Pada awal perkahwinan rutin suami cium kening isteri dan isteri pula cium tangan suami sebelum ke tempat kerja ini memang sering diamalkan. Dan ia adalah antara cara hubungan suami isteri yang ramai tak tahu kepentingannya.
Namun apabila usia perkahwinan semakin meningkat, dan anak-anak pula berderet, rutin itu selalu dilupakan. Ingatlah pasangan suami, penting sebenarnya untuk kita sebagai isteri mencium tangan suami, manakala suami pula mencium kening isteri.
Bersalaman dan ciuman kepada pasangan juga anak-anak adalah tanda kasih sayang yang diekspreskan tanpa kata-kata.
Bagi yang tidak tahu, kening isteri adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, ini kerana kening adalah saksi ketaatan kepada tuhan.
Pada keninglah terdapat perantaraan tunduk seorang hamba kepada pencipta. Kening adalah bahagian tubuh yang pertama mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt.
Kening juga yang bersujud menjadi anggota yang paling bawah menandakan tiada yang lebih tinggi melainkan Allah swt, sedangkan apabila berdiri keninglah yang tertinggi. Maka di bahagian kening wanitalah Allah memberikan sumber ketenangan.
Maka jika suami inginkan ketenangan saat ke pejabat, ciumlah kening isteri anda setiap hari.
Cara Hubungan Suami Isteri Isteri Cium Tangan Suami
Bagaimana pula apabila isteri cium tangan suami? Adakah akan mendapat ketenangan yang sama? Sebenarnya setiap kali isteri mencium tangan suami tidak kiralah sebelum suami ke pejabat atau pulang dari kerja, sentiasa titipkan doa semasa mencium tangan. Ini akan memberikan keberkatan kepada si suami dalam mencari rezeki yang halal. Dapat elakkan si suami untuk mengambil apa yang bukan miliknya atau melakukan perkara yang tidak elok tanpa sengaja.
Mungkin anda selama ini memandang remek manfaat ciuman, sedangkan ia adalah antara penentu hari-hari kita untuk berjalan dengan lancar atau tidak. Itu antara ikhtiar yang anda boleh lakukan selain melakukan solat dhuha, berdoa dan sebagainya. Malah dapat pahala ekstra pula tu.
Antara Manfaat Lain Bila Mencium dan Memeluk Pasangan
#1. Meringankan tekanan
Ketika anda memeluk seseorang yang disayangi, badan anda akan melepaskan hormon oksitosin. Hormon ini boleh menenang dan membuatkan anda lebih rileks.
Malah, stress juga susah nak dirasa dan anda akan rasa lebih awet muda! Wah, cepat-cepat peluk suami. Bolehlah elak anda shopping sakan di Guardian/Watson 😛
#2. Menyihatkan jatung
Pelukan suami juga bagus untuk kesihatan jantung. Pakar mendapati, wanita lebih banyak merasai kebaikan ini.
#3. Hubungan seks yang lebih baik
Ehem, selalu-selalulah beri pelukan pada isteri jika anda mahu bermesraan dengannya (tapi bukan ketika anda “mahu” saja ya!).
Bukan hanya merapatkan emosi, malah pelukan suami juga meningkatkan hubungan fizikal antara kalian.
#4. Mengurangkan rasa sakit
Pelukan yang penuh kasih dari suami tercinta juga akan memberi sokongan tambahan kepada isteri yang kesakitan. Hormon oksitosin yang dilepaskan juga dapat menyekat rasa sakit tersebut.
#5. Meningkatkan mood isteri
Selain oksitosin, hormon serotonin juga makin meningkat jika anda dipeluk suami. Hormon ini membantu meningkatkan mood, dan membuatkan suasana menjadi lebih sensual.
#6. Melawan selsema
Jika anda rasa nak selsema tiba-tiba, apa kata terus peluk suami? Pelukan dari orang yang anda sayangi dan percaya dapat melindungi anda dari serangan selsema, terutamanya jika anda stress!
Jika anda sudah selsema pun tak mengapa peluk suami. Anda masih dapat kebaikannya!
#7. Pelukan suami buat isteri lebih bahagia
Hormon oksitosin turut dikenali sebagai “hormon cinta”. Jadi, tak mustahillah mengapa isteri yang sering dipeluk suaminya akan lebih bahagia dan mencintai pasangan.
Malah, pasangan yang sering berpelukan juga cenderung lebih sihat dan terhindar dari stress!
#8. Meningkatkan keyakinan diri
Sejak kecil, pelukan merupakan salah satu cara ibu bapa kita menunjukkan betapa pentingnya kita. Sama juga apabila kita sudah dewasa!
Pelukan suami akan membuatkan isteri rasa lebih dicintai dan amat special buat suami. Justeru itu, keyakinan diri anda juga akan meningkat!
Sumber: Islam Itu Indah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Kelebihan Selalu Cium Mulut Pasangan, Ramai Suami Isteri Tak Tahu
Baca juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor
Baca juga: 11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!