Memiliki anak kecil ibarat memiliki bom jangka di rumah. Ada saja perkara yang mereka lakukan setiap hari buat ibu ayah kecut perut kan?
Kadangkala perkara yang berlaku pada mereka langsung kita tidak pernah terfikir, sekelip mata saja ia terjadi. Memang mencemaskan hingga ada yang perlu dibawa terus ke hospital kerana boleh bahayakan nyawa.
Bukan tidak berhati-hati, malah jauh sekali tidak beri perhatian, tetapi bila nak jadi, memang ia akan terjadi walaupun kita memberi perhatian sepenuhnya kepada anak ketika itu.
Kecut perut ibu ayah hadap situasi cemas babit anak kecil
Seperti dikongsikan pengikut laman Facebook Dr Redza Zainol, ada banyak rupanya kejadian cemas yang dialami ibu ayah sehingga ada yang merasakan yang terjadi itu mustahil.
Tetapi ia berdasarkan pengalaman sendiri yang dikongsikan oleh ibu ayah yang pernah mengalami situasi cemas bersama anak kecil mereka yang mungkin akan dikenang sampai bila-bila.
Berikut adalah di antara perkara cemas yang terjadi pada anak kecil yang dikongsikan di laman Facebook Dr berkenaan:
#1. Tertelan bateri remote control car
Anak saya telan bateri remote kreta.. Masa tu umur dia 11 bln.. X perasan dia main ketuk2 remote.. G bhgian emergency Hospital Sg. Buloh, XRay mmg nmpk bateri.. Dr suruh cuba bg mkn pisang dulu, klu berak x kluar, Dr suruh dtg blk. Sy bg mkn pisang, anak berak, sekali jumpa dln berak dia, bukan bateri je, butang baju pun ada.. Huhu..
#2. Tersepit tingkap kereta
Saya tengah drive keta. Anak saya masa tu umur dalam 4 tahun. Main cermin pintu keta sebelah tepi tempat duduk belakang. Naik turun naik turun kan cermin keta. Sekali saya nak kunci cermin tu biar tak naik turun. Kepala anak ada kat luar tingkap keta tu kat atas tergantung. Sampai rumah saya tengok anak saya da lemah lunglai sampai terkencing kat seluar kerana tersepit cermin tingkap keta. Nasib baik leher tak putus.
#3. Terpegang seterika panas
Anak Saya Masa umur 2 tahun pergi on iron… Kemudian siap pegang tempat panas tu. Abis melecur tangan.
#4. Mata tercucuk screw driver
Anak perempuan saya tidur diatas tilam . Rupanya dlm tilam ada screw driver bunga yg kecil. Kena kornea mata dan mata rosak teruk. Tukar kanta pon masih tak nampak.
#5. Kelopak mata tertusuk penyangkut baju
Waktu anak saya 7 bulan..tengah lasak.. Tak sedar..dia dok main hanger ( hanger besi) Sekali dia menangis..cangkuk hanger tersangkut dalam kelopak mata anak ( kelopak atas)..Allah..berderau darah saya..saya peluk baby ..ayah nye yang ambil hanger tu..cukup seriau..sejak tu..dah tak guna hanger besi.guna plastik je
#6. Tercekik rantai leher
Rantai leher tersangkut pada sarung bantal – baby girl dipakaikan rantai, masa dia dah lena saya rasa dia bergerak-gerak..biasanya ibu tepuk-tepuk supaya anak lena semula..tapi anak saya macam meronta-ronta..terus bangun buka lampu tengok rantainya dah berpintal tersangkut pada benang sarung bantal..suami dengan pantas putuskan benang tu dan terus buka rantai Allah masih panjangkan usianya. Sejak itu,anak-anak saya tak pakaikan dah rantai leher.
#7. Masukkan benda dalam hidung
Kepala lego yg kecik tu masuk dlm lubang hidung ank..Allahuakbar..cemas nya mase tu hanya Allah yg tahu..
anak masukkan coklat cip dlm hidung
Ank masuk kan kacang pes kat lubang hidung… Masa tu die ralik tgk tv smbil mkn nasi goreng cina… Masa tgah ralik tu die masuk kacang tu kt hidung… Kita kelam kabut, duk tepuk peha die.. Nagis.. Kita dlm keadaan kelam kabut timbul idea tiup guna straw vitagen kt sebelah hidung yg xde kacang tu.. Tiup sekuat ati.. Melantun trs kacang tu…. Nasib ler baik
#8. Masukkan manik dalam telinga
Anak masukkan 12 biji manik tasbih dalam telinga dan sorang lagi goyang lemari baju sampai jatuh spray nyamuk yg tin tu atas dahi. Berdarah memancut2 kena jahit dahi. Sorang lagi terjun dari tempat tinggi sampai pecah tapak kaki, dia ni obese.
#9. Tercekik duit syiling
Si sulung tertelan syiling 20sen lama masa kat tadika. Cikgu call masa tu sy masih kat sklh. Syiling tersangkut kat esofagus. Tgk xtray syiling tu melintang kat tgh2 tu. Masa tggu prosedur nak warded, dan nak cukupkan 6 jam perut kosong, dia mintak nak ke tandas. Masa kat tandas tu dia still cuba keluarkan syiling tu dan alhamdulillah, terkeluar dengan sendiri..so x jadi masuk OT. Kesian sgt masa tu. Menjejeh2 air liur keluar bercampur darah ..memang dia sedaya upaya nak keuarkan syiling tu..
#10. Tercekik gula-gula
Ank sy 1st time dpt gula² (4thn) Buka sendiri & terus telan. Tiba² si kakak menjerit nama “adik” sy tengok air liur dh meleleh keluar sambil si kakak bgtau adik tertelan gula². Sy dah hampir mengelabah. Kalut, time tu ank dh tercunggap² nak nafas.
Mujur time tu sy teringat teknik org tercekik bt mcmn. Lepas tepuk x jalan, saya peluk ank dr belakang, tekan bahagian perut & alhamdulillah atas izin Allah gula tu terkelua. lepas tu nangis sama²
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Redza Zainol
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-mudah-tercekik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!