Selepas kelahiran bayi, ibu hendaklah melalui proses berpantang bagi mengembalikan semula kesihatan tubuh badan. Bagi anda yang ingin mendapatkan layanan istimewa selepas bersalin, apa kata semak beberapa confinement center atau pusat berpantang sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Tidak dinafikan, setiap ibu amat memerlukan bantuan orang terdekat untuk menguruskan bayi dan dirinya. Kini sudah menjadi kebiasaan mereka memilih untuk berpantang di pusat penjagaan atau mengambil khidmat orang yang boleh datang ke rumah.
Senarai Confinement Center Kuala Lumpur dan Selangor
#1. Hani Confinement Care Centre
Alamat: Seksyen 15 ,43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Hani Confinement Care Centre menyediakan tempat berpantang berkonsepkan Stay in di hotel. Bilik dan persekitaran yang selesa dan 100% islamik. Aurat terjaga dan mengikut syariah islam.
Harga untuk pakej berpantang adalah antara RM 4,299 – RM 20,300.
#2. The Sanctuary Pusrawi
Alamat: : 22, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Berkonsepkan ‘Servis 5 Bintang Pada Harga Mampu Milik,” pusat berpantang milik MDC Asia Link Berhad (MALB) ini semakin menarik perhatian ramai ibu-ibu yang ini merasai sendiri pengalaman baharu berpantang dan rawatan fisioterapi di Hospital Pusrawi, Kota Damansara.
#3. Esther Postpartum Care
Alamat: Oakwood Hotel & Residence, 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur
Esther Postpartum Care merupakan pusat jagaan wanita berpantang menggabungkan perubatan tradisional Cina dan moden dalam penjagaan ibu berpantang sejak berbelas tahun penubuhannya. Kesemua jururawat, bidan dan pengamal postnatal di Esther Postpartum Care dilatih secara eksklusif dari negara Taiwan kerana konsep berpantang di pusat ini adalah berpandukan kepada hospitaliti di Taiwan.
Harga untuk 28 hari adalah antara RM13,888 hingga RM33,000 bergantung kepada pakej dan jenis penginapan seperti hotel butik.
#4. The Senses Confinement Centre
Alamat: 75, Jalan SS7/2, Ss 7, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Di The Senses Confinement Center Kuala Lumpur aspek psikologi ibu yang berpantang sentiasa dijaga kerana kebanyakan ibu-Ibu ini cepat sensitif. Penjaga pantang sentiasa bersiap sedia dan peka membantu ibu-ibu untuk menanganinya.
Sejurus selepas bersalin dan dibenarkan keluar hospital, ibu dan bayi boleh terus ke The Senses Confinement Centre tanpa perlu membawa sebarang kelengkapan dari rumah kerana semuanya telah disediakan. Ini termasuk lampin pakai buang tanpa had, produk mandian dan pakaian bayi, pakaian ibu dan sebagainya.
Harga Pakej 28 hari bermula dari RM16,888.
#5. TYH Postnatal Care
Alamat: B8, Signature Park, 3-13, Jalan Teknologi 2/1A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
TYH Postnatal Care Centre menyediakan kemudahan lengkap termasuk penjagaan penuh si ibu sepanjang berpantang selain jururawat khas yang menjaga bayi.
Doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik. Jenama Loccitane pula merupakan produk mandian dan penjagaan diri diberikan kepada setiap pelanggan sepanjang di TYH Postnatal Care Centre.
Bagi memastikan ibu mendapat nutrisi secukupnya, di TYH Postnatal Care Centre menyediakan sajian sihat sebanyak lima kali sehari dengan pelbagai menu bersesuaian dan berkhasiat menggunakan rempah ratus yang enak dimakan. Semua bahan-bahan digunakan adalah halal malah cef yang menyediakannya adalah seorang Muslim.
#6. Sully’s Confinement Care Centre
Alamat: 12, 17, 2, Jalan Kajang Perdana, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Sullys amat menitik beratkan penjagaan ibu dan bayi selama mana ibu memerlukan jagaan rapi sepanjang berpantang. Selain itu kepakarannya adalah rawatan jaundis secara in house.
Justeru anda tidak perlu ulang alik ke hospital dan dapat berpantang dengan aman. Ibu perlu memilih pusat berpantang ini kerana:
- Makanan pantang berkhasiat
- Pemantauan dari Jururawat Kebidanan bertauliah
- Rawatan jaundis atau Home Photherapy seiring KKM
- Rawatan buasir terbaik
- Rawatan penggalak susu ibu
#7. Danai Cresenvale Postnatal Haven
Alamat: 15, Jalan Suria Villa Taman Suria Villa, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor
Danai Cresenvale Postnatal Haven memberi tumpuan menyediakan penjagaan postnatal standard profesional yang menggabungkan cara tradisional dengan moden.
#8. Mom Retreat Home Confinement Care
Alamat: 16, Jalan Permatang Pasir, Off, Jalan Teluk Gadong, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur
Terasa bagai berpantang di rumah ibu sendiri itulah kelebihan memilih pusat jagaan wanita berpantang Mom Retreat Home Confinement Care yang sudah beroperasi sejak 2012. Setiap ibu berpantang akan dilayan, mendapat penuh perhatian, diberi rehat yang cukup, ketenangan minda, kesegaran tubuh badan, pemulihan kesihatan yang sempurna serta kembali ke bentuk badan asal seperti sebelum hamil.
Pakej bermula dengan harga RM840 hingga RM6900 untuk khidmat 3 hari ke 28 hari.
#9. Best Month Confinement Centre
Alamat: 32, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Best Month Confinement Centre juga antara pusat berpantang berkelas mewah dan mempunyai segala perkhidmatan serba lengkap. Berkonsepkan cara berpantang masyarakat CIna, Best Month Confinement Centre sentiasa peka dengan permintaan pelanggan terutama keselesaan dan penjagaan kesihatan si ibu dan bayi.
Ada dua cawangan iaitu di Sri Damansara dan Kota Kemuning. Pakej bermula dengan harga RM5950.
#10. MiYue Confinement Centre
Alamat: 1st floor C180 Hotel, Jalan C180/1, Dataran C180, 43200 Cheras, Selangor
Di MiYue Confinement Center Kuala Lumpur, anda diberi pilihan dua bilik: standard dan premium. Bergantung pada bajet anda, perbezaan utama antara kedua-duanya ialah yang pertama menawarkan katil bersaiz queen manakala yang kedua mempunyai katil bersaiz king serta sofa.
Anda akan dijaga dengan baik oleh jururawat dan profesional bertauliah. Kakitangan di sini akan membuatkan anda berasa seperti di rumah dengan kasih sayang dan penjagaan mereka yang lembut. Mereka juga menawarkan pelbagai bengkel selepas bersalin dan sokongan penyusuan.
#11. Blissful Confinement Centre
Alamat: 2A, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Blissful Confinement Center Kuala Lumpur dilengkapi dengan keperluan ibu dan bayi di samping staf profesional yang terlatih bagi membantu ibu dalam pantang.
Dari segi hidangan yang disediakan, anda diberi 5 kali makan sehari dan bekalan halia atau teh merah tanpa had. Setiap ibu akan diberikan pelan makan yang mengikut keperluan oleh chef yang berpengalaman.
#12. TLC Confinement Centre
Alamat: No.23 Sunsuria 7th Avenue, Jalan Setia Dagang AJ U13/AJ, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
TLC Confinement Centre Selangor adalah pusat berpantang yang selamat kerana adanya jururawat profesional yang bertauliah untuk menjaga ibu dan bayi. Ia menawarkan 3 jenis bilik yang berbeza iaitu Premium, Executive dan Suite.
Hidangan berpantang juga disesuaikan mengikut kesihatan ibu. Makanan berasaskan diet protein dan serat yang tinggi, termasuk rendah lemak dan rendah garam, yang sihat untuk ibu. Jangan risau jika anda vegetarian kerana mereka juga menyediakan makanan berpantang berasaskan vegetarian.
#13. Kimporo Postnatal Rejuvenation – Confinement Centre
Alamat : Level 6, 7 & 8, No. 30A, Menara Ruyi, Lorong Kapar, Jalan 2/87G, Off, Jln Syed Putra, 58000 Kuala Lumpur
Pusat berpantang ini menjanjikan semua aspek penjagaan selepas bersalin daripada staf yang pakar merangkumi sokongan penyusuan susu ibu hingga penjagaan bayi dan lain-lain.
Mereka tidak hanya menyediakan penjagaan perubatan tetapi turut menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang direka untuk membuat penginapan ibu lepas bersalin selesa. Dari bilik persendirian hingga makanan yang lazat dan juga terapi selular selepas bersalin.
#14. Byond28 Confinement Care
Alamat: Byond28 Confinement Care No.3 Jalan Pelandok, Taman Orkid Cheras, 43200 Selangor Malaysia
Di Byond28 Confinement Care, pusat berpantang ini bermatlamat menjaga wanita berpantang selama 28 malam dengan penjagaan lepas bersalin yang terbaik. Pakej penuhnya berharga RM22,888.
#15. NEJLIKA Mother & Baby Centre
Alamat: 1 Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana Cheras, 1, Jalan Perdana 10/10, Pandan Perdana, 56100 Ampang Jaya, Selangor
Ditubuhkan pada 2013, NEJLIKA Mother & Baby Centre merupakan pusat penjagaan bersalin pertama di Malaysia yang menggunapakai pendekatan saintifik dalam penjagaan bersalin yang menggabungkan kaedah tradisional Cina dan Barat dalam penjagaan selepas bersalin. Pusat ini mengintegrasikan kaedah tradisional penjagaan selepas bersalin dengan pengetahuan sains moden untuk menyediakan penjagaan holistik bagi ibu-ibu dengan memperkenalkan diet bersalin khas dan gaya hidup yang paling sesuai untuk wanita Malaysia.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh
Baca juga: ”Inilah Keluarga Malaysia Saya,”-Wanita Bersyukur Ibu Mentua India Bagi Layanan A+ Ketika Berpantang