bayi, menyebabkan warna kulitnya menjadi biru, dan meningkatkan risiko terkena penyakit sawan.

Selain dari penggunaan air suam, ibu bapa juga disarankan untuk tidak memasang kipas atau membuka tingkap untuk mengelakkan bayi dari rasa sejuk.

#2. Membersihkan Bahagian Wajah Bayi

Bersihkan wajah bayi menggunakan kapas atau kain bersih yang telah dicelupkan dalam air suam. Mulakan dengan membersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

#3. Membersihkan Bahagian Kepala 

Seterusnya adalah membersihkan kepala bayi. Elakkan air masuk ke telinga bayi. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

#4. Menyiram Air Pada Tubuh Bayi

Langkah keempat adalah menyiram bayi dengan sedikit air pada satu-satu masa. Bersihkan dengan teliti di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki, dan punggung bayi.

#5. Bilas Dengan Air Suam 

Setelah itu, bilas bayi dengan air suam bersih dan keringkan badan bayi dengan lembut. Akhir sekali, sapukan tubuh bayi dengan losen, bedak, dan pakaikan baju.

#6. Menyusu Bayi 

Ibu digalakkan untuk menyusukan bayi selepas proses mandian kerana bayi mungkin merasa lapar.

Proses memandikan bayi perlu dilakukan dengan cermat dan selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini seperti air masuk ke telinga dan hidung bayi atau kulit bayi yang terlecur.

Cara Lain Mandi Bayi Baru Lahir

#1 – Menyediakan Keperluan Mandian Baby

Cara Mandi Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Panduan Lengkap Dan Mudah Untuk Ibu Ayah

  1. Mula dengan mengumpul semua barang-barang mandian yang anda perlukan (tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik dan tempat untuk menukar lampin bayi.

  2. Sediakan tuala terbentang untuk mengeringkan bayi anda.

  3. Pastikan bilik berada pada suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu. Isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5 cm.

  4. Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku – ia mestilah kira-kira 36 ° C dan tidak rasa panas pada kulit anda.

  5. Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi anda. Pangku bahagian kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong  bahagian bawah badannya dengan tangan yang lain.

  6. Dengan perlahan-lahan masukkan bayi anda ke dalam tab mandi.

#2 – Guna cara memandikan bayi baru lahir ini

cara memandikan bayi baru lahir

  1. Tanpa melepaskan tangan, lembapkan kapas dengan air suam dan bersihkan kelopak mata anak baru lahir anda dengan perlahan-lahan.

  2. Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang baru untuk setiap mata yang berbeza.

  3. Hanya sedikit sabun bayi diperlukan untuk membasuh rambut bayi baru lahir anda. Sesetengah ibu bapa hanya menggunakan air dan kain lap.

  4. Bayi tidak perlu menggunakan sabun sehingga mereka lebih besar. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan anda sehingga bebas sabun.

  5. Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru lahir (1), kemudian bahagian leher dan badan (2), akhirnya bahagian paha, kaki dan bahagian genital  (3).

#3 – Langkah terakhir: Jangan biarkan dia seorang diri

cara memandikan bayi baru lahir

  1. Bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak berendirian di dalam bilik mandi, tanpa pengawasan.

  2. Sekiranya anda perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi anda dengan tuala dan bawanya bersama anda.

  3. Elak dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin dan senang tergelincir dari tangan.

  4. Pastikan anak anda sudah berpakaian dan sedang baring dengan selamat di dalam katilnya sebelum anda membersihkan tab mandi yang digunakan tadi.

Keperluan Mandian Baby

Apakah kelengkapan yang anda perlu sediakan sebelum memandikan bayi baru lahir? 

  • pelapik untuk permukaan keras, seperti selimut atau tuala
  • semangkuk air suam, tidak panas
  • kain lap1
  • sabun bayi yang lembut
  • lampin bersih
  • tuala bayi
  • sediakan lampin pakai buang dan pakaian bayi supaya lebih mudah dan tidak tercari-cari

Waktu Sesuai Mandi Bayi Baru Lahir 

Waktu sesuai mandi bayi baru lahir adalah antara pukul 10 pagi dan pukul 5 petang. Pastikan untuk tidak meninggalkan bayi dalam keadaan tidak berpakaian.

Ia adalah lebih baik untuk membungkus bayi dengan napkin atau kain khas supaya bayi tidak merasa kesejukan.

Bayi Baru Lahir Mandi Berapa Kali Sehari?

Bayi yang baru lahir tidak perlu dimandikan setiap hari. Sebaliknya, memandikan bayi baru lahir perlu dilakukan dengan kekerapan yang lebih rendah, sekitar dua hingga tiga kali seminggu.

Memandikan bayi yang baru lahir terlalu kerap boleh menyebabkan kulit mereka menjadi kering dan kehilangan kelembapan semula jadi.

Berikut adalah beberapa garis panduan umum mengenai bayi baru lahir mandi berapa kali sehari:

  • Dua hingga Tiga Kali Seminggu: Mandikan bayi baru lahir kira-kira dua hingga tiga kali seminggu. Ini sudah cukup untuk memastikan kulitnya bersih dan sihat tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi.
  • Lap Badan Bayi: Pada hari-hari bayi tidak mandi, anda boleh membersihkan badan si manja dengan mengelapnya dengan kain lap lembut atau kapas lembap di kawasan tertentu, seperti muka, leher dan lipatan kulit.

Waktu Mandi Bayi Dalam Islam

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian baby memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Seeloknya waktu mandi bayi dalam Islam adalah pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air suam.

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dalam Islam

  1. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  2. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandi bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  3. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
  4. Sebaiknya tugas memandikan bayi baru lahir dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
  5. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
  6. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
  7. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Memilih Sabun Mandian Baby

Memilih barangan mandian baby perlukan anda peka dengan beberapa perkara. Ini termasuklah:

#1. Kandungan Dalam Sabun

Sabun bayi yang terbaik adalah lembut, melembapkan dan tidak mempunyai bahan kimia yang berpotensi berbahaya.

Apabila memilih sabun, lihat senarai kandungan untuk mengetahui sama ada ia mengandungi etil alkohol, propilena glikol atau bahan kimia lain yang mungkin membahayakan bayi apabila digunakan secara konsisten.

#2. Elakkan Sabun Bayi Berbuih, Wangi 

Elakkan produk mandian buih dan sabun wangi, yang mengandungi bahan tidak perlu yang boleh mencetuskan tindak balas negatif.

Di samping itu, ingat bahawa sabun hanyalah pilihan untuk kebanyakan mandian bayi; air suam biasanya cukup untuk membersihkan bayi.

Bahan kimia dalam pewangi boleh mengeringkan kulit bayi dan memburukkan lagi ruam lampin. Tisu bayi kadangkala berbau wangi juga, dan ia boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah yang sama seperti sabun bayi yang berbau wangi.

Di pasaran, sebilangan besar sabun dan kain lap mempunyai versi bebas pewangi.

#3. Pilih Produk Semulajadi

Produk semula jadi biasanya merupakan pilihan yang terbaik. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa semula jadi tidak selalu bermakna melembapkan atau selamat. 

Ibu kalau mencari sabun mandi bayi yang selamat untuk si comel, kami ada senaraikan di sini.

Apa Perlu Buat Selepas Mandikan Bayi Cara Mandi Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Panduan Lengkap Dan Mudah Untuk Ibu Ayah

#1. Lap Badan Bayi 

Pastikan anda mengelap badan bayi dengan perlahan-lahan dan menggunakan kain yang lembuh dan mempunyai kadar serapan tinggi. Pastikan bayi dilap sehingga kering terutama di bahagian pelipat dan kawasan terlindung seperti leher, telinga dan sebagainya.

#2. Pakaikan Lampin

Pastikan anda cepat-cepat pakaikan bayi anda lampin atau lampin pakai buang selepas sudah mengelap badannya kering. Ini kerana bayi mudah terkencing semula apabila dia dalam keadaan kesejukan. 

Jadi untuk elakkan anda perlu mandikannya semula, pakaikan dia lampir segera. 

#3. Pakaikan Losyen

Ada yang menganggap losyen tidak perlu untuk bayi. Namun losyen memastikan kulit bayi anda kekal lembap dan tidak kering terutama ketika mereka mengalami salin kulit.

Pilihlah losyen yang sesuai dengan kulit anak anda. Tidak semestinya berbau wangi apa yang penting ia berfungsi dengan baik melembapkan kulit bayi baru lahir anda.

#4. Tuam Perut Dan Letak Minyak Telon

Perkara ini tidaklah wajib. Tetapi jika anda ingin buat pun tiada salahnya. Tuam perut dikatakan baik untuk membuat bayi selesa. Biasanya tuaman akan menggunakan bahan-bahan herba yang suam dan dituamkan ke perut bayi.

Anda juga boleh tuam tapak kaki bayi anda. Selain itu, minyak telon juga popular digunakan pada perut bayi. 

#5. Pakaikan Baju

Apabila sudah siap semuanya, pakaikan bayi pakaian yang selesa sesuai dengan keadaan cuaca dan suhu. Pastikan anak anda selesa dengan pakaian yang dipakaikan. 

Pastikan juga fabrik pakaian yang dipilih selesa untuk dipakai oleh bayi baru lahir, tidak panas dan mudah untuk anda pakaikan kepada mereka. 

Manfaat Mandikan Bayi 

Seperti orang dewasa, memandikan bayi akan membuatkannya lebih segar. Malah ia mengelak bayi daripada kekotoran dan sebagainya. Disebabkan itulah bayi perlu dimandikan.

Walaupun tiada aktiviti lasak, bayi juga berpeluh3. Jadi sudah pastilah memandikan mereka adalah yang terbaik supaya mereka sentiasa bersih. 

Memandikan bayi juga akan menguatkan tulangnya terutama jika anda mandikan dia pada waktu pagi. Tetapi bagi bayi baru lahir anda boleh lewatkan sedikit masa memandikannya kerana jika terlalu awal ia mungkin terlalu sejuk untuk mereka. 

Kami harap artikel tentang cara memandikan bayi baru lahir ini membantu anda sedikit sebanyak. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Susah Nak Mandi? Jangan Risau, Jom Tawan Hati Si Anak Dengan 7 Mainan Bayi Khas Di Bilik Mandi Ini!

Baca juga:  Bolehkah Kanak-Kanak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

Baca juga: 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!