Keluarga Ini DIHANTUI Ketika Duduk Di Rumah Bekas Pelakon Cilik Yang Mati Dibunuh!

Pelbagai cerita hantu seram sebenar telah dikongsi pelbagai masyarakat. Sebuah keluarga ini menetap di salah sebuah rumah bintang filem yang mati dibunuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap insan pastinya berdepan dengan pelbagai cerita hantu seram sebenar sama ada di rumah, sekolah, asrama mahupun ketika mengharungi perjalanan di atas kenderaan.

Meskipun terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempercayai hal ini, namun anda perlu sedar bahawa dalam muka bumi tidak hanya manusia sahaja tinggal. Ia mungkin terdapat beberapa ‘makhluk’ lain.

Baca juga: Kisah Misteri Di Sebalik 5 Lagu Kanak-Kanak Yang Populor, Seram Pula Nak Pasang Untuk Anak Lepas Ini!

Cerita hantu seram sebenar

‘’Saya langsung tidak dapat melelapkan mata malam tadi. Keadaan terasa seperti ada seseorang sentiasa memerhatikan saya,’’ kongsi salah seorang budak perempuan.

Difahamkan, sebuah keluarga telah berpindah masuk ke rumah bekas bintang filem kanak-kanak yang mati dibunuh. Ia telah diubah suai seperti menjadi sebuah kediaman baharu dan bersih.

Menurut New York Times, kejadian hitam mula menghantui keluarga ini apabila mereka berpindah ke rumah yang terletak di California. Ia adalah lokasi pembunuhan dan bunuh diri dua kali berturut-turut 13 tahun sebelum Jozsef Barsi menembak dan membunuh anak perempuannya, Judith, 10 tahun dan dan isteriny, Maria.

Kanak-kanak malang tersebut pernah membintangi filem pada tahun 1987 iaitu "Jaws IV: The Revenge" dan rancangan TV seperti "Punky Brewster" dan pelbagai iklan di kaca televisyen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cerita hantu seram sebenar tersebut telah dikongsi dalam episode Murder House Flip pada setiap hari Rabu.

"Ketika berpindah, kami tidak tahu apa-apa tentang rumah itu," kata Gaby Bernal yang berusia sepuluh tahun. Bagaimanapun, seorang jiran akhirnya memberitahu mereka tentang sejarah kediaman yang mengerikan itu.

Bermula dengan pembunuhan kejam

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Pada malam sebelum kejadian pembunuhan kejam berlaku, dia pulang dalam keadaan mabuk. Isterinya telah berusaha mendapatkan perceraian dengan segera dan ingin membawa gadis kecil berkenaan bersamanya. Hal ini kerana hanya dia yang menanggung segala perbelanjaan keperluan keluarga.

‘’Pembunuh berkenaan mengatakan bahawa jika dia tidak dapat memilikinya, tidak akan sesiapa juga boleh mengambil anak kecil ini,’’

Tambahnya, mereka mati dibunuh dalam keadaan yang sangat kejam. Perasaan marah, benci dan dendam telah mendorong kejadian hitam ini berlaku.

‘’Mungkin roh tidak tenteram dan menyebabkan mereka masih berada di sini,’’ kongsi jirannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara ayah Gaby turut mengakui bahawa rumah berkenaan mempunyai aura dan tenaga yang buruk ketika mereka berpindah masuk.

Pengalaman kisah seram ini berlaku apabila Gaby yang berusia 10 tahun berkenaan telah tidur dalam bilik yang sama di mana Judith dibunuh. Dia mengatakan bahawa ia sangat menyeramkan.

"Saya sama sekali tidak dapatt tidur malam tadi. Saya merasa seperti ada orang sedang memerhatikan. Perkara seperti itu menjadikannya sangat nyata, menakutkan dan sangat tidak menyenangkan."

Sehingga ke hari ini, Gaby mengatakan bahawa dia tidak dapat tidur menghadap jendela bilik berkenaan atau melihat ke luar daripada tingkap tersebut. Difahamkan, Judith telah ditembak pada bahagian kepala sambil tidur dengan wajahnya diletakkan ke arah tingkap.

Mempunyai kawan khayalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Bilik Gaby dipenuhi dengan pelbagai penangkap impian yang menjadikan kejadian menyeramkan ini kembali berulang.

Dia mengatakan bahawa dirinya tidak suka membicarakannya ke bahagian lebih dalam kerana ia amat menakutkan.

"Saya mula mempunyai kawan khayalan bernama Joseph. Dia akan membuka dan menutup pintu garaj ketika ayah pulang dan mematikan dan menyalakan lampu." Gaby mengaku.

‘’Kami turut mengetahui bahawa nama pembunuh berkenaan adalah Joseph,’’ tambahnya sambil mengatakan keluarga mereka merasakan kehadiran roh berkenaan di rumah berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kata si ayah, dia turut merasakan seperti ada seseorang berada di belakangnya ketika melalui setiap lorong. Ibunya turut menjelaskan bahawa dia sering terdengar gerakan langkah kaki yang menyeramkan.

Pasangan terbabit mengatakan bahawa mereka dihimpit perasaan yang cukup kecewa kerana keadaan menggerunkan ini mempengaruhi anak perempuan mereka. Nasib keluarga ini baik apabila kru Murder House Flip sanggup datang untuk menghulurkan bantuan.

"Anda hanya dapat mengatakan bahawa ada banyak cinta di rumah ini, tetapi pada masa yang sama rumah ini telah mempengaruhi Gaby dan keluarganya," jelas pereka Mikel Welch.

"Cara yang sesuai dengan kisah ini benar-benar menakutkan, sudah jelas ada tenaga buruk yang terperangkap di dalam rumah ini." tambah pereka Joelle Uzyel.

Sumber: Toofab

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Betul Ke Wanita Tengok Cerita Seram Boleh Sebabkan Kenan?