Daun Semambu Untuk Demam Campak/ Chickenpox: Khasiat, Penggunaan & Tips

Daun semambu untuk demam campak sememangnya terkenal berkesan mempercepat penyembuhan penyakit yang sangat mudah berjangkit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun semambu atau neem mempunyai sifat antibakteria yang baik. Daun semambu untuk demam campak sangat berkesan dan sudah diguna pakai sejak bertahun-tahun lamanya. Malah ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk di pasaran antaranya diproses menjadi sabun mandian

Daun Semambu Untuk Demam Campak

Cacar air atau demam campak adalah penyakit berjangkit dengan kemunculan ruam seperti lepuh pada kulit yang secara beransur-ansur membesar.

  • Rawat Penyakit Kulit: Menyentuh tentang ubat untuk cacar air, daun semambu atau neem antara penyelamat bagi penghidapnya. Ia terkenal di India yang berkesan merawat pelbagai jenis penyakit kulit.
  • Nilai Terapeutik Tinggi: Daun ini berasa dari India dan daripada daun hingga akar, pokok ini sangat berguna. Dalam Ayurveda, neem dianggap sebagai salah satu bahan yang paling berkesan merawat penyakit. Ia dianggap unik kerana nilai terapeutiknya.
  • Anti Penuaan : Neem adalah herba serbaguna dan boleh digunakan dalam bentuk pes atau minyak. Ia terkenal dengan sifat anti-penuaan dan sifat antioksidannya.

Kegunaan Daun Semambu  Dalam Rawatan Demam Campak 

Ekstrak neem, yang mengandungi sifat penyembuhan, digunakan untuk kesihatan berabad lamanya.

Dengan manfaat perubatan yang pelbagai ia ikhtiar semulajadi rawatan semula jadi untuk cacar air. Ia bukan sekadar salah satu ubat rumah untuk cacar air; ia adalah ubat yang terbaik dan paling berkesan yang tidak hanya menyembuhkan cacar air tetapi juga mengelakkannya daripada merebak.

Cara Merawat Demam Campak Guna Daum Semambu

Cara Merawat 1:

  • Sebelum Mandi : Pisahkan daun daripada batang dan tangkainya. Rebus daun hingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi dua kali sehari pagi dan petang.
  • Semasa Mandi : Ramas-ramas daun untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak itu. Mandi seperti biasa. Untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak. Tidak perlu bilas bagi mengelakkan rawatan tidak berkesan. 
  • Daun semambu yang digunakan untuk mandi jangan dibuang kerana anda boleh jadikan hamparan di tempat tidur yang terkena campak.

Cara Merawat 2:

  • Kisar daun semambu dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapu di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan.
  • Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. Campuran daun semambu dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap.

Manfaat Kesihatan Daun Semambu 

Daun semambu, yang juga dikenali sebagai Azadirachta indica atau neem mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat utama daun semambu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Anti-Radang

Daun semambu mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh, mengurangkan kesakitan dan bengkak.

2.Antiseptik Dan Antibakteria

Daun semambu sering digunakan dalam rawatan luka dan jangkitan kerana sifat antiseptik dan antibakterianya yang kuat.

3.Pembersih Darah

Ia dipercayai dapat membantu membersihkan darah dan detoksifikasi badan dengan mengeluarkan toksin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Meningkatkan Sistem Imun

Daun semambu kaya dengan nutrien yang boleh meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan jangkitan.

5.Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Kajian menunjukkan bahawa daun semambu boleh membantu mengawal paras gula darah, yang bermanfaat untuk penghidap diabetes.

6.Menyokong Kesihatan Kulit

Ekstrak daun semambu sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat dan masalah kulit lain kerana kemampuannya untuk mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7.Cegah Meningkatkan Kesihatan Mulut

Ia boleh digunakan dalam bentuk pes atau kumur untuk membantu mencegah penyakit gusi dan menjaga kesihatan mulut.

onlymyhealth, mom kids world

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Baca juga: Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Baca juga: Sakit Pada Ari-ari Bila Berdiri & Berjalan, Ketahui Punca Rasa Sakit Pada Peranakan Wanita & Cara Mengatasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar