Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG Dalam Masakan

Selain daripada tekstur, rasa dan aroma enak yang dihasilkan, kandungan nutrisi yang padat dalam cendawan ini menjadikannya istimewa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cendawan tidaklah asing dalam dunia masakan malah mudah didapati di kedai atau pasar raya-pasar raya besar. 

Tumbuhan mengandungi tinggi protein, serat, vitamin dan mineral serta rendah lemak. Lebih menarik tentangnya ialah kandungannya yang tinggi ‘komponen bioaktif’ (bioactive components) dan antioksida menyebabkan cendawan berpotensi untuk menjadikan seseorang itu lebih sihat. 

Selain daripada tekstur, rasa dan aroma enak yang dihasilkan, kandungan nutrisi yang padat dalam tumbuhan ini juga menyebabkan ianya menjadi tarikan dalam bidang penyelidikan kerana kemampuannya dalam memberi kebaikan kesihatan kepada manusia dan mempunyai khasiat yang banyak.

Tahukah anda, ia juga dikenali sebagai daging dalam kumpulan tumbuhan dek kerana rasa ‘umami’ atau rasa kedagingan yang dihasilkan yang mampu menaikkan rasa dan aroma, serta dapat menjadi pengganti daging dalam masakan. 

Seorang wanita di Facebook, Mazliana Mazlan berkongsi teknik masakannya yang menggunakan tumbuhan sebagai pengganti kepada serbuk penambah perasa.

“Cendawan boleh jadi pengganti kepada penambah perasa kalau masak sayur untuk anak. Ada yang ambil makanan tinggi dengan monosodium glutamate (MSG) tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.

“Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan daripada anak-anak seboleh mungkin,” ujarnya.

Menurutnya, dia mengelak penggunaan kiub/serbuk ayam, perencah nasi goreng, perencah mi segera, sos tiram dan kicap dalam masakannya kerana semua jenis penambah rasa ini kebanyakan ada MSG tiruan.

Ujarnya, ia adalah antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.

10 Jenis Cendawan Yang Boleh Digunakan Dalam Masakan

Wanita ini turut menyenaraikan 10 jenis cendawan yang ada di pasaran untuk digunakan dalam masakan iaitu ;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Butang coklat

2. Butang putih

3. Shiitake

4. Portabello

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Tiram Raja

6. Inoki

7. Tiram Kelabu

8. Bunashimeji

9. Bunapi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Shiitake kering

Dia juga berkongsi tips penggunaan cendawan dalam masakannya seperti dried shiitake mushroom misalnya, bersifat kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan boleh memberi rasa umami yang kuat.

“Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita. Buat mi goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bawang. Serius, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.

“Cendawan apa paling bagus? Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan. Umur berapa boleh start makan? Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas,” ujarnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama & Kekal Segar, Wanita Ini Kongsi Kaedah Yang Betul

Baca juga : 13 Jenis Sayur & Buah Yang BAHAYA Untuk Ekzema, Ibu Sila Take Noted Elak Jadi Teruk!

Baca juga : Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi