Viral Kedai Claypot Chicken Rice Guna Arak Beras, Kalau Teringin Nak Makan Ini Resepi Versi Halal

Teringin nak rasa claypot chicken rice, bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan. Boleh buat sendiri di rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, sebuah restoran yang menghidangkan claypot chicken rice di Seri Petaling menjadi tular kerana merupakan satu-satunya kedai makan halal menjual makanan tradisional kaum Cina itu.

Restoran masakan berasaskan periuk tanah liat milik muslim itu dijalankan oleh sepasang suami isteri selama 28 tahun yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan Melayu.

Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, premis nasi ayam claypot berkenaan yang status halalnya yang menjadi pertikaian netizen kerana video menggunakan arak beras, bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan restoran itu kini menutup premis mereka dan masih mengunci mulut membiarkan orang ramai tertanya-tanya kebenaran dakwaan tersebut.

Bagi yang teringin nak rasa, sebenarnya ia boleh sahaja dimasak tanpa menggunakan arak beras. Bahan-bahannya pula sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan. 

Seorang pengguna di Facebook yang juga seorang mualaf Cina, Nurul Amirah Abdullah Chan berkongsi di Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) resepi claypot chicken rice versi halal yang mudah dimasak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan sekrg ada kes viral (Berita Harian) yg sedang hangat mengenai kedai restoran di PJ, sepasang suami-isteri menjual claypot yang dicampurkan bahan yang haram (arak beras), alasannya adalah sebagai penyedap.

Saya ingin tunjukkan kepada akak-akak di sini bahawa masakan cina yang enak nie mudah je dibuat.

Cukup dgn hanya menggunakan kicap masin Nona, kicap cair, myk bijan, serbuk cukup rasa megi utk digaul dgn ayam / kambing, lepas tuh diperap 30min - 1jam.

Kedua-dua dish nie adalah favourite makanan suami saya , claypot chicken dan claypot kambing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :

  • Kicap masin (brand Nona)
  • Kicap cair
  • Minyak bijan (brand: chee seng, ada logo Halal dari syarikat internasional, boleh juga guna brand lain)
  • Jikalau nak ayam perap nampak lagi hitam dari nasi, letak setengah sudu kecil Thick caramel soysauce (brand Angel)

Cara penyediaan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Beras yang dah dicuci (dicampur kicap masin, halia dan bawang putih cincang) dimasak dalam periuk claypot 5 hingga 7 minit api sederhana. Sukatannya 1 cawan beras : 1 cawan air (bercampur kicap).

2. Selepas air dalam nasi berkurang, boleh letakkan dan susun ayam yang diperap kicap masin, kicap cair, minyak bijan (masak sekurang-kurangnya 7 hingga 10min dengan api sederhana). Ayam dipotong-potong kecil supaya cepat masak.

3. Bila nasi dah hampir masak, letak ikan masin tenggiri dan besarkan api untuk dapatkan kerak terbakar di claypot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat mencuba! Jangan disebabkan pasangan suami isteri itu menyebabkan kita ragu-ragu untuk memasak dan mencuba masakan cina ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Kuey Teow Goreng Chinese Style Yang Sedap, Ini Char Kuey Teow Sebenar Yang Boleh Anda Cuba!

Baca juga : Buat Sendiri Sup Dumpling Bersama Mee Wantan Kicap, Resepi Dumpling Mudah Yang Boleh Dicuba!

Baca juga : Tiada Idea Nak Masak Apa Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Yang Pasti Anak Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi