Ciuman Mulut Ke Mulut Bantu Rapatkan Hubungan Suami Isteri Agar Lebih Mesra

Jom baca lima kebaikan ciuman mulut ke mulut yang mungkin anda tak tahu sebelum ini. Jangan lupa untuk cium pasangan anda hari ini!

Siapa sangka ciuman mulut ke mulut bukan hanya boleh tambah kemesraan antara suami dan isteri, ia juga mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan diri.

Salah satu darinya adalah, bercium mulut dapat membakar dua hingga enam kalori seminit! Walaupun jumlah kalori tersebut tak terlalu banyak, tapi jika anda selalu melakukannya, ia dapat membakar kalori dengan jumlah yang agak lumayan…

Banyak lagi kelebihan ciuman mulut ke mulut ini tau! Jom baca.

5 manfaat ciuman mulut ke mulut yang mungkin anda tak tahu

1. Ciuman mulut ke mulut dapat meningkatkan sistem imunisasi

Kredit: Freepik

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Mediacal Hypotheses mengatakan, ciuman boleh meningkatkan kekebalan tubuh wanita dari Cytomegalovirus.

Virus ini sangat berbahaya untuk ibu mengandung kerana ia boleh menyebabkan bayi yang lahir cacat.

Semasa bercium, anda dan pasangan  akan menukarkan kuman dan virus dari dalam mulut. Oleh kerana ini, ia sekaligus meningkatkan kekuatan tubuh anda untuk melawan dari dijangkiti virus.

2. Ciuman boleh buat anda rileks

Kredit: iStock

Kajian yang dilakukan oleh Lafayette College telah menemui, semasa anda cium bibir pasangan, badan anda akan mengeluarkan hormon yang boleh membuatkan anda bahagia.

Hormon oksitiksin, dopamin dan endorfin adalah antara hormon yang anda keluarkan semasa bercium.

Ketiga-tiga hormon ini boleh membuatkan anda rasa tenang dan rasa disayangi. Anda hanya memerlukan ciuman selama 20 saat untuk melepaskan hormon-hormon ini.

Patutlah bila bercium dengan suami rasa bahagia je!

3. Menjaga kesihatan jantung

Kredit: Freepik

Sakit jantung selalunya berpunca dari tekanan darah yang tinggi dan kolestrol. Jika anda stress, ia pasti akan membuatkan tekanan darah anda meningkat.

Jadi, jika anda selalu bercium dengan pasangan anda, secara tak langsung anda sedang menjaga kesihatan jantung anda.

4. Panjang umur

Kredit: Pexels

Suami isteri yang menjadikan ciuman mulut ke mulut sebagai rutin mereka ternyata mempunyai jangka umur lima tahun lebih lama dari pasangan yang jarang bercium.

Ini kerana, ciuman boleh meningkatkan kadar hormon dalam darah dan boleh buat anda lebih sihat dan panjang umur.

5. Hubungan semakin mesra

Kredit: Freepik

Apabila anda menjadikan ciuman sebagai rutin anda, hubungan anda dengan suami sudah tentu akan jadi semakin mesra

Ini kerana ciuman merupakan salah satu cara untuk anda menunjukkan rasa cinta dan sayang. Malah, sesetengah orang lebih bahagia jika mereka mendapat ciuman selepas melakukan hubungan seks.

Jangan lupa lakukan ciuman mulut ke mulut bersama pasangan anda hari ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Pentingnya Cium Kening Isteri & Cium Tangan Suami, Ini Sebabnya!

Penulis

Nadia Ghafar