X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya...

6 min bacaan
Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya...

Kenapa ibu diwajibkan bawa buku pink sepanjang masa semasa hamil?

Ibu ayah sudah bersedia dengan checklist bersalin?

Menjelang tarikh bersalin, ibu ayah kena bersedia dengan persiapan bersalin seperti barangan untuk dibawa ke hospital seawal 30 minggu. Buat pengetahuan anda, antara keperluan checklist bersalin yang penting adalah buku pink dan kad pengenalan.

Ayah Dakwa Bayi Meninggal Akibat Isteri Lambat Dirawatchecklist bersalin

Di Facebook baru-baru ini, seorang ayah telah meluahkan rasa tidak puas hati tentang layanan yang diterima di hospital.

Biasalah bila sudah kelam kabut, banyak barangan yang tertinggal termasuklah barangan penting yang diperlukan untuk bersalin.

Ikuti perkongsian Kelana Jagat di bawah:

Pada tarikh 8 Disember 2019, kejadian berlaku di Hospital Besar Kuala Terengganu(Hospital Sultananh Nur Zahirah, Kuala Terengganu) Pada tarikh tersebut, pada jam lebih kurang 8 pagi, saya telah tiba di perkarangan kecemasan hospital bersalin dengan keadaan isteri saya yang sudah pecah air ketuban dan bayi telah keluar separuh badan di mana bahagian pusat sehingga ke atas masih tersekat di pintu rahim(bayi songsang dengan keadaan kaki keluar dahulu). Setibanya saya di sana telah disambut oleh seorang wanita berpakaian biru dengan menunjukkan di mana letaknya kerusi roda untuk menyorong isteri saya. Setelah menolak isteri saya ke katil di bahagian kecemasan, soalan pertama yang keluar dari wanita tersebut adalah berkenaan kad pengenalan(i/c) isteri saya dan bukannya keadaan kandungan isteri saya. Saya menyatakan yang i/c isteri saya telah tertinggal dan hanya ada ic saya sahaja. Untuk makluman pihak tuan, perjalanan dari rumah saya menuju ke hospital telah mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Dalam keadaan isteri yang telah pecah air ketuban sehingga melimpah di rumah dan di dalam kereta, mana mungkin saya sempat untuk memikirkan hal lain kecuali keselamatan isteri dan kandungannya sahaja. Dari waktu tersebut, saya hanya ditekankan supaya balik semula ke rumah untuk mendapatkan ic isteri saya. Malah ada staff yang berkata kepada saya, “Baliklah sekejap, sempat lagi ambil ic isteri awak ni…” Kemudiannya saya telah diminta oleh seorang staff supaya mendaftarkan dulu isteri saya di kaunter pendaftaran di bahagian depan hospital bersalin.

checklist bersalin gambar hiasan Tibanya di kaunter, soalan pertama yang menyusul dari kerani bertugas(tidak memakai tag nama), “I/c isteri encik?” “Takde” “Surat nikah atau kad nikah?” “Takde” “Buku merah anak ke?” Kemudian di balas saya lagi, dengan jawapan yang sama. “Ah, susahlah kalau macam ni!” Itu jawapan yang saya terima dari kerani di bahagian hadapan. Bagi saya ini satu kesalahan etika dan sangat kurang ajar. Kemudian saya nyatakan yang saya cuma ada ic saya sahaja, tetapi kerani tersebut nyatakan bahawa tidak boleh diproses. Malah dia sempat berkata, “Mana lah tau kalau warga asing ke, belum berkahwin ke” Saya berharap sangat keadaan ini tidak terjadi kepada pelanggan yang lain. Dia juga ada berkata kepada saya, “Kalau macam tu, pergi jela hospital lain.” Kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang pesakit dan sekuriti di hospital tersebut. Hal ini terjadi dalam lebih kurang pukul 8 sehingga 8.30 pagi.
pendaftaran bersalin gambar hiasan Kemudiannya saya beredar dari kaunter tanpa mendaftarkan isteri saya, tetapi yang menjadi musykil kenapa bila staff mengambil ic saya ke bahagian daftar, hal ini dibolehkan pula. Berbalik kepada isteri saya, dari tempoh ketibaan sehinggalah jam hampir 8.30 barulah mendapat rawatan susulan. Bayangkan berapa lama bayi tersangkut dan implikasi yang boleh menimpa anak dan isteri saya. Begitu mudah pihak tuan bermain dengan nyawa isteri dan anak saya. Dan pada pukul lebih kurang 8.30 pagi juga isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki dengan cukup sifat. Tetapi malangnya, anak saya telah mengalami kebiruan yang serius dari paras pusat sehingga ke hujung kaki. Pada 9 Disember, kami telah berjumpa dengan doktor pakar bernama Dr Zubaidah yang telah memaklumkan keadaan anak saya dalam kritikal di mana berlaku pendarahan di dalam kepala stage 4. Dimaklumkan juga kepada saya bahawa pada hari pertama, anak saya telah pun berada pada stage 2. Yang menjadi persoalan saya, mengapa hal ini tidak dimaklumkan kepada saya, padahal seawal hari pertama perkara ini telah pun dikesan oleh doktor. Seorang doktor perempuan berbangsa Cina, yang bernama Dr Teh ada memberikan penerangan terhadap tahap kesihatan anak saya, tetapi tidak dimaklumkan tentang masalah ini. Semua hal ini terlalu mendukacitakan hati keluarga saya. Saya amat berharap pihak tuan membuat siasatan dan mengambil tindakan yang amat tegas terhadap bahagian dan individu yang terbabit. Tepat jam 1531 petang 9 Disember 2019, anak saya telah disahkan meninggal dunia akibat daripada pendarahan dalam otak stage 4.

Dalam keadaan tertekan, pastinya sesiapa sahaja akan berasa kusut apabila berlaku keadaan sebegini. Walau bagaimanapun, pihak hospital telah menjalankan rawatan terhadap isterinya namun si kecil tidak dapat diselamatkan.

Takziah daripada pihak theAsianparent.

Checklist Bersalin Penting Disediakan Sebelum Ke Hospital

klinik kesihatan ibu dan anak, buka buku merah, buka buku pink

Kredit: Sarah-livelovelife.blogspot.com

Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi buku pink diperlukan bagi pihak hospital mengenalpasti sejarah kehamilan ibu dan sebarang komplikasi yang ada.

Ini merupakan benda yang paling penting dibawa semasa waktu bersalin bagi mengelakkan masalah lain seperti:

  • risiko jangkitan sekiranya tidak diketahui ibu menghidap penyakit berbahaya seperti HIV
  • mengenalpasti masalah kehamilan seperti kedudukan bayi songsang atau uri rendah
  • sejarah kehamilan berisiko tinggi

Dalam keadaan terdesak, sebarang pemeriksaan lain akan mengambil lebih masa jadi buku pink akan lebih membantu kerana mempunyai maklumat yang lengkap. Berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam buku pink:

  • Data pengenalan diri ibu
  • Data pengenalan suami
  • Perihal kandungan lalu
  • Ujian saringan antenatal
  • Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
  • Status imunisasi 
  • Perihal kandungan semasa
  • Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
  • Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
  • Senarai semak pengendalian ibu hamil 
  • Carta pemantauan Hb 
  • Carta pemantauan tekanan darah 
  • Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
  • Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT 
  • Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
  • Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
  • Carta tumbesaran janin
  • Carta pergerakan janin
  • Pemeriksaan kandungan semasa
  • Maklumat kemasukan ke hospital
  • Perihal kelahiran
  • Rekod kelahiran bayi
  • Perihal postnatal – Ibu – Bayi
  • Senarai semak Pengendalian Postnatal
  • Senarai semak jaundis neonatal
  • Pemantauan kejadian jaundis neonatal 
  • Senarai semak penyusuan susu ibu
  • Jagaan postnatal di klinik
  • Pendidikan Kesihatan 

Buat ibu ayah, pastikan kad pengenalan dan buku pink sentiasa sedia dalam beg yang sama apabila dekat tarikh bersalin ya. Pastikan checklist bersalin sudah siap lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah di hospital kelak.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya...

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compersiapan-menyambut-kelahiran-bayi

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya...
Kongsikan:
  • Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Ini Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

    Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Ini Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

  • Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

    Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Ini Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

    Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Ini Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

  • Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

    Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.