Ramai sebenarnya para wanita berdepan kesukaran bagi meneruskan kehidupan setelah pasangan sanggup cerai ketika hamil. Namun ia bukanlah alasan untuk sentiasa bersedih dan menyalahkan diri sendiri.
Apa yang pasti kesedihan waktu lalu mengajarkan diri akan sebuah kebahagiaan sedang menanti pada kemudian hari. Ikuti perkongsian yang dilalui oleh ibu tunggal tabah ini!
Suami cerai ketika hamil, dunia bertukar gelap-gelita
Ketika melalui fasa kehamilan sehingga 9 bulan, setiap isteri pasti amat memerlukan suami sebagai penguat semangat dan mendapatkan bantuan. Namun tidak bagi wanita muda ini apabila dia berkongsikan kisah hidupnya dalam membesarkan anak kecil seorang diri.
Menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok, dia menceritakan bagaimana suaminya telah melafazkan talak pada 4 tahun yang lalu sewaktu dia sedang sarat mengandung.
”4 tahun lepas saya diceraikan dan ditinggalkan ketika sedang sarat mengandung. Dunia bertukar gelap. Rasa diri tidak berguna. Saya kecewa dan berputus harap bagi meneruskan hidup,” kongsinya.
Biarpun pada awalnya diri hampir berputus asa, namun dia tetap cekal mengharungi setiap proses kehamilan seorang diri sehinggalah tibanya detik melahirkan bayi berkenaan.
”Semuanya bertukar setelah anak selamat lahir ke dunia. Saya seperti dapat nafas dan kehidupan baharu,” katanya.
Seolah-olah mendapat sinar baharu dalam kehidupannya, benarlah anak pembawa rezeki.
Setelah habis pantang, dia akhirnya telah mendapat tawaran pekerjaan yang jauh di bandar. Wanita ini turut menyahut cabaran dan nekad berhijrah. Dia juga berjanji untuk memikul tanggungjawab serta hidup susah senang bersama demi kelangsungan hidup mereka dua beranak.
Segala susah senang dihadapi oleh mereka berdua terpaksalah menyewa sebuah bilik bujang dan meredah hujan panas.
”Kami sewa bilik dan duduk dua beranak sama-sama. Syukur kenal housemate yang baik-baik. Baju anak pun beli yang bundle sahaja.”
”Saya pergi kerja bawa motor yang ayah bagi pinjam. Bila hujan saya akan bungkus anak dalam plastik baju hujan.” kongsinya
Tapi semua itu adalah pengalaman hidup buat saya. Alhamdulillah.
Kini, anak sudah makin besar dan dia disayangi oleh ramai orang sekelilingnya. Walaupun membesarkan anak lelaki seorang diri, wanita ini mengakui bahawa kehidupannya kini lebih bahagia.
@nfattinhz Pengalaman pahit yg mendewasakan. #fyp #throwbacks #moveon #foryourpage #lifelesson #pengajaran #Alhamdulillah #bangkit #love #ujianhidup #tiktok ♬ Before You Go – Lewis Capaldi
Melepaskan isteri ketika hamil adalah tindakan tidak bertanggungjawab
Menurut pandangan Akhtar Syamir, proses mengandung dan melahirkan zuriat bukanlah mudah kerana ia cukup memeritkan. Ketika itulah isteri berdepan keletihan serta perasaannya lebih mudah sensitif.
Cerai ketika hamil adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh seorang lelaki. Apa bezanya dengan waktu lain dan semasa hamil?
Kalau anda tidak nampak akan bezanya, ini bermakna mata dan hati anda sebenarnya telah buta. Mungkin ditusuk oleh cinta serta sayang orang baharu atau sememangnya dilahirkan sebagai insan tidak pernah mengambil perat tentang orang lain.
Ini kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan ibu mengandung
#1. Berdepan alahan dan muntah-muntah
Segala hormon di dalam badan isteri berkecamuk umpama kapal sedang terbalik. Tapi percayalah pada ketika ini, mana-mana wanita pasti memerlukan suami di sisi mereka..
Dari segi fizikal, isteri cenderung mengalami alahan teruk dan tidak cukup zat di dalam badan. Justeru suamilah yang perlu bantu memasak serta menyediakan makanan berkhasiat untuknya.
#2. Perlu melalui proses pemeriksaan di klinik
Nampak seperti perkara yang mudah. Hanya pergi klinik dan berjumpa doktor. Jadi apa susahnya? Sekiranya anda berfikiran sebegini, amat malanglah isteri anda.
Ini kerana proses pemeriksaan di klinik kesihatan antara perkara paling memenatkan kerana perlu menunggu lama, mendaftar dan tunggu sehingga berjam-jam.
Itu belum campur sekiranya ada keperluan lain seperti buat BSP dan pastinya memberikan tekanan yang lebih kepada bakal ibu. Tanpa suami amatlah susah untuk isteri menguruskan semuanya, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil.
#3. Ketika bersalin, nyawa isteri berada di hujung tanduk
Apabila sudah masuk di dalam dewan bersalin, isteri akan ditinggalkan keseorangan memikirkan seribu persoalan di dalam fikirannya. Adakah semuanya akan selamat dan bagaimana pula anak aku nanti?
Sebab itulah mereka perlu ditenangkan oleh suami. Manakala ketika saat meneran, nyawa isteri berada di hujung tanduk. Kekuatan bukanlah datang dari diri sendiri lagi kerana semuanya telah habis digunakan.
Manusia biasa pasti tidak tergamak membiarkan isterinya melalui semua proses ini seorang diri. Manusia berakal akan cuba membantu sebaik mungkin untuk memudahkan segala urusannya.
Sumber: Trending Kini, Mingguan wanita
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcekik-leher