Selamat pengantin baru! (Ehem, atau pengantin lama untuk pasangan yang sudah lama berkahwin). Hehe. Hari ini, kami di theAsianparent akan mendedahkan tentang ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan.
Buat pasangan pengantin baru, atau pasangan yang dalam proses ingin cuba mendapatkan cahaya mata, pasti anda mahu tahu ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan, kan?
Rasa suspense sungguh nak tunggu tanda-tanda hamil. Boleh ke anda lihat tanda awal kehamilan sebaik berhubungan intim? Jawapannya ya, walaupun sedikit sukar.
Tapi, kami telah mendapatkan pandangan pakar, dan menurut mereka – ini antara 9 ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan.
9 ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan
#1 Cepat penat
Salah satu ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan ialah ibu akan lebih cepat penat dan mengantuk yang luar biasa.
Hal ini terjadi kerana perubahan hormon dalam badan anda. Beberapa organ penting seperti paru-paru, ginjal, dan jantung akan “lebih bekerja”.
#2 Keluar darah tapi bukan darah haid
Jangan panik. Pada mulanya bila anda lihat darah, mungkin anda sangka ia darah haid. Tapi jangan confuse antara darah haid atau spotting.
Spotting adalah akibat proses implantasi iaitu embrio menempel di dinding rahim wanita. Warnanya juga sedikit berlainan dari warna darah haid.
Biasanya, spotting terjadi pada hari ke-7 hingga ke-10 ovulasi dan tanda anda hamil seminggu.
#3 Kram bawah perut
Satu lagi tanda awal hamil ialah rasa kram atau seakan “menekan” pada bahagian perut. Ini kerana otot anda sedang menegang.
#4 Kerap buang air kecil
Kekerapan membuang air kecil terjadi kerana janin dalam kandungan “sedang menekan” pundi kencing ibu. Gejala ini juga kerana perubahan hormon.
Tapi anda harus ingat – semakin banyak anda kencing, semakin banyak air anda kena minum. Kalau tidak, jadinya sembelit.
#5 Payudara bengkak
Peningkatan hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu akan membuatkan payudara anda rasa lebih pejal seolah-olah membesar atau bengkak.
Selain itu, payudara itu juga seakan lebih peka dengan rasa sakit, ngeri, sentuhan dan asyik rasa gatal.
#6 Mual-mual
Ini antara tanda awal kehamilan yang paling kerap terjadi. Penyebabnya ialah kerana peningkatan hormon dalam badan ibu.
#7 Asyik meludah
Asyik meludah adalah satu lagi tanda kehamilan di awal trimester. Ia kerana perubahan hormon estrogen.
Gejala ini biasanya berlaku pada trimester pertama dan akan semakin kurang pada trimester kedua.
#8 Perasaan yang tidak menentu
Perasaan yang tidak menentu ini mungkin seakan sama seperti PMS (pre-mestruation syndrome) di mana anda akan rasa cepat, asyik nak marah, risau dan bermacam-macam lagi.
Namun, ia juga sebenarnya merupakan ciri ciri hamil 1 minggu setelah berhubungan. Jika haid anda sudah terlambat, adalah lebih elok untuk anda mengambil ujian kehamilan.
Lebih cepat anda tahu tentang kehamilan ini, lebih tinggi peluang anda untuk menjaga kesihatan janin dalam kandungan.
#9 Pening kepala
Ramai wanita yang mengadu mereka pening kepala sebelum disahkan hamil. Hal ini kerana perubahan darah dalam badan.
Pening kepala selalu mendatangkan masalah kepada wanita yang mengalami anemia atau tekanan darah rendah.
Antara ciri-ciri hamil 1 minggu yang pelik di awal kehamilan
#1. Hidung berdarah
Sekiranya hidung anda berdarah di awal kehamilan ia adalah normal. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan dan keadaan ini boleh dirawat sendiri di rumah. Namun sekiranya ia terjadi dengan kerap dan pendarahan terlalu banyak, segera berjumpa dengan doktor.
#2. Jerawat
Sekali lagi disebabkan perubahan hormon. Anda akan perasan kulit wajah dipenuhi dengan jerawat-jerawat batu, namun itu semua adalah fasa awal kehamilan. Setelah trimester kedua, kebanyakan ibu-ibu akan mendapati kulit lebih glowing dan licin!
#3. Air liur berlebihan
Ini pun antara tanda-tanda awal kehamilan. Bila bangun tidur anda akan perasan air liur basi lebih banyak dari biasa, atau sebelum ini tak ada, tiba-tiba ada! Jangan risau ia akan hilang sebaik anda melahirkan anak nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hasil Kesabaran 21 Tahun Akhirnya Dikurniakan Seorang Bayi Perempuan