X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Lukisan Menyayat Hati Pelajar Autisme Yang "Sunyi" Lepas Dimasukkan Ke Sekolah Biasa

4 min bacaan
Lukisan Menyayat Hati Pelajar Autisme Yang "Sunyi" Lepas Dimasukkan Ke Sekolah Biasa

Terdapat banyak perbincangan tentang mempromosikan keterangkuman di sekolah arus perdana, tetapi dalam realiti, benarkah kita melakukannya?

Apakah ciri-ciri autisme pada kanak-kanak? Boleh ke kanak-kanak dimasukkan ke sekolah biasa jika mereka ada ciri-ciri autisme? 

Bagaimana pula pelajar sekolah terbabit dapat membantu rakan yang menghidap autisme supaya mereka dapat bergaul secara normal bersama yang lain?

Itulah antara persoalan yang sering bermain di fikiran mana-mana ibu bapa dengan anak autisme.

Seorang kanak-kanak dari Singapura yang berusia 8 tahun dengan autisme baru-baru ini melukis gambaran tentang bagaimana dia menghadapi persekitaran sekolah biasa.

Ibunya menyampaikan lukisan tu di dalam kumpulan Facebook, “Friends of ASD Families”.

Gambar Menyayat Hati Yang Dilukis Seorang Kanak-Kanak Mengidap Autisme

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/kids 1200907 640.jpg Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka

Bila si ibunya Janice, melihat gambar yang dilukis anaknya, hatinya sangat terluka.

“Dia lukis sehari lepas sekolah kerana dia tertekan. Tiada siapa yang mahu bermain dengannya,” katanya.

Kanak-kanak itu mempunyai autisme ringan dan bersekolah di sekolah arus perdana. Ibunya Janice selalu menggalakkan dia untuk memulakan bermain dengan rakan sekelasnya, dan mengatakan”kalau mereka tak mahu main, cari kawan lain pula.”

“Tetapi dia begitu kecewa menghadapi penolakan selepas penolakan semasa percubaan berulangnya dalam mencari seseorang untuk bermain.” “Lebih buruk lagi, apabila dia tergelincir di lantai basah dan jatuh, dia ditertawakan dan tiada seorang pun datang untuk membantu! Dia tidak dapat mengungkapkan perasaannya dengan baik sehingga dia melukis gambar ini untuk menunjukkan kepada saya apa yang telah dia lalui. “

Inilah gambar yang kanak-kanak Singapura ini dengan autisme lukis:

ciri-ciri autisme, kanak-kanak autisme, viral, penyebab autisme, punca autisme, merawat autisme, jenis autisme, rawatan autisme,ciriautisme ringan, autisme boleh sembuh, autisme adalah,

Ciri-Ciri Autisme: Anak Didiagnosis Dengan Mild Autisme

Janice juga mendedahkan didiagnosis dengan autisme “ringan” sebenarnya telah membuat perkara yang lebih teruk lagi untuk anaknya.

“Ini hanya sebahagian daripada perjuangan hariannya di sekolah. Walaupun sekolahnya mempunyai pendidik yang bertauliah, dia tidak mendapat sokongan kerana hanya dianggap sebagai kes ringan. “ “Dia ditinggalkan untuk menghadapi hari sekolah bersendirian seperti kanak-kanak normal lain.”

Kami pasti anda dapat merasakan kekecewaan dan kesakitan ibu dan anak ini.

Janice berpendapat bahawa, pada tahap yang sangat asas, kanak-kanak harus diajar untuk melayan kanak-kanak lain dan bagaimana mereka ingin dilayan.

“Lakukan kepada orang lain apa yang anda mahu mereka lakukan kepada anda.” “Saya harap lukisan anak saya akan berfungsi sebagai peringatan bahawa individu autistik juga mempunyai perasaan, sama seperti orang lain.” “Tiada siapa yang perlu makan sendiri atau menghabiskan sepanjang hari di sekolah tanpa kawan, setiap hari.”

Apakah Ciri-Ciri Autisme?

cara mendidik anak autisme, cara mendidik anak autistik, cara mengajar anak autisme, cara megajar anak autisme cepat cakap, didik anak autisme, tips mendidika anak autisme, masalah anak autisme, anak autisme genius, anak autisme, kanak-kanak autisme, anak autistik, kanak-kanak ada masalah autisme, apa itu autisme, autisme, autistik

Ciri-ciri autism ini mungkin termasuk:

  • masalah berinteraksi, bermain dengan, atau berkaitan dengan orang lain
  • hubungan mata yang sedikit atau ringkas dengan orang lain
  • pergerakan yang tidak biasa atau berulang, seperti mengepak tangan, berputar, atau mengetuk
  •  kelewatan pencapaian perkembangan atau kehilangan pencapaian yang sudah dicapai
  •  kesukaran belajar di sekolah
  •  nada otot yang rendah, kelembutan, dan kesedaran spatial yang lemah

Pelajar dengan ciri-ciri autisme boleh:

  • Mudah kecewa dan bertindak dalam situasi tertentu
  • Peka kepada lampu terang, bunyi keras, atau lorong-lorong yang sibuk
  • Perlu pergi ke jururawat sekolah untuk ubat sekiranya tercicir temujanji untuk lawatan doktor dan terapi
  • Mempunyai masalah bercakap atau tidak bercakap sama sekali
  • Mungkin nampak tidak sensitif atau tidak emosional
  • Memerlukan masa tambahan untuk tugasan kelas dan kerja rumah
  • Perlu mengambil ujian di kawasan berasingan dari gangguan
  • Kanak-kanak dengan autisme menghadapi pelbagai cabaran, dan dianggap “berbeza”, mereka lebih cenderung untuk dibuli.

Sebagai ibu bapa, kita boleh mengajar anak-anak kita bahawa kanak-kanak dengan autisme memerlukan pemahaman.

Mereka boleh mengatakan dan melakukan perkara yang berbeza, tetapi mereka sebenarnya ingin melakukan perkara seperti orang lain.

Ajarkan anak anda menghormati orang lain dan terima perbezaannya. Jangan lupa beritahu mereka bahawa, kita semua mungkin nampak berbeza, namun kita semua sama. 

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comapa-itu-autisme/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Lukisan Menyayat Hati Pelajar Autisme Yang "Sunyi" Lepas Dimasukkan Ke Sekolah Biasa
Kongsikan:
  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

  • Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

    Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

  • Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

    Mainan Skuter: Cara Ajar Anak Bermain Skuter, Manfaat Skuter Kanak-Kanak & Tips Keselamatan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham