Ibu bakal melahirkan anak kedua selalu bimbang perkara yang sama: adakah si sulung akan cemburu pada adik yang baru lahir?
Bayangkan perasaan anak sulung yang selama ini mendapat perhatian sepenuhnya dari kedua-dua ibu bapa. Datang pula bayi baru lahir dan merampas segala-galanya.
Beginilah yang terjadi pada kisah viral budak 4 tahun yang telah membunuh adik sendiri dengan melompat berulang kali di atas baby itu sehingga dia tidak bernyawa! Apabila ibu sedar kejadian itu, dia sudah terlambat dan tidak sempat menyelamatkan bayi itu.
Budak itu telah berbuat demikian, selepas mendengar ramai berkata ibunya tidak lagi sayang dengan dia kerana ada adik baru. Budak 4 tahun ini ingat kalau adiknya sudah tiada, maka ibu akan kembali menyayanginya.
Lihatlah bagaimana kata-kata “gurauan” yang sering kita sebut itu mampu memberi kesan kepada kanak-kanak hingga begini. Mereka masih muda, mereka mungkin tidak faham gurauan yang dimaksudkan.
Cemburu pada adik yang baru lahir: tips untuk menyesuaikan anak sulung
Ibu perlu membina hubungan antara anak sulung dan bayi di dalam kandungan walaupun belum dilahirkan. Pastikan anak rasa excited dia akan menjadi kakak atau abang tidak lama lagi.
Semasa kelahiran, pastikan anak sulung tidak rasa diketepikan. Ibu yang perlu meninggalkan anak sulung untuk pergi ke hospital bukan pengalaman yang baik malah agak traumatik untuk kanak-kanak kecil. Ini boleh melambat dan menyukarkan proses menyambut bayi baru.
Selain itu, cuba 6 langkah ini untuk mengelak anak sulung cemburu pada adik yang baru lahir dan mengelak pergaduhan:
- Jangan hanya beri perhatian kepada bayi baru. Biar ayah mendukung bayi baru supaya ibu boleh memberi perhatian sepenuhnya kepada anak sulung. Anak sulung juga memerlukan “jaminan” dari ibu yang dia masih disayangi.
- Memperkenalkan anak sulung sebagai kakak atau abang yang paling best dan anda berharap adik akan membesar macam kakak/abangnya satu hari nanti.
- Hentikan rasa cemburu pada adik yang baru lahir dengan mengalakkan bonding antara adik beradik. Biarkan anak sulung mendukung adiknya supaya mereka boleh membina hubungan itu.
- Pastikan anak sulung rasa penting dan disayangi dengan kata-kata pujian. Jangan tukar rutin anak sulung sebanyak mungkin.
- Jangan tinggalkan bayi berseorangan bersama kanak-kanak kecil tanpa pemantauan orang dewasa. Kanak-kanak kecil masih tidak pandai mengawal emosi cemburu dan kita tidak boleh meramal tindakan mereka.
- Luangkan masa berseorangan dengan anak sulung. Anak perlu mengalami banyak emosi. Dia mungkin sedih kerana kehilangan hubungan eksklusifnya atau hilang status sebagai anak tunggal. Jadi bersabarlah jika mereka merengek meminta perhatian anda. Peluklah anak dengan kuat dan berempati dengan perasaannya
Elakkan kata-kata yang tidak positif
Bakkan apa yang telah dikatakan oleh Muhammad Khalini Abdul Halim, dalam postnya, kita sebagai orang dewasa perlu menjaga kata-kata, walaupun sekadar bergurau.
Sebaliknya kita patut memberi pujian dan mencurahkan kasih sayang dan hadiah kepada anak sulung. Menjadi kakak/abang baru sambil rasa cemburu pada adik yang baru lahir bukannya tugas yang senang.
Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman darinya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: OhBulan, Muhammad Khalini Abdul Halim, Aha Parenting
Baca juga:
16 Foto Abang Dan Kakak Yang Tidak Puas Hati Dengan Kehadiran Adik Baru