X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Geram Isteri Berlawa Semasa Puasa & Rasa Nak Cium, Ini Pesanan Daripada Ustaz

4 min bacaan
Geram Isteri Berlawa Semasa Puasa & Rasa Nak Cium, Ini Pesanan Daripada Ustaz

Apakah hukum cium isteri di bulan puasa, adakah ia boleh menyebabkan puasa anda terbatal dan perlu mengantikannya semula? Ini jawapan daripada ustaz.

Menjadi satu kelaziman bagi pasangan suami isteri untuk menunjukkan sebahagian kasih sayang, perhatian dan cinta dengan cara cium isteri dan suami.

Kebiasaan cium isteri ini biasanya dilakukan sewaktu suami ingin pergi ke tempat kerja lalu ditangkap dahi isteri atau pipinya untuk dicium.

Bagi hal ini hukumnya adalah harus bahkan boleh jadi salah satu ibadah jika berniat untuk menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Nisa ayat 19 yang bermaksud

” Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang makruf (baik),”.

Menurut Ustaz Mohamad Wahid Abd Hanif dalam Majalah AL-Ustaz edisi 1, salah satu cara bergaul dengan isteri yang makruf adalah dengan cium isteri malah perbuatan itu tidaklah salah dan dibenarkan oleh syariat kerana Rasulullah SAW juga turut melakukan hal sedemikian bahkan pada bulan ramadhan sekalipun.

Dalam isu berkaitan, Aisyah R.h.a berkata dalam Riwayat Muslim bahawa “Rasulullah saw, mencium dan menyentuhnya dalam keadaan berpuasa.

Sementara dalam riwayat yang lain, “Baginda menciumnya pada bulan Ramadhan dan Baginda sedang berpuasa,“.

Keadaan itu tetap sama pada isteri yang lain dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ummu Salamah, “Nabi SAW mencium isterinya dalam keadaan sedang berpuasa,”.

Pandangan ulama jika suami isteri bercium

cium isteri

Imam An-Nawawi ra menyatakan pandangan bahawa mencium isteri dengan pasangan yang sah adalah tidak membatalkan puasa, asalkan tidak sampai terangsang atau mengeluarkan air mani atau sperma. Malah hasrat seksual yang lebih tinggi maka hukumnya adalah haram.

Ibnu Abbas, Imam Abu Hanifah, Ats-Tsauriy, Al-Ausa’i dan Imam Asy-Syafii melarang bercium di bulan puasa terutama pasangan yang masih muda atau baru berkahwin, tapi dibolehkan bagi mereka yang sudah dilanjut usia.

Ini kerana, pasangan yang baru berkahwin hasrat seksualnya masih tinggi sedangkan orang tua perasaan itu kian memudar dan berkurang.

Pendapat Ibnu Wahab boleh mengatakan, boleh cium isteri sewaktu berpuasa sunat namun tidak boleh bagi puasa wajib.

Berikut adalah pendapat para ulama berdasarkan Mazhab Syafii

cium isteri

#1. Hukum makruh

Hukum makruh ini merupakan perbuatan yang bila dilakukan boleh mendapat dosa dan bila tidak dilakukan mendapat pahala.

Oleh itu, bercium semasa berpuasa adalah makruh, tidak kira ciuman di bibir atau pun pada anggota yang lain.

Ia masuk dalam hukum makruh kerana khuatiri jika semasa bercium keluarnya keinginan untuk melakukan adegan yang seterusnya.

#2. Lebih baik tidak dilakukan

Sekiranya bimbang anda sukar mengawal gelora nafsu semas bercium, Ulama Syaffi bersepakat supaya berciuman sewaktu berpuasa dielakkan.

Ia sebagai satu tindakan agar tidak terjerumus melakukan hubungan seksual di siang hari kerana ciuman ini dapat merangsang untuk melakukan persetubuhan.

Hukum cium isteri di bulan puasa

cium pipi isteri

Daripada hadis di atas, sebahagian ulama berpandangan bahawa mencium isteri di waktu siang semasa bulan Ramadhan itu adalah harus dan tiada halangan untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang memberi pandangan berbeza di mana jika cium itu disertai perasaan syahwat maka hukumnya makruh kerana unsur puasa itu adalah menahan syahwat.

Stories Rakan Kongsi
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences

Pandangan tersebut mendapati bahawa Nabi semasa cium isteri pada bulan Ramadhan tidak disertai syahwat? Tapi perkara itu mungkin sukar bagi manusia biasa seperti kita.

Ustaz Wahid menambah, berdasarkan penjelasan berkenaan adalah sebaiknya kita cuba menghindari perasaan untuk mencium isteri di waktu siang semasa berpuasa kerana risau kalau ia boleh menimbulkan perasaan syahwat dan keinginan untuk melakukan hubungan antara suami isteri.

Ia adalah kerana, melakukan perkara sedemikian semasa berpuasa adalah dilarang dan tidak dibenarkan.

Jadi kalau nak lepaskan perasaan itu, boleh dilakukan selepas waktu berbuka dan terus melakukan mandi wajib supaya memudahkan urusan puasa untuk hari keesokannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bolehlah para isteri sekalian tag dan suruh suami baca penerangan ustaz ini.

Geram Isteri Berlawa Semasa Puasa & Rasa Nak Cium, Ini Pesanan Daripada Ustaz

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Addeen, theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtata-cara-berhubungan-suami-istri-di-bulan-ramadhan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Geram Isteri Berlawa Semasa Puasa & Rasa Nak Cium, Ini Pesanan Daripada Ustaz
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham