Siapa peminat coklat pastinya mahu mencari coklat masakan yang terbaik untuk membuat biskut atau kek, bukan? Jadi, kami cadangkan untuk anda guna coklat masakan dalam senarai ini, confirm boleh buat jual biskut coklat anda itu nanti.
Tak perlu tunggu raya atau musim perayaan untuk buat biskut atau kek coklat, kini boleh dikatakan yang ia boleh jadi pemanis mulut tidak kira musim. Ia seakannya sudah menjadi satu amalan biasa tatkala ke kafe-kafe untuk menikmati kek atau biskut yang enak, lebih-lebih lagi yang didominasi coklat.
Sebenarnya, anda juga boleh menghasilkan biskut atau kek coklat yang sesedap di kafe-kafe di luar sana yang pernah anda pergi atau nikmati. Kuncinya adalah pada coklat tersebut.
Isi Kandungan
Manfaat Coklat Masakan
Coklat menerima banyak penolakan kerana ia tinggi lemak dan kandungan gula. Pengambilannya pernah dikaitkan dengan jerawat, obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit arteri koronari dan diabetes.
Walaubagaimanapun, menurut satu reviu akan kesan kesihatan coklat yang dikeluarkan di dalam Netherlands Journal of Medicine, ia tidaklah semuanya berita buruk.
Penulis itu merujuk kepada penemuan koko, bahan utama di dalam coklat, mengandungi kompaun phenolic aktif biologikal. Ini telah menukar pandangan orang ramai terhadap coklat dan ia merangsang kajian ke atas bagaimana ia boleh memberi impak penuaan, dan kondisi seperti tekanan oksidatif, peraturan tekanan darah dan aterosklerosis.
Bahan antioksidan coklat berpotensi mempunyai rangkaian kebaikan untuk kesihatan. Lagi tinggi kandungan koko, yang mana coklat dark, lagi banyak benefit yang terkandung. Dark coklat juga mungkin mengandungi kurang lemak dan gula, tetapi yang penting untuk memeriksa labelnya.
Memakan coklat boleh jadi mempunyai manfaat seperti berikut:
- Merendahkan tahap kolesterol
- Mencegah kemerosotan kognitif
- Mengurangkan risiko masalah kardiovaskular
Jadi, usah bimbang untuk cari di mana coklat masakan yang terbaik dan mampu menjadikan pemanis mulut anda di rumah sesedap di kafe mewah, kerana kami ada senaraikan coklat masakan yang boleh kata the best untuk biskut dan kek coklat anda itu nanti. Confirm anak-anak pun akan puji hasil biskut atau kek coklat ciptaan anda.
5 Coklat Masakan Terbaik Di Pasaran
Coklat Masakan Terbaik | Jenama |
Coklat Masakan Terbaik Berkualiti Profesional | |
Coklat Masakan Terbaik Sebagai Coating Dan Topping | |
Coklat Masakan Terbaik Dengan Nota Vanila | |
Coklat Masakan Terbaik Buatan Malaysia | |
Coklat Masakan Terbaik Pilihan Ramai |
VAN HOUTEN Chocolate Couverture Coins
Coklat Masakan Terbaik Berkualiti Profesional
VAN HOUTEN Chocolate Couverture merupakan coklat masakan berkualiti profesional yang mana ia adalah coklat Eropah sejak tahun 1828. Ia hadir dalam variasi pilihan dari dark ke white chocolate, dan dari rasa yang intense ke berkrim atau berkaramel.
Ia dihasilkan 53.9 peratus solid koko, lemak 35.8 peratus, kecairan 3/5. Untuk coklat ini yang berbentuk syiling, ia mudah untuk dicairkan. VAN Houten Chocolate Couverture Coins boleh digunakan ke dalam masakan seperti gelato, sorbet, kek, brownies, mufin, biskut, makaron, glazing dan sos, campuran dan perasa, serta juga di dalam minuman panas.
Apa yang kami suka:
- Mudah untuk dicairkan
- 53.9 peratus koko, 35.8 peratus lemak
- Coklat berkualiti profesional sejak 1828
- Sesuai untuk digunakan dalam hidangan pemanis mulut seperti kek, brownies, biskut, mufin
shopee.com.my/VAN-HOUTEN-CHOCOLATE-COUVERTURE-COINS-(DARK-MILK-WHITE)-1.5KG-i.300128347.9015801679
Beryl’s Gourmet Milk Compound Syrup
Coklat Masakan Terbaik Sebagai Coating Dan Topping
Sos coklat Beryls Gourmet ini sememangnya satu jenama yang cukup dikenali ramai kerana kesedapannya. Beryls Gourmet Milk Compound Syrup boleh digunakan sebagai sos coklat, coating atau topping untuk pelbagai hidangan pemanis mulut seperti yang kini viral Choco Jar, juga digunakan untuk kek, dan ais krim.
Bagi yang mempunyai alahan, harus diingatkan yang ia juga dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang juga memproses produk yang mengandungi protein susu, kekacang, bijan, telur dan bijirin yang mengandungi gluten.
Namun coklat ini hanya mengandungi gula, lemak sayuran, serbuk whey, serbuk koko, serbuk susu berkrim penuh, emulsifier (soya lecithin E322 & E476), vanila semula jadi.
Apa yang kami suka:
- Sedia digunakan sebagai sos coklat, coating, atau topping
- Tiada perisa tiruan tambahan
- Tiada pewarna tiruan
- Pes coklat serbaguna
- Simpan di tempat kering dan sejuk
- Berkualiti premium
Callebaut Finest Belgian Couverture Dark Chocolate Chips
Coklat Masakan Terbaik Dengan Nota Vanila
Callebaut Finest Belgian Dark Chocolate Chips ini adalah lembut licin dan sejenis coklat yang seimbang dengan sempurna dengan nota vanila yang subtle. Ia sesuai untuk masakan kuih-muih, ganaches, minuman, biskut dan banyak lagi kegunaannya.
Apa yang kami suka:
- Rasa yang cukup berkualiti tinggi
- Coklat yang lembut licin
- Seimbang dengan sempurna serta nota vanilla yang subtle
- Sesuai untuk membuat kuih, biskut, ganaches, dan banyak lagi
Beryl’s Dark Compound BLOCK
Coklat Masakan Terbaik Buatan Malaysia
Beryl’s Dark Compound Block merupakan coklat masakan yang mana buatan Malaysia. Ia tidak mengandungi sebarang bahan alahan seperti kacang, namun ia diperbuat menggunakan peralatan yang juga memproses produk yang mengandungi protein susu, kekacang, bijan, telur dan bijirin yang mengandungi Gluten.
Tahukah anda bahawa memakan dark chocolate dapat memperbaiki perjalanan darah dan membantu mencegah pembentukan darah beku? Jadi, Beryl’s Dark Compound Block adalah pilihan yang terbaik untuk digunakan sebagai coklat dalam masakan kek, biskut, ais-krim dan pemanis mulut lain.
Apa yang kami suka:
- Memperbaiki perjalanan darah dan membantu mencegah pembentukkan darah beku
- Sesuai untuk memasak kuih, kek, ais-krim dan pencuci mulut lain
- Buatan Malaysia
- Dijamin Halal
Hershey’s Chocolate Flavour Syrup
Coklat Masakan Terbaik Pilihan Ramai
Sirap coklat jenama Hershey ini sememangnya popular di kalangan pembuat kek. Malah, ia ternyata mempunyai rasa coklat yang kaya dan cukup enak. Yang paling penting, ianya mendapat pensijilan halal dari Jakim.
Tapi harus diingatkan buat mereka yang mempunyai alahan, ia mengandungi susu. Ianya ideal untuk digunakan sebagai topping ke atas susu coklat, float coklat, sundae coklat, koko panas dan banyak lagi.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai sijil halal Jakim
- Jenama pilihan ramai dan cukup popular
- Ideal untuk topping ke atas susu coklat, float coklat, sundae coklat dan banyak lagi kegunaannya
Perbandingan Harga
Coklat | Berat (gram) | Harga (RM) |
VAN HOUTEN Chocolate Couverture Coins |
1000 | 59.90 |
Beryl’s Gourmet Milk Compound Syrup |
1000 | 18.50 |
Callebaut Finest Belgian Couverture Dark Chocolate Chips |
400 | 30.80 |
Beryl’s Dark Compound BLOCK |
1000 | 15.50 |
Hershey’s Chocolate Flavour Syrup |
650 | 15.90 |
Cara Betul Penyimpanan Coklat Masakan
Sama pentingnya untuk mempunyai makanan manis di rumah, ia sama penting juga untuk menyimpannya dengan betul dalam mengekalkan kesegarannya. Di sini kami kongsikan cara terbaik untuk menyimpan semua jenis coklat masakan di dapur.
1. Serbuk koko
Tidak kira jenis, adalah seeloknya untuk menyimpan serbuk koko di dalam bekas kedap udara di kawasan dingin 15 ke 20 darjah celsius dan tempat yang gelap. Biasanya bekas yang asal anda beli serbuk koko tersebut sudah cukup baik, kerana ia dipekkan dengan bekas berpenutup yang ketat. Simpan dengan cara ini, ia akan memastikan ia mampu bertahan sehingga 2 tahun lamanya. Ingat: Ia tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk, kerana lembapan di dalam peti sejuk boleh merosakkannya.
2. Coklat bar
Apa sahaja coklat bar, sama ia untuk dimasak atau untuk snek, adalah seeloknya untuk simpan di suhu bilik dingin (15-20 darjah celsius), jauhi dari cahaya matahari dan kepanasan. Bungkus semua bar dengan ketat. Perlindungan ekstra di dalam bentuk bungkusan plastik atau bag ziplock mencegah bau pantri lain seperti rempah daripada menyerap masuk ke dalam coklat.
Macam mana kalau suhu bilik sejuk adalah mustahil untuk capai? Adakah dapur anda selalunya panas? Jika kes sebegini, ianya okay untuk simpan coklat bar di dalam peti sejuk atau sejuk beku. Bungkus coklat dengan baik dan biarkan ia kekal dengan suhu bilik di dalam bungkusan tersebut untuk mencegah pengewapan daripada membentuk (lembapan tambahan boleh menyebabkan tekstur pada coklat).
Simpan di bawah kondisi yang betul, coklat dark boleh bertahan sehingga 2 tahun, sementara coklat susu dan coklat putih boleh disimpan untuk setahun.
3. Coklat Cip
Beg biasa coklat cip anda adalah sebenarnya diformulasikan untuk menahan suhu tinggi – pernahkah anda perasan yang apabila ia dimasak menjadi biskut, ia tidak terlalu cair sepenuhnya dan ia kekal dengan bentuknya? Ia dihasilkan dengan kurang mentega koko berbanding coklat bar – di dalam suhu bilik dingin (15 ke 20 darjah celsius) jauh dari cahaya matahari, dan dibungkus ketat – ia akan okay jika persekitaranya adalah sedikit panas berbanding itu, dan sepatutnya boleh disimpan sehingga 2 tahun.
4. Coklat Wafer
Coklat masakan wafer adalah bertentangan dengan coklat cip. Kerana ia selalunya cair untuk dipping dan pembuatan gula-gula, ia tidak dihasilkan untuk bertahan pada suhu tinggi. Sebaliknya, ia akan cair semudah coklat bar, jika tidak mudah, cuba lihat pada saiz kecil.
Simpannya seperti coklat bar, simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu 15 ke 20 darjah celsius, jauh dari cahaya matahari dan panas. Cara yang sama untuk bar seperti yang dikatakan di atas, gunakan pada penyimpanan untuk wafer di dalam peti sejuk atau sejuk beku juga. Ia boleh bertahan sehingga 1 tahun.
5. Coklat Truffles atau Bonbons
Sama anda pukul satu batch truffle buatan rumah atau anda belanja diri anda dengan sekotak coklat fancy, ia juga sepatutnya disimpan pada suhu yang sama tersenarai di atas, 15 ke 20 darjah celsius, dibungkus kedap udara, dan dijauhkan daripada cahaya matahari.
Lebih generik coklat, ia akan dapat memastikan ia bertahan sehingga 6 bulan, tetapi coklat buatan rumah atau yang mana berkualiti tinggi dari kedai coklat akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek, sejak ia kurang pengawet.
Ia selalunya bertahan untuk sebulan atau dua bulan, tetapi jangan ragu-ragu untuk bertanya pada kedai yang anda belinya untuk soalan lebih spesifik.
Selamat memasak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Halang Anak Minum Susu Coklat, Ia Membekalkan Sumber Tenaga Yang Optimum
Baca juga: Hati-Hati Ada 8 Jenis Pemanis Buatan Buat Anda KETAGIH Nak Makan Sesuatu Makanan & Minuman!