Senarai Cuti Umum 2023 Malaysia, Rancang Percutian Anda Dan Keluarga!

Ketahui tarikh cuti umum 2023 Malaysia dan mula merancang untuk memanfaatkan masa anda dan keluarga sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketahui tarikh cuti umum 2023 Malaysia dan mula merancang untuk memanfaatkan masa anda dan keluarga sepenuhnya.

Peruntukan tarikh cuti umum di Malaysia ditadbir oleh pelbagai undang-undang persekutuan dan negeri iaitu Akta Hari Kelepasan 1961 serta Ordinan Buruh atau Ordinan Cuti Umum Negeri.

Jika cuti umum jatuh pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat), maka hari itu menjadi hari cuti. Pekerja and pelajar secara amnya tidak perlu menghadiri kerja ataupun sekolah namun pekerja di sektor runcit dan sektor makanan dan miniman biasanya masih bekerja pada cuti umum kerana pusat membeli-belah dan kebanyakan perkhidmatan masih beroperasi.

Cuti Kelepasan Negeri

Tarikh Hari Cuti Negeri
1 Januari Ahad Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
14 Januari Sabtu Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
22 Januari Ahad Tahun Baru Cina Semua Negeri
23 Januari Isnin Tahun Baru Cina Hari Ke-2 Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu
1 Februari Rabu Hari Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya
5 Februari Ahad Hari Thaipusam Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
18 Februari Sabtu Israk Mikraj Kedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu
4 Mac Sabtu Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Khamis Awal Ramadan* Johor, Kedah &
Melaka
23 Mac Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
7 April Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
8 April Sabtu Hari Nuzul Al-Quran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
15 April Sabtu Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
22 April Sabtu Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
23 April Ahad Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2 Semua Negeri
26 April Rabu Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Isnin Hari Pekerja / Hari Buruh Semua Negeri
4 Mei Khamis Hari Wesak Semua Negeri
17 Mei Rabu Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Mei Isnin Hari Hol Pahang Pahang
30 Mei Selasa Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) WP Labuan & Sabah
31 Mei  Rabu Pesta Kaamatan Hari Ke-2 WP Labuan & Sabah
1 Jun Khamis Hari Gawai Sarawak
2 Jun Jumaat Hari Gawai Hari Ke-2 Sarawak
5 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
18 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
28 Jun Rabu Hari Arafah Kelantan & Terengganu
29 Jun Khamis Hari Raya Haji / Korban Semua Negeri
30 Jun Jumaat Hari Raya Haji Hari Ke-2 Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu
7 Julai Jumaat Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
8 Julai Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
19 Julai Rabu Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
22 Julai Sabtu Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Julai Ahad Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
23 Ogos Rabu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 Ogos Khamis Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan Semua Negeri
16 September Sabtu Hari Malaysia Semua Negeri
28 September Khamis Maulidur Rasul Semua Negeri
7 Oktober Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
14 Oktober Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
3 November Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 November Sabtu Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 November Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2 Kelantan
12 November Ahad Hari Deepavali* Semua Negeri kecuali Sarawak
11 Disember Isnin Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
24 Disember Ahad Cuti Hari Natal (Christmas Eve) Sabah
25 Disember Isnin Hari Krismas Semua Negeri

Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Mengikut Bulan

Cuti Umum 2023 Malaysia, Januari 2023

1) Perayaan Tahun Baru 

Perayaan Tahun Baru merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

  • Tarikh : 1 Januari 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
  • Tarikh : 2 Januari 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu

2) Tahun Baru Cina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia 

  • Tarikh : 20 Januari 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
  • Tarikh : 22 Januari 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 
  • Tarikh : 23 Januari 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 
  • Tarikh : 24 Januari 2023
  • Hari    : Selasa
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)

Cuti Umum 2023 Malaysia, Februari 2023

1) Hari Wilayah Persekutuan

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hari Wilayah Persekutuan memperingati peristiwa tahun 1974 apabila Kuala Lumpur telah dipindahkan ke kawalan Persekutuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tarikh : 1 Februari 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

2) Hari Thaipusam

Thaipusam adalah upacara utama Hindu yang diadakan setiap tahun pada bulan penuh dalam bulan yang kesepuluh dalam kalendar Hindu – Thai.

  • Tarikh : 5 Februari 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor
  • Tarikh : 6 Februari 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor

3) Cuti Akhir Sesi Persekolahan Bagi Kalender Akademik Sesi 2022/2023

Kumpulan A 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tarikh : 17 Februari 2023 (Jumaat) hingga 19 Mac 2023 (Sabtu)
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)

Kumpulan B 

  • Tarikh : 18 Februari 2023 (Sabtu) hingga 20 Mac 2023 (Ahad)
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)

Cuti Umum 2023 Malaysia, Mac 2023

1) Cuti Akhir Sesi Persekolahan Bagi Kalender Akademik Sesi 2022/2023

Kumpulan A 

  • Tarikh : 17 Februari 2023 (Jumaat) hingga 19 Mac 2023 (Sabtu)
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)

Kumpulan B 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tarikh : 18 Februari 2023 (Sabtu) hingga 20 Mac 2023 (Ahad)
  • Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)

2) Hari Keputeraan Sultan Johor

Di wilayah diraja Johor di Malaysia, Hari Keputeraan Sultan Johor merupakan hari cuti umum dan hari cuti pekerja pada setiap 23 Mac. 

  • Tarikh : 23 Mac 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : negeri Johor

Cuti Umum 2023 Malaysia, April 2023

1) Good Friday 

Good Friday merupakan hari cuti am rasmi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, di Malaysia Timur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tarikh : 7 April 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : Sabah dan Sarawak

2) Hari Nuzul Al-Quran

Nuzul Al Quran merupakan hari kelepasan umat Islam dibulan Ramadan yang suci, yang di rayakan pada permulaan Quran di wahyukan pada Nabi Muhammad. 

  • Tarikh : 8 April 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
  • Tarikh : 9 April 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Kelantan & Terengganu 

3) Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah

Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan hari cuti umum di negeri Melaka yang jatuh pada 15 April setiap tahun. 

  • Tarikh : 15 April 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Melaka

4) Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari cuti keagamaan yang disambut oleh orang Islam. 

  • Tarikh : 22 April 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 
  • Tarikh : 23 April 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri
  • Tarikh : 24 April 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri

5) Hari Keputeraan Sultan Terengganu

Hari Keputeraan Sultan Terengganu merupakan hari cuti umum di Terengganu yang jatuh pada 26 April setiap tahun. 

  • Tarikh : 26 April 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : negeri Terengganu

Cuti Umum 2023 Malaysia, Mei 2023

1) Hari Pekerja 

Hari Pekerja di raikan setiap tahun pada 1 Mei. Hari Pekerja merupakan hari cuti am bagi Malaysia.

  • Tarikh : 1 Mei 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua negeri

2) Hari Wesak

Wesak merupakan hari yang disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia. Istilah Wesak berasal dari nama bulan dalam kalendar India. 

  • Tarikh : 4 Mei 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 

3) Hari Keputeraan Raja Perlis

Merupakan hari meraikan kelahiran Raja Perlis yang sedang memerintah, iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. 

  • Tarikh : 17 Mei 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : Negeri Perlis

4) Hari Hol Pahang

Hari Hol Pahang merupakan hari kelepasan am negeri Pahang sempena memperingati kemangkatan salah seorang sultan yang terdahulu.

  • Tarikh : 22 Mei 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Negeri Pahang

5) Pesta Keamatan

Pesta Keamatan juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut secara meluas di Sabah dan Labuan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. 

  • Tarikh : 30 Mei 2023
  • Hari    : Selasa
  • Negeri yang terlibat : Labuan & Sabah
  • Tarikh : 31 Mei 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : Labuan & Sabah

Cuti Umum 2023 Malaysia, Jun 2023

1) Hari Gawai

Hari Gawai merupakan salah satu daripada perayaan utama yang disambut di negeri Sarawak pada 1 Jun dan 2 Jun setiap tahun.

  • Tarikh : 1 Jun 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : negeri Sarawak
  • Tarikh : 2 Jun 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : negeri Sarawak

2) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah hari cuti yang berorientasikan sekitar sambutan Hari Keputeraan Raja Malaysia. 

  • Tarikh : 5 Jun 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 

3) Hari Keputeraan Sultan Kedah

Hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun merupakan cuti umum di Kedah bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Sultan yang bertakhta pada hari ini ialah Sultan Mahmudd Sallehuddin al-Mu’azzam Shah I.

  • Tarikh : 18 Jun 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Negeri Kedah

4) Hari Raya Haji

Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai “Hari Raya Korban” merupakan salah satu hari penting bagi Umat Islam yang disambut diseluruh dunia.

  • Tarikh : 29 Jun 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 
  • Tarikh : 30 Jun 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu

Cuti Umum 2023 Malaysia, Julai 2023

1) Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown

Pulau Pinang mendapat penganugerahan Tapak Warisan Dunia sehingga kerajaan telah mengistiharkan 7 Julai sebagai Hari Warisan Dunia George Town. Hari tersebut ditetapkan untuk membolehkan rakyat dan pengunjung meraikan budaya, bangunan, warisan dan sejarah negeri tersebut.

  • Tarikh : 7 Julai 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : Pulau Pinang

2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diraikan pada setiap hari Sabtu pada minggu kedua bulan Julai. 

  • Tarikh : 8 Julai 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Pulau Pinang

3) Awal Muharram

Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah di sambut meraikan permulaan Tahun Baru Islam. 

  • Tarikh : 19 Julai 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri

4) Hari Kemerdekaan Negeri Sarawak

22 April merupakan hari pengisytiharan kemerdekaan negeri Sarawak dari kawalan British dan menyertai negara Malaysia. 

  • Tarikh : 22 Julai 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak

5) Hari Keputeraan Sultan Pahang

Pahang merupakan sebuah negeri yang terbesar daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia. Hari Keputeraan Sultan Pahang ialah hari kelepasan am dan hari cuti di negeri Pahang. 

  • Tarikh : 30 Julai 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Negeri Pahang

Cuti Umum 2023 Malaysia, Ogos 2023

1) Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor

Di negeri Johor, tarikh kemangkatan mantan sultan merupakan hari cuti umum. Hari tersebut di rujuk sebagai Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

  • Tarikh : 23 Ogos 2023
  • Hari    : Rabu
  • Negeri yang terlibat : Negeri Johor

2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

Negeri Melaka terkenal sebagai negeri yang bersejarah dan dahulunya mempunyai sebuah kesultanan Melayu yang berkuasa. Walaupun sultan yang terakhir memerintah telah digulingkan oleh penjajah Portugis yang tiba di Melaka pada 1511, kedudukan Gabenor Melaka, atau “Yang Dipertua Negeri Melaka” dalam era pemerintahan moden tetap memiliki auranya yang tersendiri. Hari ulang tahun kelahiran gabenor terkini, Mohd Ali Rustam merupakan hari kelepasan umum bagi seluruh negeri Melaka. 

  • Tarikh : 24 Ogos 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : Negeri Melaka

3) Hari Kebangsaan

31 Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan tanah Melayu daripada penjajahan British, membentuk sebuah negara berdaulat yang kita kenali pada hari ini sebagai Malaysia. Sempena memperingati dan meraikan kebebasan dan kemerdekaan negara kita, tarikh 31 Ogos telah di iktiraf sebagai hari cuti umum kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia.

  • Tarikh : 31 Ogos 2023
  • Hari    : Khamis
  • Negeri yang terlibat : Semua negeri

Cuti Umum 2023 Malaysia, September 2023

1) Hari Malaysia  

Hari Malaysia adalah hari cuti yang disambut setiap 16 September bersempena penubuhan Persekutuan Malaysia.

  • Tarikh : 16 September 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 
  • Tarikh : 17 September 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Kelantan dan Terengganu 

2) Maulidur Rasul

Maulidur Rasul diperingati oleh umat Islam pada bulan Rabi ‘ul-Awwal, bulan ketiga di dalam kalendar Islam.

  • Tarikh : 28 September 2023
  • Hari    : Khamis 
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri 

Cuti Umum 2023 Malaysia, Oktober 2023

1) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah

Sabah meraikan Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah cuti umum pada hari Sabtu minggu pertama di bulan Oktober. Gabenor negeri Sabah dinamakan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam bahasa Melayu dan, beliau juga turut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.

  • Tarikh : 7 Oktober 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Sabah 

2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Di negeri Sarawak di Malaysia Timur, Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak diraikan dengan cuti umum. 

  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak

Cuti Umum 2023 Malaysia, November 2023

1) Hari Keputeraan Sultan Perak 

Di negeri Perak, hari Jumaat pertama di dalam bulan November merupakan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Perak dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri.

  • Tarikh : 3 November 2023
  • Hari    : Jumaat
  • Negeri yang terlibat : Negeri Perak

2) Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Negeri Kelantan meraikan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan pada 11 dan 12 November sebagai cuti umum. Sultan Kelantan yang terkini, Muhammad V sangat dikasihi oleh rakyat jelata, dan mereka terkenal sentiasa meraikan hari keputeraan baginda dengan meriah dan penuh bersemangat. 

  • Tarikh : 11 November 2023
  • Hari    : Sabtu
  • Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan
  • Tarikh : 12 November 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan 

3) Hari Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan bagi pengganut agama Hindu di seluruh dunia, dan ia merupakan cuti am rasmi di kebanyakan negara yang mempunyai penduduk Hindu, termasuk di negara kita Malaysia.

  • Tarikh : 12 November 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Sarawak
  • Tarikh : 13 November 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak dan Terengganu

Cuti Umum 2023 Malaysia, Disember 2023

1) Hari Keputeraan Sultan Selangor 

11 Disember 2023 merupakan  Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Selangor dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri. Sultan Selangor terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

  • Tarikh : 11 Disember 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Negeri Selangor

2) Hari Krismas 

Krismas adalah perayaan bagi penganut Kristian yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.

  • Tarikh : 24 Disember 2023
  • Hari    : Ahad
  • Negeri yang terlibat : Sabah
  • Tarikh : 25 Disember 2023
  • Hari    : Isnin
  • Negeri yang terlibat : Semua Negeri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 11 Tips & Perkara Yang Boleh Dibuat Ketika Cuti Bersalin, Bantu Ibu Kurangkan Rasa Stres

Baca juga : 10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!

Baca juga : Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!

Penulis

Nursyamimi