Bolehkah Memakai Perhiasan Daun Clover Atau Daun Semanggi? Ini Penjelasan Pejabat Mufti

Adakah memakai perhiasan berbentuk daun semanggi dikira sebagai meniru atau menyerupai (tasyabbuh) sesuatu agama yang dilarang oleh syarak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aksesori perhiasan wanita berbentuk daun Clover atau dikenali sebagai daun Semanggi kebelakangan ini menjadi trend dalam rekaan barangan perhiasan tersebut. Ia merupakan daun yang kebiasaan mempunyai tiga kelopak atau kadangkala empat kelopak.

Daun Clover yang muda dan mempunyai tiga kelopak itu juga dikenali sebagai Shamrock. Ia sendiri berasal daripada perkataan Irish iaitu Seamrog yang membawa makna ‘daun Clover yang kecil’ atau ‘daun Clover yang muda’.

Kaitan Dengan Agama Kristian

Menurut Carl Ven Treeck dan Aloysius Croft dalam Symbols In The Church, St. Patrick telah menggunakan daun Shamrock untuk menerangkan kepada masyarakat pagan Ireland mengenai konsep Trinity dalam agama Kristian. 

Daun Clover yang mempunyai tiga kelopak (Three leaf clover) dikatakan melambangkan konsep Trinity, iaitu setiap satu kelopak daun mewakili Father, Sondan Holy Spirit. Dalam gambar lukisan beliau, St. Patrick di gambarkan memegang daun Shamrock (tiga kelopak) sepertimana yang terdapat di St. Benin’s Church, Wicklow, Ireland.

Masyarakat Kristian Ireland akan menyambut St. Patrick’s Day pada 17 Mac setiap tahun bagi meraikan kehidupan St. Patrick dan penyebaran agama Kristian di negara tersebut.

Manakala, daun semanggi yang mempunyai empat kelopak pula merupakan sesuatu yang jarang dijumpai berbanding daun Shamrock. Ia dipercayai oleh masyarakat di negara Ireland sebagai dapat membawa nasib yang baik bagi sesiapa yang menyimpan dan menjaganya. Setiap satu kelopak bagi Four Leaf Clover ini melambangkan Faith (kepercayaan), Hope (harapan), Love (cinta) dan Luck (nasib yang baik).

Berdasarkan penerangan di atas, dapatlah difahami bahawa daun Clover dan Shamrock mempunyai kaitan dengan agama Kristian, terutamanya bagi masyarakat Kristian di Ireland.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, persoalannya, adakah memakai perhiasan berbentuk daun semanggi itu dikira sebagai meniru atau menyerupai (tasyabbuh) sesuatu agama yang dilarang oleh syarak? Di dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.

Riwayat Abu Daud: (4031)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepertimana yang sedia maklum bahawa lambang salib merupakan simbol yang khusus hanya kepada agama Kristian tanpa sebarang pertikaian.

Ia merupakan sesuatu yang sedia diketahui dan dapat difahami oleh semua orang tanpa memerlukan mereka untuk berfikir atau mengkaji. Oleh itu, lambang salib, lambang yang mempunyai gambar orang disalib atau yang sebegitu sifatnya, maka haram dipakai walaupun tanpa niat untuk meniru atau menyerupai orang kafir.

Daun Clover Bukan Simbol Khusus

Namun begitu, bagi bentuk daun Clover atau daun semanggi, Shamrock dan seumpamanya, ia bukanlah merupakan simbol yang khusus bagi agama Kristian yang digunakan secara meluas. Ini kerana tidak semua orang mengetahui bahawa ia merupakan salah satu simbol kepada agama Kristian sepertimana lambang salib. 

Oleh yang demikian, menurut Dr. Samiah Abdullah Bukhari, larangan menyerupai orang kafir tersebut adalah pada perkara yang khusus yang menjadi syiar mereka. Apabila perkara itu terangkat (tidak lagi menjadi syiar kepada sesuatu kaum), maka ia masuk dalam perkara umum yang diharuskan syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam hal ini juga, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam membincangkan tentang keharusan memakai sejenis pakaian yang disebut taylasan yang menjadi syiar kaum Yahudi apabila ia tidak lagi sedemikian, menyatakan:

وَإِنَّمَا يَصْلُحُ الِاسْتِدْلَالُ بِقِصَّةِ الْيَهُودِ فِي الْوَقْتِ الَّذِي تَكُونُ الطَّيَالِسَةُ مِنْ شِعَارِهِمْ وَقَدِ ارْتَفَعَ ذَلِكَ فِي هَذِهِ الْأَزْمِنَةِ فَصَارَ دَاخِلًا فِي عُمُوم الْمُبَاح

Maksudnya: Sesungguhnya sesuai untuk menjadikan kisah Yahudi tersebut sebagai dalil (keharusan memakai taylasan), pada masa ketika tayalisah (sejenis pakaian) yang menjadi syiar mereka pada satu ketika dahulu, telah tidak lagi sedemikian pada zaman ini. Maka, ia termasuk dalam perkara umum yang diharuskan syarak. 

Begitu juga yang dikatakan oleh Imam al-Bujairimi dalam isu membayar kafarah dengan memberikan kain taylasan/tayalisah:

وَبِأَنَّ الطَّيَالِسَةَ الْآنَ لَيْسَتْ مِنْ شِعَارِهِمْ بَلْ ارْتَفَعَ فِي زَمَانِنَا وَصَارَ دَاخِلًا فِي عُمُومِ الْمُبَاحِ وَقَدْ ذَكَرَهُ ابْنُ عَبْدِ السَّلَامِ فِي الْبِدَعِ الْمُبَاحَةِ. قَالَ ابْنُ حَجَرٍ: وَقَدْ يَصِيرُ مِنْ شِعَارِ قَوْمٍ فَيَصِيرُ تَرْكُهُ مُخِلًّا بِالْمُرُوءَةِ اهـ.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Dan disebabkan pemakaian al-tayalisah pada masa kini bukan lagi menjadi syiar mereka (Nasrani dan Yahudi), bahkan sudah diangkat pada zaman kita dan berubah menjadi salah satu yang termasuk dalam perkara umum yang diharuskan. Betapa perkara ini telah disebut oleh Ibn Abd al-Salam dalam bid’ah-bid’ah yang dibenarkan. Berkata Ibn Hajar: Apabila sudah menjadi simbol bagi suatu kaum (yakni golongan yang baik-baik seperti ulama), maka dengan meninggalkannya pula akan menghilangkan maruah. (Rujuk Tuhfat al-Habib  ‘Ala Syarh al-Khatib, 3:367)

Oleh itu, ia kembali kepada hukum harus apabila ‘illah-nya iaitu menjadi syiar yang khusus agama atau kaum yang lain sudah terangkat. Dalam hal ini, kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَ عَدَمًا

Maksudnya: Keberadaan hukum itu bergantung kepada ‘illahnya, sama ada ia wujud atau tidak.

Oleh yang demikian, jika sekiranya perhiasan tersebut sudah menjadi penggunaan yang umum dan tidak lagi menjadi syiar khusus kepada sesuatu agama atau kaum, maka hukum memakai perhiasan berbentuk bunga Clover tersebut adalah harus dan dibolehkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika ia masih dianggap melambangkan agama Kristian dan konsep Trinity sekalipun, ia perlu juga dilihat dari sudut tahap kejelekan tasyabbuh berkenaan sama ada ketara ataupun tidak. Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Ibn Solah dalam Fatawa-nya:

والتشبه بالكفار قد يكون مَكْرُوها وَقد يكون حَرَامًا وَذَلِكَ على حسب الْفُحْش فِيهِ قلَّة وَكَثْرَة وَالله أعلم

Maksudnya: Hukum menyerupai (tasyabbuh) orang kafir boleh jadi makruh dan boleh juga haram berdasarkan kejelekan padanya sama ada sedikit atau banyak. WaAllahu a’lam. (Rujuk Fatawa Ibn Solah, 2:473)

Berdasarkan petikan di atas, memakai barang perhiasan jika dianggap sebagai simbol bagi agama Kristian dan Triniti sekalipun, namun ia tidak dipandang sejelek atau seburuk memakai lambang Salib, hukum memakainya adalah makruh. Ia disebabkan mempunyai prasangka (wahm) bahawa ia merupakan lambang bagi agama tertentu, dan ia termasuk dalam perkara syubhah. Maka, dalam situasi ini, sebaiknya hendaklah dielakkan daripada membeli dan memakai barang perhiasan tersebut. 

Adapun, perbuatan sengaja memakainya dengan niat untuk menyerupai orang kafir dan menganggapnya sebagai simbol kepada agama tersebut, maka hukumnya adalah haram dan berdosa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anak pakai barang kemas – selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

Baca juga : Aksesori Kepala Bayi Comel Untuk Dipakai Namun Boleh Ancam Keselamatan Anak Tau!

Baca juga : Tercekik Rantai Leher Dipakai Antara 10 Situasi Paling Cemas Berlaku Pada Anak Kecil!Kongsikan Pengalaman Anda

Penulis

Nursyamimi