Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 (Idme KPM) & Panduan Lengkap

Pendaftaran tahun 1 2025/2026 boleh dibuat secara online bermula 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Ini panduan lengkap untuk rujukan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak atau anak jagaan dilahirkan pada tahun 2018 dan 2019 yang belum berdaftar, pendaftaran tahun 1 2025 secara online akan dibuka tidak lama lagi.

Proses bagi permohonan daftar darjah 1 mengikut pilihan sekolah masing-masing boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian, Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS).

Ia terbuka bagi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2025 / 2026

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dari 2 Januari 2018 – 1 Januari 2019

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 / 2026

Tarikh pendaftaran secara talian mengikut kalendar akademik sesi 2025/2026 dibuka pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 di https://idme.moe.gov.my .

Sebarang kelewatan membuat pendaftaran darjah 1 akan merumitkan proses permohonan sebaik sahaja tarikh ditutup dan perlu berhubung dengan pihak yang berkenaan.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet,daftar sekolah darjah 1 secara dalam talian boleh dilakukan di sekolah yang dipohon.

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025

Cara permohonan daftar darjah 1 secara online boleh dilakukan sekiranya anda sudah berdaftar di  Sistem idME. Bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum log masuk. 

Berikut merupakan prosedur pendaftaran bagi sistem idME.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pergi ke Portal idMe di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login 
  2. Tekan butang Daftar Baru.
  3. Isikan semua maklumat yang dikehendaki.
  4. Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot’ dan masukkan captcha yang diberikan dalam medan yang disediakan. 
  5. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna. 

Bagi pengguna sedia ada, anda boleh log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan. 

Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti maklumat penjaga/anak, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak. 

Panduan Pendaftaran Tahun 1 Melalui IDME MOIES KPM ONLINE

Rujuk manual pengguna bergambar yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti di pautan di bawah:

Manual Pengguna (Pengguna Awam) Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Borang permohonan yang telah diisi lengkap dan berjaya didaftarkan hendaklah dicetak dan perlu membawa cetakan borang tersebut untuk rujukan Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran pihak sekolah dalam masa 14 hari.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama adalah seperti senarai di bawah:

  1. Cetakan borang permohonan online
  2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan. (salinan asal berserta 1 salinan)
  3. Kad pengenalan ibu bapa/penjaga. (salinan asal berserta 1 salinan KP ibu dan bapa)
  4. Surat nikah/surat cerai. (salinan asal dan 1 salinan)
  5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal.
  6. Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem.
  7. Laporan kad kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).
  8. Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.

Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama atau berbeza. 

Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan

Sekiranya ibu bapa telah mendaftarkan anak bagi kemasukan tahun 1 sesi 2025-2026, tarikh surat keputusan penempatan boleh disemak bermula 1 Oktober 2024.

Manakala, tarikh rayuan akan dibuka bermula 1 Ogos hingga 30 Oktober 2024. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 1 Disember 2024. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengesahan penempatan boleh dibuat melalui pautan idMe yang sama dengan tarikh semakan keputusan penempatan.

Surat penempatan tersebut perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2024
  • Tarikh rayuan : 1 – 31 Oktober 2024
  • Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Oktober 2024
  • Tarikh keputusan rayuan : 1 Disember 2024

Semua urusan hanya boleh dibuat melalui sistem online sahaja. Rayuan secara manual tidak akan dilayan.

Permohonan Rayuan

Sekiranya ada ibu bapa atau penjaga mahu menukar sekolah anak, rayuan secara online boleh dibuat menerusi sistem IdMe. Berikut disertakan langkah rayuan untuk murid tahun 1:

  1. Login https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dlm sistem idMe)mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
  5. Keputusan rayuan akan keluar pada 1 Disember 2024.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Baca juga: Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah