Cara Cukur Miss V Dengan Betul: 10 Tips Mudah Buat Wanita

Kami kongsikan tips untuk cukur bulu kemaluan perempuan yang kadangkala menimbulkan kegatalan dan kerengsaan jika salah cara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulu pubik atau bulu kemaluan boleh menyebabkan ketidakselesaan jika tidak dirapi dengan betul. Cara cukur bulu kemaluan perempuan perlu betul caranya bagi mengelak ketidakselesaan selepas proses cukur. 

Cukur Bulu Kemaluan Perempuan, Cara Mencukur Bulu Kemaluan Yang Betul

Anda mungkin rasa rimas bila bulu kemaluan tumbuh dengan cepat. Ini beberapa cara betul untuk mencukur bulu kemaluan.

1.Gunting 

Anda boleh gunting bulu kemaluan terlebih dulu. Gunakan gunting kecil dan tajam. Caranya adalah dengan menyikat terlebih dahulu bulu tersebut dan gunting bulu yang terkeluar daripada gigi sikat dengan perlahan dan berwaspada.

2.Cukur

Gunakan pisau cukur dan krim cukur atau sabun mandi bagi melicinkan permukaan kulit anda. Gunakn krim pada bahagian bulu yang hendak dicukur bagi mengelak kegatalan. 

3.Trim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh trim bulu kemaluan. Tetapi tidak keseluruhan seperti mencukur. Gunakan juga krim seperti mencukur untuk mengelak kegatalan.

4.Wax

Jika anda wax, anda mungkin akan rasa sedikit pedih. Namun kesannya lama dan anda tidak perlu wax terlalu kerap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Laser

Laser akan memusnahkan folikel rambut pada kulit anda. Walaupun kosnya agak tinggi, kaedah ini bertahan sangat lama.

Hal yang Perlu Diperhatikan Saat Mencukur Bulu Kemaluan

Anda perlu pastikan beberapa perkara ketika mencukur bulu kemaluan. Antaranya:

  1. Pastikan anda menggunakan pisau cukur khas untuk bulu kemaluan
  2. Pastikan pisau cukur anda tajam
  3. Pastikan kemaluan bersih
  4. Bilas pisau cukur dan keringkan
  5. Elak guna pisau cukur yang berkarat

Cara Lain Untuk Menghilangkan Bulu Kemaluan

1.Cabut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain lima teknik yang dinyatakan di atas, ada juga yang lebih selesa mencabut bulu kemaluan mereka menggunakan tweezer atau pengepit. Namun ia agak menyakitkan dan mengambil masa lama. 

2.Mesin depilator

Selain itu ada juga menggunakan mesin depilator. Lalukan mesin depilator di kawasan bulu ari-ari anda. 

Elakkan Cukur Bulu Setiap Kali Sebelum Seks

Risiko mendapat penyakit jangkitan seksual lebih tinggi jika anda terlalu kerap bercukur terutama setiap kali sebelum seks. Walaupun tiada kajian membuktikannya tetapi bulu kemaluan sebenarnya mempunyai peranannya dalam menjaga kesihatan alat sulit anda. Bulu kemaluan wujud bertujuan memberi perlindungan kepada alat sulit daripada sebarang patogen yang boleh menjangkiti.

Ia juga berfungsi sebagai pelindung alat sulit anda daripada geseran pakaian khususnya seluar dalam yang terlalu ketat.

orami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mencukur Bulu Kemaluan Bila Tiba Waktu Nak Bersalin, Ini Yang Bakal Ibu WAJIB Tahu

Baca juga: 5 Manfaat Bulu Kemaluan Untuk Kesihatan Yang Anda TAK TAHU Selama Ini

Baca juga: Wajib Cukur Bulu Kemaluan Sebelum 40 Hari, Ini Perkara PENTING Suami Isteri Kena Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar