X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Simpan Makanan dan Susu Perahan Dengan Baik, Pilih Salah Satu Daripada 6 Cooler Bag Terbaik Ini!

Beg mana yang menjadi pilihan ibu?

Bagaimana nak simpan susu ibu yang diperah supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berkhasiat, terutamanya bagi ibu bekerja? Jawapannya tentunya cooler bag terbaik di pasaran yang bukan sekadar boleh memelihara susu perahan, malahan mempunyai ruangan penyimpanan yang mencukupi untuk barangan lain juga!

Buat pengetahuan ibu, tidak semua cooler bag mempunyai fungsi yang sama bagusnya. Ada yang boleh menyimpan susu selama beberapa jam sahaja dan tidak mencukupi untuk ibu yang bekerja melebihi  jam sehari.

Ada juga sesetengah ibu dengan bekalan susu melebihi 2-3 botol sehari, dan mereka pastinya memerlukan cooler bag dengan kapasiti besar. Namun, kalau terlalu besar boleh jadi terlalu renyah pula untuk di bawa ke tempat kerja, betul tak?

Memilih Cooler Bag Terbaik Dengan Betul

cara penyimpanan makanan

Sebelum ibu membuat keputusan untuk membeli cooler bag yang dirasakan memenuhi citarasa anda, perhatikan beberapa perkara ini dahulu ya:

  1. Saiz – Pertimbangkan berapa banyak susu perahan yang ibu biasanya hasilkan dalam sehari. Bagi ibu yang kerap beriadah, pertimbangkan beg yang lebih besar supaya boleh mengisi snek dan makanan juga.
  2. Penebat – Semak tempoh berapa lama susu boleh bertahan di dalam cooler bag. Periksa sistem penebat beg, dan periksa bukaan kecil yang mungkin mempengaruhi tempoh penebat.
  3. Mudah digunakan– Cooler bag senang digunakan jika mempunyai ritsleting rajutan yang senang zip dan buka zip. Beberapa model mempunyai ritsleting yang lebih kecil, menjadikan kerja membuka dan menutup beg agak sukar.
  4. Ketahanan – Periksa sama ada beg yang ibu cari akan bertahan selama bertahun-tahun. Dapatkan pendapat dari para ibu yang pernah menggunakan beg itu, dan jangan berharap pada iklan semata-mata ya!
  5. Kemudahalihan – Pertimbangkan tujuan anda beli beg tersebut dan tanya, adakah beg ini mudah dibawa?

6 Cooler Bag Terbaik di Pasaran

Ok, mari kita beralih ke senarai cooler bag terbaik pilihan kami. Mungkin ada yang ibu berkenan nanti.

#1 Mama’s Choice Sling Cooler Bag

cooler bag terbaik

Anda tidak perlu risau tentang tempat menyimpan susu ibu yang dipam anda apabila mempunyai Mama’s Choice Sling Cooler Bag. Dengan ruang bertebat khusus untuk botol susu ibu dan ruang berasingan untuk menyimpan barang keperluan mengepam, anda boleh dijamin yang susu si manja terpelihara dengan baik. Rekabentuk dan warna menarik juga menajdikan produk ini cukup menarik untuk dijadikan beg lunch juga!

  • Saiz –   23X23X17cm
  • Penebat Petak bawah untuk menyimpan botol susu ibu; berkesan mengekalkan suhu sehingga 8 jam (varian kelabu hingga 5 jam)
  • Mudah digunakan Dengan dua ruang berasingan untuk penyimpanan kebersihan. Petak atas sesuai untuk menyimpan pam payudara, injap, tiub dan aksesori kecil yang lain
  • Ketahanan Material nilon dan kulit
  • Kemudahalihan Boleh digunakan sling atau tote bag

Mama's Choice Baby Bottle Bag - RM49.90

product recommendedPilihan editor

dari Mama's Choice

5/5
product imageshop now
product imageshop now
product imageshop now

 

#2 V-Coool Double Layer Removeable Storage Bag

cooler bag terbaik

Kalau ibu mencari cooler bag yang boleh memuatkan botol dan pam susu, ini merupakan pilihan yang sangat baik. Dengan rekabentuk yang kemas, material beg ini adalah kain kalis air dan mudah untuk dibersihkan sekiranya berlaku tumpahan.  Bahagian beg juga boleh dipisahkan mengikut kesesuaian hari ibu!

  • Saiz –  (H)36cm x (L)28cm x (W)18.5cm (Upper+Lower)
  • Penebat Memastikan susu sentiasa berkhasiat dan terpeliharan
  • Mudah digunakan Beg boleh dipisahkan dan digunakan secara berasingan.
  • Ketahanan Material kalis air
  • Kemudahalihan Beg bersaiz besar yang boleh dibawa dengan pelbagai cara, sama ada digalas pada bahu, dijinjing atau galas belakang.

V-Coool Double Layer Removeable Storage Bag

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

 

#3 Skip Hop Grab & Go Double Bottle Insulated Bag

Simpan Makanan dan Susu Perahan Dengan Baik, Pilih Salah Satu Daripada 6 Cooler Bag Terbaik Ini!

Cooler bag dari Skip Hop ini pasti menjadi pilihan kerana coraknya yang pelbagai dan menarik. Produk ini bukan sahaja boleh memuatkan botol susu dan snek, malah mempunyai pek beku serta poket mesh dalaman untuk simpanan untuk lebih selamat. Jika anda seorang yang sukakan gaya, ini merupakan pilihan yang sangat tepat!

  • Saiz 18x9x23cm ; 322 g
  • Penebat Lapisan yang boleh dilap dengan penebat menjadikan botol tetap panas atau sejuk
  • Mudah digunakan Ritsleting dua hala membolehkan akses botol tunggal atau dua kali ganda
  • Ketahanan Material poliester tahan lasak
  • Kemudahalihan Saiz yang tidak besar dan mempunyai tali strap yang mudah dipasang pada stroller

Skip Hop Grab & Go - Heather Grey

dari Skip Hop

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Zalora

 

#4 PACKIT Everyday Lunch Box

cooler bag terbaik

Beg ini direka khusus untuk disesuaikan dengan golongan profesional yang bekerja. Penyejuk berbentuk kubus ini menyediakan ruang yang cukup untuk membawa sarapan dan makan tengah hari, minuman dan makanan ringan ke tempat kerja. 

Apabila anda tidak bekerja, gunakan untuk membawa hingga 9 tin minuman 12oz bersama dengan makanan ringan kegemaran ke pantai atau beriadah. Tali bahu yang boleh disesuaikan boleh dipakai di seluruh badan, di atas bahu, atau dipendekkan untuk digunakan sebagai pemegang.

  • Saiz Buka: 9,75 “H x 8,5" W x 6,25 “D / Dilipat: 5.25 “H x 8.5" W x 3 “D
  • Penebat Mudah digunakan, reka bentuk inovatif, Hanya lipat rata dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. Pada waktu pagi, ia sedia digunakan untuk menyejukkan makan selama berjam-jam!
  • Mudah digunakan Pembukaan bahagian atas yang besar membolehkan pembungkusan beban atas lebih cepat dan membolehkan anda melihat dengan tepat di mana barang disimpan
  • Ketahanan Lapisan kalis air yang selamat untuk makanan. Bahan PVC-, BPA-, phthalate-, formaldehid dan bahan bebas plumbum
  • Kemudahalihan Tali boleh laras ditukar ke pemegang atau tali bahu

PACKIT Everyday Lunch Box

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

 

#5 ZEEBE 5L Large Insulated Thermal Lunch Box

cooler bag malaysia

Dengan kapasiti 5 liter pastinya beg ini menjadi pilihan buat anda yang gemar berpiknik! Produk ini sesuai untuk perjalanan luar, mendaki gunung, makan tengah hari, berkelah dan lain-lain. Yang menariknya, ia juga, mudah alih, tahan lama dan praktikal untuk menyimpan makanan dan minuman pada suhu yang sejuk atau suam. Bukan sahaja kalis air dan noda, anda boleh membersihkannya dengan mudah dalam beberapa saat dengan napkin atau kain lembap.

  • Saiz –   22X14X18cm
  • Penebat Lapisan terlindung akan menjaga makanan dan minuman anda pada suhu yang tepat, menjaga agar makanan tetap segar, sesuai untuk menyimpan air, makanan, buah, ais, botol, susu, dll.
  • Mudah digunakan Mengambil / memasukkan barang dengan senang
  • Ketahanan Kain 600D Oxford, pelapik PEVA lembut tebal, cotton
  • Kemudahalihan Boleh dilipat sekiranya tidak digunakan

ZEEBE 5L Large Insulated Thermal Lunch Box

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

 

#6 FRIDGE-TO-GO Mini Fridge Cooler Bag

simpan makanan sejuk

 FRIDGE-TO-GO Mini Fridge Cooler Bag adalah peti sejuk mudah alih yang kelihatan seperti peti sejuk dan berfungsi seperti peti sejuk. Oleh itu, produk ini tidak memerlukan ais atau bateri yang kuat,  menjadikannya ideal bagi setiap ibu yang bekerja untuk membawa susu ibu. Ia mempunyai prestasi sejuk 12 jam yang telah diuji dan terbukti dalam senario suhu tempatan kami. Tambahan pula, tiada pemeluwapan yang akan terbentuk! 

  • Saiz Buka: 9,75 “H x 8,5" W x 6,25 “D / Dilipat: 5.25 “H x 8.5" W x 3 “D
  • Penebat prestasi sejuk 12 jam
  • Mudah digunakan Ia boleh dilipat sepenuhnya untuk penyimpanan yang mudah dan padat.
  • Ketahanan dibuat dari kain “Temp Guard", menjadikannya tahan lama dan mudah dibersihkan secara luaran.
  • Kemudahalihan dilengkapi dengan tali bahu untuk senang dibawa

FRIDGE-TO-GO Mini Fridge Cooler Bag

product imageBeli di Shopee

 

Baca juga: Botol Susu atau Storage Bag? Yang Mana Lebih Baik?

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham