X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lelaki Bunuh Diri Di Tandas Hospital Serdang Negatif Covid-19 & Mengalami Depresi

30 Mar, 2020
Lelaki Bunuh Diri Di Tandas Hospital Serdang Negatif Covid-19 & Mengalami Depresi

Tiada sesiapa pinta untuk menghidap penyakit kemurungan. Pesakit yang dikatakan bunuh diri di hospital Serdang sebenarnya negatif Covid-19 dan alami depresi

Seorang pesakit yang berada dalam pemerhatian dan diletakkan sebagai kes Covid-19 di Hospital Serdang bertindak membunuh diri semalam. Siasatan awal mendapati dia melakukannya akibat dorongan penyakit kemurungan yang dihadapi.

Insiden malang ini menjadi kes pertama di Malaysia dan satu daripada beberapa kes yang dilaporkan dari seluruh dunia.

Menghidap penyakit kemurungan

menghidap penyakit kemurungan

credit to sources

Seorang lelaki di bawah pemantauan (PUI) Covid-19 yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang dilaporkan meninggal dunia di dalam tandas wad 7D.

Memetik laporan Harian Metro, pegawai polis yang bertugas di hospital menerima maklumat daripada seorang jururawat memaklumkan perkara berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah seorang lelaki berusia 62 tahun telah mendaftar masuk ke hospital berkenaan pada 26 Mac lalu pada 2.30 pagi dan keputusan saringan Covid-19 masih belum diketahui.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dalam satu kenyataan berkata pegawainya menerima laporan lebih kurang jam 7.40 malam semalam daripada seorang jururawat melaporkan bahawa seorang pesakit telah membunuh diri di tandas wad.

Susulan laporan yang diterima, pegawai penyiasat kanan, ketua polis balai dan jurugambar telah hadir ke lokasi kejadian.

Pihak polis dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.

Percakapan pengadu yang terdiri daripada anggota pondok polis berkenaan serta jururawat hospital, waris dan saksi turut dirakam untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, mayat akan di uruskan oleh pihak hospital berkenaan. Sumber di hospital tersebut mengesahkan  kejadian ini, tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan.

Bukan pesakit Covid-19

gejala penyakit kemurungan

foto: bill of health

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menafikan seorang pesakit dalam pemerhatian bagi Covid-19 membunuh diri di Hospital Serdang semalam.

”Tiada pesakit Covid-19 yang membunuh diri,” maklum Dr Noor Hisham Abdullah berhubung laporan kematian seorang pesakit di sebuah hospital pada Jumaat malam.

Tambahnya, Pesakit Dalam Pemantauan (PUI) tersebut disahkan negatif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan ke atasnya.

“Ia kes bunuh diri bukan membabitkan pesakit Covid-19 kerana hasil ujian mendapati mangsa adalah negatif. Jadi ia bukan melibatkan pesakit Covid-19. Ya, ia kes bunuh diri seperti laporan, tetapi tidak melibatkan pesakit Covid-19,”

“Kami menjalankan ujian saringan kepada sesiapa yang dimasukkan ke ICU, jadi mungkin terdapat penyakit lain atau jangkitan silang (cross-infection) dan sebagainya,” ujarnya

Hasil siasatan awal

penyakit depresi

credit to sources

Berdasarkan perkembangan terkini kejadian bunuh diri di tandas Hospital Serdang, lelaki warga emas 62 tahun dimasukkan ke hospital untuk tempoh pengasingan diri sebelum didapati mati oleh jururawat bertugas.

Siasatan awal mendapati pesakit mengalami masalah depresi selain turut mengalami selsema, batuk dan kesukaran bernafas selepas ujian Covid-19.

Insiden bunuh diri membabitkan pesakit Covid-19 bukanlah perkara baru, dengan kes sedemikian dilaporkan di Itali dan India sepanjang beberapa hari lepas.

Pada 25 Mac, seorang jururawat di Itali yang bertugas di barisan hadapan membunuh diri selepas disahkan dijangkiti virus tersebut kerana bimbang bahawa beliau telah menjangkiti orang lain.

Pada 18 Mac, seorang lelaki di India yang disyaki positif Covid-19 terjun dari tingkat 7 sebuah hospital di New Delhi.

Stories Rakan Kongsi
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?

Kesimpulannya, penyakit kemurungan yang berlaku dalam golongan warga emas mungkin agak rumit untuk dikenal pasti kerana beberapa faktor.

Kebiasaannya, gejala penyakit kemurungan adalah disebabkan oleh kesusahan untuk menghadapi kehilangan teman hidup atau kawan karib, kesakitan dan penyakit kronik atau perubahan keadaan seperti pindah dari rumah ke pusat perubatan.

Penyakit depresi ini juga boleh menjadi tanda terhadap suatu masalah perubatan. Ianya boleh menjadi rumit akibat gangguan otak yang dikaitkan dengan proses peningkatan usia seperti penyakit Alzheimer atau sindrom otak organik.

Sumber: Lobak Merah, Astro Awani, Free Malaysia Today

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Lelaki Bunuh Diri Di Tandas Hospital Serdang Negatif Covid-19 & Mengalami Depresi

Baca juga:

https://my.theasianparent.commasalah-hutang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lelaki Bunuh Diri Di Tandas Hospital Serdang Negatif Covid-19 & Mengalami Depresi
Kongsikan:
  • Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

    Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

  • Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

    Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

    Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

  • Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

    Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.