Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang, Ketahui Khasiat, Fungsi & Kegunaannya Sebelum Tersalah Pilih, Ya!

Sekilas pandang daunnya berwarna hijau kelihatan sama, namun daun kucai dan daun bawang boleh dibezakan dari segi bentuk, fungsi dan rasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun kucai dan daun bawang antara dua jenis herba dalam kategori bawang yang sering membuatkan ramai orang ‘confuse’ untuk memilih selain daun ketumbar dan daun sup

Sebenarnya, kedua-dua daun ini memainkan peranan penting dalam menentukan rasa dalam setiap hidangan yang disajikan. Kalau nak buatkan masakan nampak lebih menyelerakan, tambahkan daun kucai ke dalam makanan seperti kuetiaw goreng, cucur dan makanan berasaskan sayuran yang lain. 

Manakala, daun bawang pula banyak digunakan dalam makanan sebagai hiasan dan penyedap rasa setelah makanan siap dimasak. 

Perbezaan daun kucai dan daun bawang

 

1. Bentuk dan warna

Dari segi fizikal nampak seakan sama. Tetapi, sebenarnya daun kucai mempunyai daun yang lebih leper hampir sama seperti rumput manakala daun bawang mempunyai saiz ukuran yang lebih besar, bulat, panjang dan lembut teskturnya. 

Daun bawang mempunyai warna hijau lembut dan putih pada hujung pangkal dan kalau dipegang lebih rapuh dan lembut kerana mempunyai sedikit gelembung didalamnya.

Sedangkan daun kucai berwarna hijau sepenuhnya. Selalunya daun bawang dijual dengan terdapat bawang dihujungnya berbanding daun kucai yang telah siap dipotong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Beza rasa dan bau

Aroma daun kucai seperti bawang putih namun jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat manakala daun bawang rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan berbau harum apabila ditumis bersama dengan bahan masakan yang lain. 

Khasiat daun kucai untuk kesihatan 

Jarang sekali daun kucai menjadi sebutan orang ramai kerana ada yang belum tahu daun ini memiliki banyak khasiat terutama dari segi kesihatan.

Berikut merupakan antara khasiat daun kucai sekiranya digunakan dalam masakan.

Terpulang sama ada ingin jadikan sebagai campuran atau penambah sayuran sampingan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Menguatkan daya ingatan

Kandungan choline dan folate yang terdapat pada daun ini berupaya meningkatkan daya ingatan.

Kajian mendapati pengamal choline lebih menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian kognitif berbanding dengan orang yang tidak memakannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Menguatkan tulang 

Kandungan vitamin K yang tinggi membantu menguatkan tulang. Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu makanan yang elok dimakan untuk mengurangkan risiko penyakit osteoporosis. 

3. Mencegah kanser

Flavonoid dan sulfur yang ada dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser perut dan kanser paru-paru.
Ia mempunyai potensi tinggi dalam melawan radikal bebas dan mencegah kanser.

4. Menurunkan berat badan 

Kandungan mengandungi antioksidan, vitamin, kalsium, mineral dan serat yamg tinggi baik untuk kesihatan. Malah, dapat membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menurunkan tekanan darah dan kolestrol tinggi

Allicin yang ada pada daun ini, sama seperti bawang berfungsi menurunkan tekanan darah dan kolestrol dalam badan. Bukan itu sahaja, dalam masa yang samam membersihkan usus dari kotoran.

 

Rasa, Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perbezaan Daun Sup & Daun Ketumbar, Nak Masakan Sedap Kena Tahu 6 Perkara Ini

Baca juga: Air Rebusan Daun Durian Belanda Mujarab Membantu Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan

Baca juga: Bukan Sekadar Penyeri Masakan, Ini Antara 7 Kebaikan Daun Bawang Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Nak Makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah