X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

5 min bacaan
Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

Nak dapatkan jantung yang sihat dan kuat? Ini dia senarai makanan sihat untuk jantung anda yang anda boleh amalkan untuk kesihatan jantung anda.

Makanan sihat untuk jantung adalah kunci untuk ia sentiasa sihat. Tahu tak bila sekali anda kena serangan jantung, atau masalah jantung, semuanya sudah terlambat. Waktu itu nak bersenam pun tiada gunanya, keran jantung anda sudah lemah!

Semuanya bermula daripada pemakanan. Ianya bukan hanya dengan melalui senaman dan latihan. Sudah tentu, senaman itu penting! Tapi kalau anda mahukan jantung yang sihat, anda perlu juga amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Tahukah anda dengan memakan makanan yang sihat dan baik untuk jantung, ianya mampu membantu anda melawan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung. Ini kerana penyakit jantung ini sahaja merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia dan masih kekal sehingga sekarang. 

Mengapa perlu makan makanan sihat untuk jantung anda?

Anda WAJIB makan makanan sihat untuk memastikan jantung anda kekal sihat dan berada pada tahap kesihatan yang optimum. Sebab itulah, penting tau untuk anda amalkan diet yang konsisten dan sesuai dengan keperluan harian anda. Jangan main tangkap muat sahaja. Ikutlah diet yang padan dengan anda. Jangan tiru orang.

Lebih baik kalau anda rujuk doktor terlebih dahulu sebelum anda mencuba makanan tambahan untuk jantung atau apa sahaja ubat. 

Apabila anda makan makanan sihat, anda sebenarnya sedang membantu jantung untuk berkerja dengan lebih baik dan dengan mengamalkan pemakanan sihat setiap hari, itulah yang paling terbaik untuk jantung anda. Orang kata mencegah lebih baik mengubati kan?

Tanpa membuang masa, jom kita mengenai 8 makanan sihat untuk jantung yang anda boleh amalkan bermula hari ini. Dah sampai masa dah jenguk peti ais tu dan buang makanan tidak sihat haha.

8 makanan sihat dan baik untuk jantung

#1 Sayur-sayuran hijau

Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

Kredit: Pexels

Mesti ramai yang dah boleh teka kan yang sayur-sayuran akan duduk di tangga paling atas? Sudah tentu. Khasiat sayur-sayuran hijau sememangnya tidak boleh dinafikan kerana ia sangat baik untuk jantung. Sayuran seperti sayur sawi, sayur bayam dan sayuran hijau memang baik untuk kesihatan jantung kerana kajian mendapati ianya mampu menurunkan risiko penyakit jantung apabila anda meningkatkan pengambilan sayur dalam makanan.

Mana taknya, sayur-sayuran mempunyai vitamin K dan nitrat yang bertanggung jawab untuk memastikan arteri anda dilindungi dan menggalakkan pembekuan darah dengan cara yang betul. Pendek kata, lebih banyak anda makan sayuran hijau, lebih kuranglah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.

#2 Bijirin

Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

Kredit: Pexels

Mungkin ada yang tidak menyukai bijirin tetapi bijirin sangat berkhasiat dan sangat tinggi dengan kandungan serat. Antara contoh bijirin adalah gandum, beras perang, oat, rai, barli, soba dan quinoa. Tak suka beras perang? Tidak mengapa! Ada banyak lagi pilihan seperti sumber gandum seperti roti dan sebagainya yang anda boleh cuba.

Disebabkan ianya tinggi dengan kandungan serat juga, ianya juga mampu mengurangkan kolestrol jahat dan risiko penyakit jantung.  Kalau anda makan tiga kali hidangan berunsurkan bijirin, ianya boleh mengelakkan sebanyak 22% risiko penyakit jantung. 

#3 Buah avokado

Buah avokado pun banyak manfaatnya dalam menurunkan paras kolestrol kerana pertama ia tinggi dengan kandungan potasium dan lemak tepu. Baik dimakan begitu sahaja atau anda boleh makan dengan bermacam cara lain. Kandungan potasium adalah baik untuk kesihatan jantung.

Dengan mengamalkan pemakanan buah avokado, anda boleh menurunkan kadar kolestrol dan juga menghalang risiko strok.

#4 Ikan berlemak dan minyak ikan

Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!

Kredit: Pexels

Tidak semua lemak itu jahat dan ikan jenis berlemak dan minyak ikan adalah sangat baik sebenarnya untuk kesihatan. Contoh ikan adalah seperti ikan tenggiri, ikan salmon, ikan tuna dan ikan sardin adalah antara ikan yang tinggi dengan kandungan omega 3 yang dikatakan sangat berkesan dalam mengekalkan kesihatan jantung.

Apabila anda makan ikan dalam jangka masa yang panjang, anda bukan sahaja dapat menurunkan paras tekanan darah, malah ianya turut membantu anda mengurangkan kadar kolestrol. Kalau anda tidak suka makan ikan pun tidak mengapa, anda masih boleh mendapatkan khasiat yang serupa dengan pengambilan lemak ikan. Pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan trigliserida darah, meningkatkan fungsi arteri dan menurunkan tekanan darah.

#5 Kacang bean

Kacang bean mungkin antara makanan yang digemari oleh ramai orang. Walaupun masih ada segelintir yang tidak menyukainya tetapi tidak dinafikan pengambilan kacang bean  mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya tinggi dengan kandungan resistant starch iaitu karbohidrat yang menentang pencernaan di usus kecil dan fermentasi di usus besar. 

Sebab itulah, ianya mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah jika dimakan berterusan dan juga dapat mengurangkan inflasi.

#6 Walnut

Anda pernah tak makan walnut? Jika tidak, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda cuba! Walnut tinggi dengan kandungan serat dan nutrien penting seperti copper dan magnesium. Menjadikannya sebagai salah satu makanan yang perlu diambil demi untuk menjaga kesihatan jantung.

Ia terbukti untuk menurunkan kadar kolesterol jahat LDL sebanyak 16% ke atas, menurunkan tekanan darah diastolik dan mengurangkan tekanan.

#7 Tomato

Tomato tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia kerana penggunaannya begitu meluas kerana ia digunakan dalam masakan. Ianya kaya dengan lycopene, sejenis ciri antioksidan yang sangat tinggi.

Pemakanannya mampu untuk menurunkan risiko penyakit jantung dan boleh membantu meningkatkan penghasilan kolestrol baik. 

#8 Coklat gelap

Coklat gelap ada peminatnya yang tersendiri tau! Ia mengandungi sejenis bahan yang dipanggil flavonid yang boleh meningkatkan kesihatan jantung. 

Kajian mendapati dengan pengambilan coklat gelap yang kerap, ianya mampu untuk menurunkan risiko penyakit jantung koronari berbanding dengan mereka yang tidak mengambil coklat gelap. 

Ambil coklat gelap yang asli ya dan bukan yang telah dicampurkan dengan pemanis. 

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:   Tanda sakit jantung wanita TAK SAMA macam sakit jantung lelaki! Ini 4 Tandanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jagalah Jantung Anda Sebelum Terlambat, Usia Bukan Pengukur, Jaga Cara Makan!
Kongsikan:
  • Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung - Kajian

    Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung - Kajian

  • Asyraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung, Kenapa Lelaki Selalu Menderita Penyakit Ini?

    Asyraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung, Kenapa Lelaki Selalu Menderita Penyakit Ini?

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung - Kajian

    Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung - Kajian

  • Asyraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung, Kenapa Lelaki Selalu Menderita Penyakit Ini?

    Asyraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung, Kenapa Lelaki Selalu Menderita Penyakit Ini?

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.