Tawar Servis Jadi 'Bapa Sementara', Lelaki Laris Jadi Pilihan Ramai Wanita Ibu Tunggal

Daddy untuk disewa menjadi pilihan kebanyakan ibu tunggal bagi melayan anak mereka. Lelaki diberikan bayaran tertentu mengikut servis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ayah kepada anak menjalankan tanggungjawabnya? Atau anda bosan melihat dia menghabiskan masa di rumah bermain permainan video? Atau lebih mementingkan kawan-kawan berbanding anak sendiri? Mungkin anda boleh pertimbangkan khidmat daddy untuk disewa ini!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Khidmat daddy untuk disewa, bayaran mengikut jam
  • Daddy untuk disewa, iktibar buat pasangan yang memilih untuk berpisah
  • Kesan kepada anak yang membesar tanpa seorang ayah

Sebuah iklan telah dipromosikan seorang lelaki Australia berhubung perkhidmatan ditawarkannya bagi membantu menyelesaikan masalah ibu-ibu yang memerlukan seorang ayah melayan anak-anak.

Khidmat daddy untuk disewa, bayaran dikenakan mengikut jam

Lelaki itu dikenali sebagai Jake Orr bekerja sebagai pemandu trak dari New South Wales, Australia menawarkan perkhidmatan tersebut dengan meletakkan harga bayaran berdasarkan tempoh jam.

Menerusi iklan yang dipromosikan, sewaan itu adalah untuk satu hingga dua hujung minggu dalam sebulan selain melakukan tiga aktiviti pilihan anak.

Seterusnya, menghadiri semua acara sukan anak selain tempoh 3 jam mempelajari kemahiran seperti penyelenggaraan kereta dan mesin rumput.

Harga yang dikenakan bagi perkhidmatan sewaan itu ialah AUD$30 untuk 1 jam manakala, caj tambahan 20% untuk 1 jam pada Ahad selepas pukul 4 petang dan makan malam hari Ahad.

Selain itu, waktu peribadi boleh dirunding berdasarkan permohonan tanpa kehadiran anak. Dalam masa sama, caj tambahan dikenakan untuk program keluarga dan hari jadi, status perhubungan di Facebook dan selfie bersama keluarga.

Daddy untuk disewa, iktibar buat pasangan yang berpisah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkhidmatan ditawarkan oleh lelaki tersebut seharusnya dijadikan iktibar kepada golongan bapa kerana realiti wujud kes-kes anak diabaikan sekali gus kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ketua keluarga.

Lebih-lebih lagi apabila berlaku penceraian suami isteri, anak-anak menjadi mangsa apabila diabaikan tanpa berita selain nafkah juga tidak diberi bertahun-tahun lamanya.

Bertanyakan khabar apatah lagi dan apabila anak itu dewasa, dendam di hati anak tersebut kerana tidak diendahkan dan terputus kasih sayang sejak kecil.

Bagaimanapun, tidak semua golongan bapa sebegitu dan sememangnya ramai lagi yang masih menjalankan tanggungjawab walaupun ikatan hubungan suami isteri sudah terlerai.

Kasih sayang dan nafkah tetap diberikan kepada darah daging kerana tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan kepada anak yang membesar tanpa seorang ayah

Menerusi perkongsian oleh Dr Taufiq Razif pada Facebook, beliau menyenaraikan 5 kesan buruk terhadap anak jika tidak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa.

  • Lebih berisiko terkena penyakit

Anak yang kematian bapa atau ditinggalkan lebih berisiko terkena penyakit dalam hidupnya. Kenapa? Kajian menunjukkan anak ini akan mempunyai Telemores lebih pendek sebanyak 14% daripada anak yang mendapat sepenuh perhatian dan penjagaan daripada ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telemores ni salah satu komponen yang melindungi sel tubuh. Telemores yang pendek dikaitkan dengan kanser dan penuaan.

  • Rasa percaya diri kurang

Anak yang kurang mendapat perhatian bapa biasanya akan mengalami konflik dalaman sehingga menjejaskan rasa percaya diri. Kajian daripada Pennsylvania State University menunjukkan anak yang mendapat perhatian ayahnya mempunyai rasa percaya diri yang lebih kuat.

  • Lebih cenderung dengan masalah sosial dan konflik dalaman

Anak yang tidak mendapat cukup perhatian daripada bapa biasanya akan terlibat dengan gejala sosial dan juga berdepan dengan bermacam masalah hidup.

Fakta:

– 71% remaja yang berhenti sekolah di Amerika Syarikat datang daripada rumah tangga yang tiada ayah

– 63% remaja yang bunuh diri di America Syarikat juga datang daripada keluarga yang tiada ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Hilang rasa percaya pada lelaki

Jangan terkejut kalau sebenarnya seorang ayah itu mewakili para lelaki di luar sana pada pandangan anaknya. Sebab itu biasanya anak yang ditinggalkan ayah kandung sendiri akan membenci semua lelaki dan menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai hatta suaminya sendiri.

  • Kesan kepada IQ

Kajian daripada University of Newcastle sendiri menunjukkan penglibatan seorang bapa secara aktif dalam membesarkan anak sebenarnya boleh meningkatkan IQ si anak itu sendiri. Jadi mahu anak kita mempunyai IQ yang tinggi? Ajak pasangan kita semua untuk bersama-sama membesarkan anak-anak dan beri sepenuh perhatian kepada si comel itu.

Saja Gempak, Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Tips Menjadi Ibu Ayah Yang Sabar Mendidik Anak, Tenang… Jangan Marah-Marah

Baca juga: Jangan Putus Asa Kalau Anak Lembam, Ibu Ayah Perlu Usaha Cungkil Bakat Terpendam Mereka!

Baca juga: Anak Marah, Menangis Bila Disapa Orang Asing, Dia Malu Atau Takut Orang Sebenarnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan