Sedapnya! Resepi Daging Harimau Menangis Khairul Aming Pasti Buat Anda Terliur!

Kami codek idea daripada laman sosial media Instafamous terkenal, Khairul Aming untuk resepi daging harimau menangis. Tak sabarnya nak cuba sendiri!

Baru-baru ini tular tentang daging harimau menangis. Puas kami mencuba semua resepi daging harimau menangis dan bagi pendapat kami resepi dari Chef Instafamous, Khairul Aming paling mudah untuk dicipta kembali!

Bagaimana caranya untuk membuat daging harimau menangis sendiri? Mudah sahaja, jom lihat cara-cara di bawah.

Resepi daging harimau menangis, senang saja!

Kredit: Instagram khairulaming

Jika resepi datang dari Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, anda tak perlu risau, pasti mudah saja cara untuk membuatnya dan bahan yang digunakan sangat mudah dicari. 

Ini kerana Khairul Amin seorang yang gemar sediakan resepi mudah untuk tatapan umum. Bahkan oleh sebab dia masih bujang, pemilihan bahan dan cara penyediaannya pun ringkas.

Jadi ini bermakna anda tidak perlu berbelanja besar dan meluangkan terlalu banyak masa di dapur untuk sediakan hidangan lazat untuk dinikmati seisi keluarga.

Baca juga: Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan daging sebesar tapak tangan dewasa
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos ikan
  • Gula perang
  • Garam
  • Gula putih
  • 4 cili merah (kecil)
  • 4 cili hijau (kecil)
  • 5 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar

Cara menyediakannya: 

Daging

  • Lumurkan daging dengan sos tiram, kicap manis dan gula perang. Perapkan kira-kira 30 minit.
  • Selepas siap dibakar, potong daging menjadi kepingan nipis 

Sos cili Thai

  • Tumbuk 4 biji cili hijau, 4 biji cili merah , 5 ulas bawang putih, satu sudu sos tiram, dua sudu sos ikan, garam 3 sudu gula dan perahkan 3 biji limau nipis. Selepas itu masukkan daun ketumbar dan kacau hingga sebati. Siap! Selamat mencuba!

Cara lembutkan daging dengan cepat

Kredit: legit.ng

Ada pelbagai petua untuk melembutkan daging. Ada yang cadangkan rebus guna sudu besi dan paling senang rebus dalam pressure cooker saja. Tapi kalau tiada pressure cooker, and boleh cuba cara di bawah untuk melembutkan daging.

#1. Perap sebelum masak

Kredit: asweetpeachef.com

Biasakan perap daging sebelum memasak dan simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam sebelum masak. Kalau nak goreng perap dengan garam dan kunyit atau perasa.

#2. Cuka makan

Untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, boleh cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging.

#3. Daun nangka

Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

#4. Daun pisang abu

Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi. Selepas itu masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

#5. Buah pinang tua

Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua itu, Kemudian masukkannya ke dalam periuk atau kuali untuk dimasak sekali dengan daging

#6. Daun betik

Cara ini pula khas untuk mereka yang nak buat sate daging. Hiris dan lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya. Selepas itu bungkus daging dengan daun betik. Biarkannya selama 1 jam. Setelah itu, barulah bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.

#7. Batang tebu

Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya. Kemudian, potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. Jika daging itu untuk dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging empuk.

Jika anda mahu buat sup daging rebus isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.

Khasiat daging yang ramai tak tahu

Kredit: tastingtable.com

Ramai yang mengelak makan daging kerana bimbang kolestrol dan sebagainya. Tapi tahukah anda, daging juga mempunyai nutrisi yang mampu menyumbang bagi memenuhi keperluan pemakanan harian.

Terdapat beberapa kebaikan dari daging yang mampu membaiki fungsi metabolik yang menjadi salah satu sumber pemberi tenaga. Berikut beberapa kebaikan daging yang harus anda ambil tahu untuk mengekalkan kesihatan badan:

#1. Sumber protein terbesar dari haiwan 

Daging boleh menjadi antibodi yang melindungi tubuh badan dari bahan bahaya yang boleh memasuki tubuh. Semua kebaikan boleh anda perolehi dari daging kerana daging mempunyai asid amino terpenting sebagai pengeluar protein terbesar.

#2. Banyak kandungan zat untuk tubuh badan

Ia memberi manfaat seperti zat besi dan selenium besi yang mampu membentuk hemoglobin yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh badan anda.

Ia juga turut membantu pembentukan metabolisme tisu. Selenium pula berfungsi sebagai pemecah lemak dan menyingkirkan bahan kimia dari tubuh badan.

#3. Kaya vitamin

Daging kaya dengan kandungan vitamin A, B dan juga D. Ianya sudah terbukti dalam memainkan peranan dalam pembentukan gigi serta tulang. Ia juga turut menyokong perjalanan sistem saraf dan pada masa yang sama membantu menjaga kecantikan kulit anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Khairul Aming, Sinar Harian, bukanaku

Baca juga: Tips Memasak Daging Panggang Dengan Betul, Biar Segala Bakteria Hilang Serta Merta

Penulis

Lala Annuar