X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bekal Anak Ke Sekolah Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Makan Tanpa Rasa Jemu

5 min bacaan
Bekal Anak Ke Sekolah Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Makan Tanpa Rasa Jemu

Tiada idea nak masak apa tetapi mahukan satu hidangan yang simple dan mudah? Boleh cuba resepi nasi goreng cina yang kurang pedas ini.

Persoalan yang selalu menjadi pertanyaan ibu-ibu, nak masak apa? Kalau tiada idea nak masak apa tetapi perlukan satu menu yang simple dan sedap, boleh cuba resepi nasi goreng Cina ini. 

Ia juga sesuai untuk dijadikan bekalan untuk di bawa ke tempat kerja serta untuk anak bawa ke sekolah. Nasi goreng Cina adalah hidangan yang terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan hidangan yang mudah disediakan dan bercirikan citarasa yang kaya dengan kombinasi pelbagai bahan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi satu resepi nasi goreng Cina yang sedap dan mudah untuk anda cuba di rumah. Dengan langkah-langkah yang jelas dan bahan-bahan yang mudah didapati, anda akan dapat menikmati hidangan nasi goreng Cina yang enak seisi keluarga.

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Nasi Goreng Cina Kurang Pedas Untuk Anak-Anak
  • Resepi Nasi Goreng Che Nom
  • Resepi Nasi goreng Cina Sheila Rusly
  • Resepi Nasi goreng Cina Chinese Style
  • Resepi Nasi goreng Cina Ala Thai

Resepi Nasi Goreng Cina Kurang Pedas Untuk Anak-Anak

Resepi Nasi Goreng Che Nom

resepi nasi goreng che nom

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • isi ayam, hiris nipis
  • isi udang
  • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili
    • timun
    • sambal belacan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

Tip:

  • Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasi goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tiada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng.

Resepi Nasi goreng Cina Sheila Rusly

sheila rusly

Bahan-bahan:

  • Semangkuk nasi putih 
  • 2 biji telur
  • 6 ulas bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Dada ayam yang siap dihiris
  • Kicap cair masin
  • Minyak bijan
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Lada putih
  • Bebola ikan
  • Kacang peas
  • Daun bawang

Cara memasak:

  1. Goreng telur. Hancurkan dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, cili padi sehingga naik bau. 
  3. Masukkan dada ayam yang telah dihiris nipis.
  4. Kemudian, tuang sedikit kicap cair, minyak bijan dan sos tiram.
  5. Perasakan dengan bahan perasa dan lada putih.
  6. Masukkan bebola ikan, kacang peas.
  7. Baru masukkan nasi lebihan semalam dan telur hancur tadi.
  8. Hiaskan dengan daun bawang.
  9. Siap untuk dihidang.

Resepi Nasi goreng Cina Chinese Style

chinese style

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalaman)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 3 biji telur
  • Kicap
  • Soy sos
  • Serbuk cendawan

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun bawang
  • Segenggam udang kertas 

Cara memasak:

  1. Goreng udang kertas di dalam minyak sehingga garing dan bertukar warna keperangan, tapi jangan sampai hangus. Angkat dan toskan minyak (lapik pinggan dengan tisu). Ketepikan.
  2. Untuk telur, pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit serbuk cendawan.
  3. Kemudian tuangkan telur ke dalam minyak.
  4. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg. Angkat dan ketepikan.
  5.  Tumis bawang putih yang sudah dicicang sehingga naik bau dan keperangan.
  6. Masukkan 2 cawan nasi. Gaul sehingga nasi panas dan rata.
  7. Seterusnya masukkan telur hancur, daun bawang, soy sos dan serbuk cendawan secukupnya.
  8. Gaul lagi sehingga sekata.

Resepi Nasi goreng Cina Ala Thai

ala thai

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, udang atau sotong
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 biji cili api (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • Sayur lobak merah (dipotong kecil)
  • Kacang pangjang atau kacang buncis (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar sos ikan
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili api, masak sekejap.
  3. Masukkan daun limau purut, ayam, lobak merah dan kacang buncis, kacau seketika.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan.
  5. Masak sehingga ayamnya masak. 
  6. Kemudian, masukkan nasi, kacau sehingga mesra.
  7. Perasakan dengan sedikit garam, sebab sos tiram dah masin. 
  8. Sedap dihidang panas dengan telur, keropok dan sayur.
  9. Dah siap!

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Resepi Che Nom , Facebook Resepi Sheila Rusly, Daily Makan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Bekal Anak Ke Sekolah Yang Simple Dan Sedap? Ini Resepi Nasi Goreng Cina Makan Tanpa Rasa Jemu
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham