X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!

4 min bacaan
Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!

Cuti sekolah 2019 datang lagi. Apa plan anda untuk cuti sekolah kali ini? Jom bergembira sambil belajar bersama keluarga dengan Slime Time, Nickelodeon ini!

Cuti sekolah 2019 akan datang tak lama lagi! Pasti ada di kalangan ibu bapa yang sudah merancang aktiviti keluarga sepanjang musim cuti ini kan? Tetapi masih ada yang berfikir, “Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan bersama anak untuk cuti kali ini ya?”

Berita baik (dan sangat menarik) untuk anda seluruh keluarga! Bersiap sedialah untuk slime time bersama Nickelodeon!

Sunway Pyramid Membawakan Nickelodeon Slime Time, Pertama Kali di Malaysia!

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!

Anda pasti pernah menonton Nickelodeon semasa kecil di mana ia cukup terkenal dengan frasa ‘Slime Time!’ di rancangannya, kan?

Slime berwarna hijau neon yang sinonim dengan Nickelodeon ini kerap muncul bukan sahaja dalam sesetengah rancangan, malah ada majlis khas yang didedikasikan khas untuk slime!

Kali ini, anda berpeluang meneroka pengalaman yang penuh keseronokan bulan Mac ini di Nickelodeon Slime Time, acara unik yang diisi dengan slime. Ia buat julung kalinya diadakan di Malaysia, di mana lagi kalau tidak di Sunway Pyramid!

Kami yakin acara ini akan menjadi pilihan yang terbaik bagi ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak, dengan cara yang agak berbeza dan pastinya menyeronokkan.

 

cuti sekolah, cuti sekolah 2019, aktiviti cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah dengan anak,Berseronok dengan seisi keluarga sempena musim cuti ini di Sunway Pyramid, sebuah pusat beli-belah bertemakan gaya hidup yang unik untuk semua!

Acara unik yang sesuai untuk aktiviti bersama anak ini berlangsung selama 2 minggu sempena cuti sekolah dari 15-31 Mac 2019, bertempat di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid.

Pasti anak-anak tidak sabar untuk mengunjungi acara menarik ini yang bertemakan indoor playground, malah sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti keluarga sepanjang cuti sekolah!

5 Cara Slime Boleh Jadi Satu Kaedah Pembelajaran Yang Penuh Keseronokan!

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Ajak rakan-rakan anak anda untuk menyertai  playdate bersama-sama di Sunway Pyramid sepanjang bulan Mac ini!

Ibu ayah, jom sama-sama menerokai dunia slime ini demi kebaikan pembelajaran anak-anak! Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana slime ini boleh membantu dalam proses pembelajaran kanak-kanak?

Jom semak bagaimana ia terjadi melalui aktiviti yang disediakan di sana nanti:

Permainan Super Sensori dengan Slime Shower

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Lumuri diri anda dengan slime di Slime Shower!

  • Pengalaman mengujakan yang berunsur slime juga boleh dirasai para pengunjung dengan lumuran slime di Slime Shower! Aktiviti tersebut membolehkan 6 individu untuk menyertainya pada masa yang sama
  • Akan tetapi, permainan ini memerlukan pengunjung untuk membuat pra-pendaftaran. Peserta digalakkan membawa pakaian tambahan untuk ditukar dan untuk menanggalkan kasut sebelum dilumuri slime hijau dari hujung kepala ke hujung kaki.
  • Tekstur slime yang berlendir dan licin sebenarnya sangat bagus untuk merangsang sensori kanak-kanak, malah menyeronokkan pula!
  • Untuk menyertai Slime Shower, anda perlu mendaftar penyertaan anda di sini.

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Setiap sesi Slime Shower melibat 6 orang peserta pada satu-satu masa.

Masa Untuk Bermain Puzzle Dengan Slime Escape Room

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Uji ketangkasan tubuh anda dengan melalui rintangan untuk memasuki Escape Room!

  • Bagi yang menggemari cabaran, Slime Escape Room ialah pilihan yang tepat. Peserta akan diberi satu minit untuk menyelesaikan klu yang diberi dan perlu mencari kunci untuk melepaskan diri – peserta yang dapat menyudahkan cabaran dalam masa yang ditetapkan akan memenangi hadiah istimewa!
  • Permainan ini dapat menguji ketangkasan pemikiran anak dengan lebih meluas, dan membantu anak berfikir di luar kotak!
  • Bagi mereka yang kreatif, ruang luar Slime Escape Room ada dinding berwarna yang kompleks dengan grafik menarik untuk diisi dengan imaginasi anda. Golongan dewasa dan kanak-kanak juga boleh mengambil dakwat berwarna yang disediakan dan mewarnakan mural tersebut mengikut kreativiti masing-masing!

Slime Blaster

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Fokus dan tembak! Jatuhkan kesemua target dan dapatkan ganjaran!

  • Kanak-kanak juga boleh mencuba kebolehan membidik di Slime Blaster, sebuah permainan tembakan slime dengan ‘Nickelodeon Hyper Blaster’ untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
  • Kanak-kanak boleh belajar memberi fokus, malah aktiviti ini akan membantu dalam perkembangan koordinasi tangan dan mata si cilik itu!

Jom Jadi Kreatif Dengan Slime Workshop

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Pasti si manja seronok meluangkan masa menghasilkan slime mereka sendiri!

  • Pengunjung boleh mempelajari cara menghasilkan slime sendiri menerusi Bengkel Slime yang akan diadakan pada setiap hujung minggu dan pendaftaran harus dibuat terlebih dahulu.
  • Kanak-kanak boleh mengekpresi kreativiti dengan penghasilan slime mengikut citarasa sendiri, pasti mereka seronok!

Tingkatkan Kemampuan Fizikal dengan Slime Slide

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!Asah keberanian si manja anda untuk bermain gelongsor di Slime Time!

  • Peserta boleh menaiki gelongsor yang bertemakan slime di Kids Playground yang didatangkan dengan 3 ketinggian berbeza.
  • Tingkatkan kemampuan fizikal dan asah keberanian si cilik dengan aktiviti slide. Dengan melakukan banyak pergerakan melalui aktiviti ini, ia boleh membantu perkembangan positif kanak-kanak.

Wah menariknya aktiviti-aktiviti yang disediakan ini, malah tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menyertainya! Jika anda berpeluang untuk menyertai Nickelodeon Slime Time, jangan lupa bawa pakaian tambahan ya!

Jumpa anda di sana!

Kunjungi laman media sosial Sunway Pyramid untuk mendapatkan maklumat lanjut

atau layari www.sunwaypyramid.com/nickelodeonslimetime/hubungi 03-7494 3100.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Slime Time! Jom Bergembira Sambil Belajar Dengan Anak Cuti Sekolah Ini Bersama Nickelodeon!
Kongsikan:
  • Program Cuti Sekolah Mac 2017

    Program Cuti Sekolah Mac 2017

  • 7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

    7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Program Cuti Sekolah Mac 2017

    Program Cuti Sekolah Mac 2017

  • 7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

    7 aktiviti menarik untuk anak anda cuti sekolah minggu ini: 11-17 Disember 2017

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.