X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Punca Sakit Jantung Dalam Kalangan Orang Muda, Cuba Elakkan Perkara Ini!

10 Aug, 2023
Punca Sakit Jantung Dalam Kalangan Orang Muda, Cuba Elakkan Perkara Ini!

Tabiat yang tidak sihat seperti diet yang tidak baik, kurang bersenam, dan merokok menjadi punca sakit jantung dalam kalangan orang muda.

Kajian menunjukkan bahawa serangan penyakit jantung menjadi lebih serius dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda iaitu mereka yang berusia kurang 50 tahun dan kebanyakannya adalah wanita! Jadi apa sebenarnya punca sakit jantung ini?

Kajian juga menunjukkan bahawa lebih ramai orang muda mengalami masalah jantung berbanding beberapa dekad yang lalu disebabkan oleh tabiat gaya hidup yang semakin buruk iaitu, diet yang tidak baik dan kurang bersenam malah beberapa kajian menunjukkan bahawa jangkitan COVID menambahkan lagi risiko ini.

Golongan muda tidak kebal daripada serangan jantung namun ramai yang berpendapat bahawa ia penyakit orang yang lebih tua,” kata Ron Blankstein, pakar kardiologi pencegahan kanan di Brigham and Women’s Hospital dan profesor perubatan di Harvard Medical School di Boston.

Namun katanya, penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang muda sebahagian besarnya boleh dicegah jika anda mengambil langkah yang betul jadi anda boleh mengurangkan punca sakit jantung.

Faktor Risiko Sakit Jantung 

Faktor risiko terbesar ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan obesiti, semuanya boleh menyumbat dan merosakkan arteri dan saluran darah yang membawa darah dan oksigen ke jantung.

Walaupun sesetengah keadaan ini mungkin genetik, namun kebanyakannya adalah disebabkan oleh tabiat tidak sihat selama bertahun-tahun seperti diet yang tidak baik dan gaya hidup yang tidak aktif yang biasanya bermula pada usia awal kanak-kanak, kata Eugene Yang, pakar kardiologi pencegahan dan pengerusi American College of Cardiology. Majlis Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.

Individu yang pernah dijangkit COVID mendapat kesan yang lebih cepat terhadap kesihatan kardiovaskular. Kajian 2022 yang diterbitkan dalam Journal of Medical Virology mendapati bahawa kematian akibat serangan jantung meningkat sebanyak 14 peratus dalam tahun pertama wabak itu, malah peningkatan terbesar didapati dalam kalangan orang dewasa berumur 25 hingga 44 tahun.

COVID diketahui mengaktifkan tindak balas keradangan dalam badan dan menjadikan darah lebih pekat dan melekit, yang boleh menjadikan orang yang dijangkiti lebih mudah terdedah kepada pembekuan darah yang boleh menyumbat arteri dan menyebabkan serangan jantung.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas mengapa golongan muda kelihatan lebih terdedah kepada komplikasi kardiovaskular COVID.

Cara Mencegah Sakit Jantung

Pencegahan awal adalah kunci utama. Semakin lama anda hidup dengan faktor risiko, semakin besar peluang anda untuk menghidap penyakit jantung dan mengalami hasil yang lebih buruk di kemudian hari, terutamanya jika tidak dirawat.

Stories Rakan Kongsi
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know

Perhatikan faktor risiko anda dan kemudian bangunkan rancangan tentang bagaimana anda boleh menangani satu atau lebih daripada itu termasuklah melakukan diet yang sihat, aktiviti fizikal yang kerap, tidak merokok, mendapat tidur yang mencukupi, serta menguruskan berat badan, kolesterol, gula darah dan tekanan darah anda.

National Geographic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

Baca juga : Wanita lebih terbuka terkena serangan jantung, namun ia lambat dikesan para ibu!

Baca juga : Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung – Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Punca Sakit Jantung Dalam Kalangan Orang Muda, Cuba Elakkan Perkara Ini!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham