Isteri Boleh Senyap-Senyap Ambil Duit Suami Tanpa Izin, Jika Dia Kedekut Bab Nafkah

Curi duit suami tanpa izin adalah dibenarkan dalam islam, hanya jika pasangan culas atau kedekut ketika memberikan nafkah buat keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai isteri yang tertanya-tanya tentang hukum ambil curi duit suami tanpa kebenaran mereka untuk membeli keperluan tertentu atau untuk memenuhi kesesakan hidup sewaktu suami tiada.

Walaupun mungkin perkara ini dilihat biasa, tetapi adalah amat penting bagi isteri untuk mengetahui perihal hukum yang melibatkan duit dan pemberian nafkah dari suami.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hukum curi duit tanpa kebenaran suami untuk kegunaan sendiri atau beri kepada ibu bapa
  • Tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan yang cukup

Hukum curi duit tanpa kebenaran suami untuk kegunaan sendiri atau beri kepada ibu bapa

Telah berlaku kisah pada zaman Rasulullah mengisahkan tentang Hindun (Isteri Abu Sufyan) yang datang menemui Rasulullah menceritakan tentang perihal suaminya yang tidak memberi belanja yang cukup kepadanya dan anak-anak. 

إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ ، لاَ يُعْطِينِي مِنَ النَّفَقَةِ مَا يَكْفِينِي وَيَكْفِي بَنِيَّ إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْ مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِي ذَلِكَ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ

Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?. Sabda Rasulullah SAW : Ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.”

Hadis ini jelas menunjukkan keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan diri dan anaknya hanya jika suaminya tidak memberi nafkah yang sepatutnya diberikan kepadanya.

Akan tetapi sekiranya suami memberikan nafkah yang secukupnya, si isteri tidak boleh mengambil duit suami tanpa izin. 

Bagaimana pula dengan hukum si isteri mengambil duit suami secara rahsia untuk diberikan kepada ibu bapa kerana dirinya tidak bekerja? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara ini telah dijawab oleh mufti yang mencadangkan agar duit yang diberikan oleh suami itulah yang digunakan untuk diberikan kepada ibu bapa.

Sekiranya duit tersebut hanya cukup untuk keperluan isteri dan anak, maka disarankan untuk berbincang secara baik bersama suami kerana ditakuti perbuatan mengambil duit secara rahsia akan mengeruhkan hubungan suami isteri kelak.

Tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan yang cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami perlu menyediakan keperluan yang cukup bukan sahaja dari segi barangan, tetapi juga dari segi kewangan untuk menampung barangan isteri dan anak-anak.

Duit kecemasan perlu disediakan untuk keluarga sekiranya suami perlu bertugas jauh dan sebagainya. Ini sebagai persiapan sekiranya berhadapan dengan situasi seperti anak sakit, kekurangan barangan dapur atau sebarang keadaan yang memerlukan kewangan tambahan.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

Baca juga: Peringatan: Beri Nafkah Kepada Isteri Itu WAJIB Walaupun Isteri Bekerja!

Baca juga: Hanya Suami Sahaja Yang Bekerja, Lelaki Dedah Rumah Tangga Tidak Mewah Tapi Bahagia

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman