Ibu Lebih Utamakan Cucu Pertama, Adik Bongsu Tak Senang Hati & Menangis Cemburu

Cucu pertama sering mendapat tempat di hati keluarga dan kehadirannya dianggap istimewa. Siapa sangka ada yang tidak senang hati dengannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dasyat juga penangan cucu pertama ni. Sampai anak bongsu pun mak boleh abaikan. Walhal, anak bongsulah permata hati yang ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi apa boleh buat, cucu pertama ini lain macam sedikit impaknya kepada ibu dan ayah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cucu pertama dapat perhatian lebih
  • Bila warganet juga berkongsi rasa yang sama
  • Bila anak bongsu rasa terabai dengan cucu pertama

Cucu pertama dapat perhatian lebih

Menerusi perkongsian di platform Tik Tok baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang menggendong bayi kecil dan mencium-cium bayi tersebut. Rupanya bayi tersebut adalah merupakan cucu pertama dalam keluarga tersebut. 

Yang paling sedih dan menyayat hati, semestinya lagak anak bongsu dalam keluarga yang ralit mengalirkan air mata tanpa henti dengan duduk membelakangkan almari apabila dia melihat ibunya merangkul bayi lain. Tak pasal-pasal kena berkongsi kasih, ya dik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila warganet juga berkongsi rasa yang sama

Video yang dimuat naik di Tik Tok ini telah meraih hampir 3.2 juta tontonan dan hampir 400 ribu likes sehari selepas ianya dimuat naik dengan kapsyennya yang berbunyi iaitu Perebutan takhta tertinggi adalah cucu. Sudah semestinya, warganet juga meluahkan perasaan dan rata-ratanya memahami apa yang dialami oleh anak bongsu tersebut.

Tidak sangka ramai juga merasakan perkara yang sama. Lagi-lagi bila kasih sayang untuk anak bongsu sudah mula beralih arah kepada cucu pertama. Malah, tidak kurang juga, terdapat warga net yang memuji kecantikan adik bongsu tersebut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak bongsu rasa terabai dengan cucu pertama

Cerita mengenai anak rasa terabai itu mungkin satu perasaan yang normal bagi orang dewasa. Tetapi bagi kanak-kanak, perasaan ini yang dialami mereka secara berterusan boleh menyebabkan mereka mula memberontak dan menunjukkan perasaan.

Ada yang mula membentak, merajuk, menangis. Kesemuanya adalah cara untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. 

Buat ibu bapa, perhatikan tingkah laku anak anda. Jangan terlalu mengabaikan mereka dan pastikan anda sentiasa melibatkan anak anda dalam apa jua aktiviti terutamanya yang melibatkan kehadiran ahli keluarga baru. Barulah dia rasa disayangi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Semua Ibu Bapa Ada Stress Masing-Masing, Jangan Pernah Bandingkan! “Eleh, Anak Satu Pun Nak Merungut”

Baca Juga: Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi

Baca Juga: Nenek Pilih Kasih, Cucu Kesayangan Dipuji Melambung, Cucu Lain Rasa Tersisih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman