Takut KANTOI Keguguran Dengan Suami, Ibu Ini Sanggup Culik Bayi Orang Lain!

Kerap kali jenayah culik anak dilaporkan terjadi. Ibu Ayah, pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan ini agar ia tidak berlaku kepada anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian culik anak dari hospital bersalin di Thailand telah berjaya menangkap seorang wanita. Jenayah penculikan ini dilakukan secara bersendirian dan tidak melibatkan orang lain.

Penculikan ini berlaku Hospital Takuapa, Thailand kerana desakan dirinya yang terlalu menginginkan zuriat setelah mengalami keguguran.

Wanita berkenaan dengan beraninya mengambil bayi yang baru sahaja berusia dua hari dari bilik bersalin hospital pada 10 Disember yang lalu.

Sebaik sahaja culik anak, dengan pantasnya wanita itu menelefon Gojek (teksi motorsikal) untuk menjemputnya.

Berdasarkan rakaman pada kamera keselamatan di hospital, pihak polis berjaya mengesan pemilik motorsikal tersebut yang bernama Chartchai Thongchai.

Dia menyatakan bahawa dia mengambil dan membawa wanita berkenaan bersama seorang bayi ke daerah Thai Mueang.

Saudara-mara kepada ibu bapa bayi berkenaan turut memaklumkan kepada petugas bahawa mereka menyedari wanita tersebut menghampiri mereka seolah-olah ingin berkawan.

Dia juga ada meminta untuk mendukung bayi sebelum mencuri peluang melarikannya tanpa disedari oleh sesiapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa 24 jam sahaja, polis berjaya menangkap penculik wanita terbabit di kediamannya di daerah Takua Thung dan bayi telah diserahkan kepada ibu bapa kandungnya.

Dia mengaku bahawa dia culik anak orang lain dan ingin membesarkannya seperti anak sendiri serta mendakwa dia takut untuk memberitahu suami dan saudara-mara yang lain bahawa dia telah mengalami keguguran.

Culik anak: Insiden sama terjadi di Malaysia

Kredit foto: Astro Awani

Mengimbau kembali kejadian yang sama berlaku pada November 2016, Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku kes penculikan seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapa kepada bayi berkenaan menyedari bayinya hilang ketika dia datang datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu.

Dalam kejadian ini pihak polis berjaya menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30 tahun di Selising, Pasir Puteh.

Kejadian culik bayi tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital dan pihak kementerian amat memandang insiden ini sebagai sesuatu yang sangat serius.

Patuhi arahan keselamatan di hospital bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: Divine Journey

Meskipun setiap hospital kerajaan mematuhi keperluan tatacara pengenalan diri  diri ibu-ibu dan bayi-bayi, mungkin berlaku kesilapan dari pihak kakitangan hospital dalam mematuhi prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi Di Hospital.

Ia dijadikan panduan untuk sistem kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya termasuklah memastikan keselamatan bayi di wad terjamin, tiada kehilangan atau penukaran bayi berlaku sepanjang bayi berada di dalam wad sehingga discaj.

Proses kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital KKM untuk mengelakkan terjadinya pertukaran atau kehilangan bayi adalah:

#1. Sebelum kelahiran

 -Ibu yang mendaftar masuk ke dalam wad bersalin perlu memakai tag nama

– Bagi ibu yang menjalani kelahiran Caesarean, pengesahan nama akan dibuat di hadapan anda semasa sebelum anda dibius dalam dewan bedah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Semasa kelahiran

– Setelah bayi dilahirkan, anda akan ditunjukkan terus bayi bagi mengesahkan jantina bayi

-Bayi juga akan dikeringkan dan diletakkan dalam pelukan ibu.

-Anda perlu pastikan kakitangan hospital memasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi dengan serta merta

#3. Selepas kelahiran

-Ibu dan bayi akan dipindahkan ke wad “post-natal”, bayi akan diperiksa dan disahkan betul oleh jururawat berpandukan dokumen-dokumen berikut :

# Borang kemasukan bayi

# Kad pengenalan / passport ibu

# Kad antenatal KIK 1(a)/96 (jika ada)

# Pastikan tag nama pada diri anda dan bayi betul semasa dipindahkan ke wad ”post-natal”

# Sepanjang kemasukan anda dan bayi ke dalam wad sehingga  discaj, pastikan kedua-dua tag nama sentiasa dipakai.

#4. Proses discaj

 -Ibu perlu mendapatkan pemeriksaan jururawat yang menguruskan discaj.

– Ibu Ayah perlu mengisi Borang Pengenalan Discaj Bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar.

– Ibu ayah yang membawa bayi keluar dari wad akan perlu menurunkan tandatangan terlebih dahulu dalam buku rekod dan mengisi maklumat yang diperlukan

-Anda dan suami perlu mematuhi arahan jururawat dengan menunjukkan Borang Pengenalan Discaj Bayi untuk semakan pengawal di pintu wad.

-Tag nama ibu dan bayi perlu dipakai sehingga sampai ke rumah dan pemotongan tag nama akan dilakukan sendiri oleh anda.

Pastinya, sesiapa sahaja tidak menginginkan perkara hilang anak terjadi pada cahaya mata yang baru sahaja lahir.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dan suami perlu pastikan pihak hospital menunjukkan pengenalan diri setiap kali berlaku pergerakan bayi sama ada dipisahkan atau dikembalikan semula ke wad bersalin.

Sumber: the reporter, Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comanak-diculik