Menurut Kajian, Banyak Makan Pisang Berpotensi Dapat Bayi Lelaki

Bagi para ibu yang kepingin mendapat baby lelaki, kajian ini mungkin dapat memberikan jawapan dan tip untuk anda cuba di rumah. Ianya semudah memakan pisang (dengan banyak)!

Ada khabar angin atau petua orang dahulu yang disebarkan bertahun-tahun lamanya bahawa, makan pisang dapat bayi lelaki. Ini bermakna mengambil pisang secara konsisten sebelum mula hamil akan meningkatkan potensi si ibu untuk mendapat anak lelaki.

Dan, yang kelakarnya, disebabkan petua orang lama ini, wanita yang mahu hamil juga akan memotong pisang berkenaan kepada beberapa bahagian jika mereka mahu mengandung baby perempuan pula.

Betul ke khabar angin atau ‘cakap orang tua’ ini?

Makan pisang dapat bayi lelaki

Para pengkaji telah menemubual 740 orang wanita semasa kehamilan pertama mereka dan mendapati ibu hamil yang mempunyai diet tinggi potasium (salah satu vitamin penting yang ada dalam pisang) lebih cenderung untuk mendapat baby lelaki! Jadi, betul ke makan pisang dapat bayi lelaki?

Sumber: Playbuzz.com

Begitu juga buat para ibu mengandung yang banyak mengambil sodium semasa hamil; mereka cenderung dapat bayi lelaki!

Yang menariknya, kajian ini turut membatalkan kata-kata bahawa jika ibu banyak minum air susu, senang dapat bayi perempuan. 

Sumber kalsium dalam pisang

Disebabkan terdapat banya kalsium dalam air susu, sebenarnya, ada keberangkalian tinggi untuk seseorang ibu itu mendapat bayi lelaki, dan bukannya baby girl!

Anda boleh baca lanjut tentang kajian ilmiah itu di sini.

Benar atau tidak? Itu semua kuasa Tuhan. Dia yang menentukan. Tetapi, tidak salah untuk kita berikhtiar, kan?

Jadi, jika anda mahu mendapatkan bayi lelaki pula atau kenal rakan-rakan yang teringin mendapat anak lelaki, anda kini sudah tahu makanan jenis apa yang mahu direkomenkan kepada mereka! 😉

Sumber: Goodhousekeeping.com

Baca juga:

Baby Boy Ke Girl? Ini Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Tanpa Perlu Scan

 

Penulis

Noor