Cara untuk mendidik anak-anak yang telah ketagih gadget

lead image

Anak anda mengalami ketagihan gadget? Berikut 6 tips untuk anda atasi masalah ini. Jangan dibiarkan berlarutan ya! Banyak kesan buruknya pada anak.

Zaman telah berubah. Dalam zaman dunia di hujung jari ini, cara mendidik anak haruslah perlu berhati-hati dan juga berubah.

Anak-anak yang telah terbiasa dengan gadget akan lalai dan leka, dan berada di dalam dunia mereka sendiri, di samping itu, mereka juga akan memberontak jika Tab, telefon pintar dan ipad mereka diambil semula.

Perlu diingatkan, anak-anak yang terbiasa dengan gadget ini juga kurang berdisiplin.

Antara usaha yang perlu dilakukan kepada ibu bapa adalah:

Tukar Ipad kepada TV

ketagihan gadget

Pada permulaan untuk anak yang telah terbiasa dengan gadget, memang susah untuk pujuk anak menonton TV, kerana pilihan rancangan yang amat terhad. Paksa anak-anak untuk menonton TV dan langganilah pakej rancangan yang asas, seperti berita dunia, Animal Planet dan National Geographic dan bukan pakej rancangan Astro.

Lama-kelamaan, anak akan terbiasa dengan rancangan TV yang sedia ada, dan juga hadkan masa menonton TV kepada anak-anak. Anak-anak akan akur dengan cara anda dan lebih berdisiplin.

Belikan permainan yang merangsang daya berfikir

shutterstock_456036631 (1)

Sambil menonton TV, mainlah dengan anak-anak. Belikan anak-anak permainan meransang minda seperti Lego, kinetic sand atau PlayDoh.

Permainan ini boleh merangsang kreativiti anak-anak dan juga boleh merangsang daya berfikir. Pujilah anak-anak jika mereka menyusun Lego atau bermain play-doh. Pasti anak-anak akan bersemangat untuk bermain lagi.

Bawalah anak beriadah seminggu sekali

shutterstock_136117163 (1)

Bawalah anak bermain di taman permainan. Bawa dia merasai zaman kanak-kanak yang sebenar. Luangkan masa tiap-tiap hujung minggu beriadah di taman permainan,bermain gelongsor, buaian.

Anak-anak juga boleh mendapat teman baru di taman permainan. Bukan sahaja itu,ini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga menyihatkan badan, kerana anak-anak akan berpeluh dan menjadi lebih sihat.

Tetapkan masa bermain kepada anak-anak, sekurang-kurangnya sejam setiap minggu

Elakkan menipu anak-anak

shutterstock_220589752 (2)

Jangan membuat anak kecil berharap. Jangan memberikan harapan palsu kepada mereka. Jika berjanji, sila tunaikan. Sebagai contoh, jika anak-anak enggan kemas semula permainan mereka, jangan janjikan mereka sesuatu yang anda tidak mampu tunaikan.

Yang penting, pujuklah anak-anak dan tunaikan apa yang boleh anda tunaikan, seperti memberi ganjaran gula-gula atau aiskrim. Jika anda menipu anak-anak, anak-anak tidak akan mempercayai anda lagi dan membuatkan mereka memberontak.

Belikan anak-anak buku mewarna

shutterstock_332938097 (2)

Cara mendidik anak-anak yang paling jimat kos dan menyeronokkan. Belikan anak-anak buku mewarna dan krayon atau pensil warna.

Walaupun hasil kerja mereka tidak lah secantik mana, anda perlu puji mereka dan tunjuk lah mereka warna yang sesuai berdasarkan gambar apa yang mereka warnakan. Dengan itu, anak anda lebih mengenal warna dan menjadi lebih kreatif.

Dan ajar anak-anak untuk bersihkan pensil warna yang telah diasah. Percayalah, anak-anak akan lebih bersemangat untuk mewarna.

Sibukkan anak-anak daripada perkara selain gadget

shutterstock_337486079 (1)

Selain gadget, anda boleh ajak anak anda menyediakan menu yang mudah, seperti sandwich atau agar-agar. Selain itu, jika di dalam kereta, bawalah sekali permainan anak-anak anda di kereta, seperti patung superhero. Pastinya anak anda akan terleka dengan superhero idaman mereka.

Dengan segala usaha ini, yakinlah ibu bapa boleh disiplinkan si comel. Yang penting ibu bapa haruslah bersabar dengan kerenah anak-anak dan bersikap diplomatik dengan mereka.

Percayalah, setiap permulaan memang payah dan susah, tetapi hasilnya amat membanggakan. Berkorbanlah demi anak-anak tercinta, kerana hasilnya bukan untuk setahun, tetapi untuk selama-lamanya.

Rujukan: Oh Bulan

, anak ketagih gadget, anak ketagihan gadget, anak dan gadget, anak dan gadget, tips elak anak main gadget, anak main gadget, cara mengatasi anak ketagihan gadget

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner