Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

Masih ramai yang keliru antara cardiac arrest vs heart attack yang dianggap sama, ini penjelasan dari pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak akhir-akhir ini, ada banyak kes kematian mengejut disebabkan oleh penyakit jantung membabitkan individu pelbagai latar belakang tidak mengira usia, namun masih ramai yang keliru antara cardiac arrest vs heart attack yang dianggap sama. 

Data Pangkata Data Kardiovaskular Kebangsaan (NCVD) menunjukkan bahawa purata umur pesakit serangan jantung di Malaysia adalah 57 tahun iaitu lebih muda dari umur pesakit di negara maju lain.

Lebih membimbangkan, kira-kira 24 peratus pesakit serangan jantung terdiri daripada mereka yang berumur kurang dari 50 tahun.

Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Samhan menerusi perkongsiannya di Twitter mengenai perbezaan antara cardiac arrest vs heart attack yang anda kena tahu supaya langkah pencegahan awal boleh diambil.

Serangan Jantung

Heart attack atau serangan jantung, atau infark miokardium, berlaku apabila aliran darah ke sebahagian otot jantung terjejas atau terhenti akibat penyumbatan dalam saluran arteri koronari.

Penyumbatan ini biasanya disebabkan oleh pembentukan plak aterosklerosis atau penggumpalan darah yang menghalang aliran darah. Sel-sel otot jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi akan rosak dan mati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala umum serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, kebas tangan, mual, dan berkeringat.

Jantung Terhenti

Cardiac arrest atau jantung terhenti adalah keadaan apabila jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan tidak lagi mengepam darah ke seluruh tubuh.

Ini biasanya berlaku akibat masalah dengan sistem elektri jantung yang mengakibatkan irama jantung yang tidak normal(aritmia), seperti fibrilasi ventrikular atau asistol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi