Pepatah yang mengatakan “cinta itu buta” mungkin ada benarnya. Sebab itu wanita lebih terdorong untuk menutup mata dan menerima lelaki yang mereka sayangi tanpa betul-betul melihat ciri ciri lelaki yang baik padanya.
Kita mungkin lebih mudah “terjatuh” pada janji manis, muka sejuk mata memandang, tubuh (atau tangan) yang sado dan kata-kata yang menusuk kalbu dari seorang lelaki.
Tapi apakah ciri-ciri suami terbaik yang boleh dilihat pada lelaki? Ada ke lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan bapa kepada anak-anak kita nanti?
Ada, dan lelaki yang terbaik untuk jadi suami mahupun bapa akan memiliki 8 ciri ciri suami terbaik ini. Jom semak ada ke tidak pada suami kita sekarang.
8 Ciri Ciri Lelaki Yang Baik – Semak Di Sini!
#1 Ciri lelaki yang baik: Dia jujur dan bersifat terbuka
Adakah suami anda itu bersifat terbuka tentang kelemahan dan kelebihan dirinya? Adakah dia jujur dengan anda?
Ini antara ciri ciri suami terbaik yang harus anda cari. Memang ada sesetengah lelaki susah nak bercerita dan bersikap terbuka.
Tapi cara hidup dia sekarang akan menentukan sama ada dia bakal menjadi suami dan bapa yang terbaik atau tidak. Kalau sebelum kahwin pun, anda terasa hati dengan layanan dirinya, hmmm, faham-fahamlah.
#2 Ciri lelaki yang baik: Dia setia
Setia sudah semestinya masuk dalam ciri ciri suami terbaik yang paling atas, kan? Siapa nak kahwin dengan suami kaki curang dan penipu!
Sebab itu setia dan saling mempercayai amat penting dalam hubungan rumah tangga. Anda pasti mahu suami menyayangi dan menyokong anda.
#3 Anda boleh bergantung harap padanya
Suami itu kan ketua keluarga? Sudah semestinya anda mahu melihat ciri ciri suami terbaik yang satu ini.
Adakah anda boleh bergantung harap padanya? Ataupun suami anda itu seakan “baby tua” dan anda seperti “ibunya”?
Kalau sebelum kahwin pun lelaki itu tidak menunjukkan sifat matang, cuba bayangkan bagaimana dia nak menghadapi cabaran dan situasi lepas kahwin?
#4 Dia bercita-cita tinggi dan mempunyai impian
Siapa yang tidak tertarik pada lelaki yang bercita-cita tinggi dan memiliki impian kan? Tapi harap-harap impian dan cita-citanya itu bukan omongan kosonglah.
Salah satu ciri ciri suami terbaik ialah lelaki yang bijak membina asas kewangan dan kehidupan yang berjaya. Mereka juga tidak mudah berputus asa.
#5 Betul-betul seorang gentleman
Apa maksud seorang gentleman? Gentleman ialah seorang yang baik budi pekerti, pemurah dan bersifat penyayang.
Bagaimana cara suami anda itu melayan anda? Bagaimana pula cara dia melayan ibunya?
Seorang lelaki sejati akan melayan semua orang dengan penuh hormat tanpa mengira kelas, bangsa dan agama.
#6 Anda rasa selamat di sampingnya
Ini ciri ciri suami terbaik yang amat penting. Adakah anda rasa selamat di sampingnya? Adakah anda rasa tenang selepas dipeluknya?
Jika ya, dialah lelaki yang anda cari. Anda pasti akan rasa selamat di sampingnya sampai bila-bila
#7 Dia betul-betul mencintai anda
Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang tidak akan pernah bosan mencintai dirinya.
Cinta yang sebenar ialah rasa gembira melihat kegembiraan insan yang kita sayangi. Cinta yang sejati ialah rasa nikmat menghabiskan masa dengan seseorang.
Anda mungkin fikir mustahil untuk jumpa lelaki yang akan betul-betul mencintai kita sehingga mati, tapi ia sebenarnya tidak mustahil. Cuma mungkin anda yang belum menjumpainya.
#8 Semua orang menghormatinya
Adakah kawan-kawan suami anda menghormati dan memandang tinggi padanya? Adakah mereka kisah dengan pendapat dan cadangannya?
Jika dia dianggap sebagai role model yang baik buat mereka, sudah tentu dia mampu menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik kelak!
Pilihlah lelaki yang sentiasa memilih keluarganya. Lelaki yang menyayangi keluarga akan cenderung sanggup berkorban dalam menjaga keluarganya.
Jadi, berapa banyak ciri ciri suami terbaik ini ada pada suami anda? Share sikit!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: KAJIAN: Bukan Saja Wanita, Malah Umur Lelaki Juga Mempengaruhi Kesihatan Bayi!