Bukan Sekadar Penyeri Masakan, Ini Antara 7 Kebaikan Daun Bawang Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Nak Makan!

Pengambilan daun bawang sebagai salah satu pilihan sayur-sayuran dalam diet harian bagus untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda tahu bahawa daun bawang tergolong dalam kumpulan allium? Daun bawang mempunyai daun berwarna hijau tua yang licin, akarnya berwarna putih dan berserabut serta lembut teksturnya.

Daun bawang ini juga kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh badan seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Asid folik dan zat besi. 

Ia sering digunakan sebagai hiasan atau penambah rasa dalam makanan yang telah siap dimasak. Antaranya, murtabak, bihun goreng dan makanan bergoreng yang lain.

Namun, masih ramai yang tak tahu sebenarnya sayuran ini mempunyai pelbagai khasiat dari segi kesihatan.

7 kebaikan daun bawang untuk kesihatan

1. Boleh mengurangkan berat badan

Terdapat kajian telah membuktikan bahawa sayur ini berupaya menukarkan ekspresi gen yang menyebabkan obesiti. Ini kerana, ia mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dengan nutrisi, sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Malah, ia membekalkan serat sebanyak 10% daripada jumlah serat yang diperlukan untuk sehari.

Sebab itu, ia dapat memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. 

2. Membantu membekukan darah

Vitamin K yang terkandung dalam daun bawang berpotensi membekukan darah. Pembekuan darah sangat penting sekiranya terjadi sebarang kecederaan untuk mengelakkan berlakunya tumpah darah.

Jika kekurangan Vitamin K, ia akan menyebabkan individu mudah lebam dan mudah untuk berlakunya pendarahan ringan yang melibatkan hidung dan gusi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Meningkatkan sistem imunisasi

Sistem imun badan yang kuat penting untuk mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit berjangkit. Oleh itu, daun bawang berupaya mengubah sel khusus dalam sistem imuniasi untuk melawan segala bakteria atau kuman yang berada dalam badan. 

Bukan itu sahaja, ia membantu meningkatkan penghasilan antibodi dalam melawan influenza kerana mengandungi vitamin C baik untuk melindungi tubuh badan.

4. Menyihatkan jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit jantung adalah penyakit yang lazim di Malaysia dan salah satu penyebab kematian. Ekstrak daun bawang iaitu trigliserida dapat mengawal masalah penyakit jantung seperti tinggi paras kolesterol dan kolesterol-LDL

Sayuran yang kaya dengan vitamin K ini juga membantu menghalang terjadinya dinding arteri mengeras disebabkan pembentukan kalsium yang mengundang penyakit jantung.

5. Menguatkan tulang

Vitamin K yang terkandung dalam daun bawang membantu menghasilkan protein penting yang diperlukan untuk membekalkan kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang. 

6. Menghalang risiko kanser

Allisin yang terdapat dalam sayuran ini berpotensi untuk melawan kanser dan pengambilan daun bawang secara konsisten membantu mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 30%.

7. Meningkatkan daya penglihatan

Ia mengandungi rhodopsin iaitu sejenis protein yang penting untuk retina. Rhodopsin yang mencukupi membantu retina memerangkap lebih banyak cahay masuk sekaligus mengelakkan risiko rabun malam dan boleh meningkatkan daya penglihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia turut membantu mengurangkan masalah mata seperti katarak dan ulser kornea yang teruk.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Suka Bau Daun Ketumbar? Ini 5 Kebaikan Daun Ketumbar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca juga: Lobak Putih Antara Sayur Yang Terbaik Berkesan Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Baca juga: 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah