Pengacara dikenali ramai, Dayah Bakar yang membuat keputusan untuk menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecilnya dilihat sering berkongsi momen indah buat tatapan para pengikut Instagramnya.
Sebelum ini dia berjauhan dengan suami hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri.
Dayah Bakar kongsi momen main salji bersama anak di Australia
Pada bulan Januari yang lalu, Dayah Bakar sempat meluahkan rasa syukur selepas dia dan anaknya selamat tiba di Australia. Setelah selesai menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, dia dilihat sering berkongsi momen dan aktiviti keluarga kecilnya bersama pengikut di Instagram.
Terbaharu, Dayah berkongsi video yang menarik perhatian warganet. Kali ini dia dan suami telah membawa anaknya pergi ke Thredbo untuk bermain salji.
Day 1, first stop at Thredbo. Masa sampai dah nak dekat gelap. So we just use the time we have to do what we can here before it gets dark. Dekat sini pukul 5 pm dah gelap, sebab winter.
Suhu around -1 darjah celsius. Brrr sejuk! Bila sejuk ni memang jadi cepat lapar. Terus terbayang nasi lemak (memang lepastu dinner betul-betul kitaorang makan nasi lemak)
Memandangkan kini rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah ekoran perintah kawalan pergerakan, ramai yang turut tumpang gembira dan seronok melihat perkongsian di Australia tersebut.
Tidak kurang dengan itu, ada yang menyatakan ingin pindah ke sana memandangkan dapat bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Antara komen pengikutnya:
Nak pindah sana la Dayah, stres duduk Malaysia. PKP tak habis-habis.
Kak dayah! Comel sangat laa Fahri tu geram betul!!
Best nya bebas. Kat sini dah nak dua tahun dah terkurung.
Worth the wait, worth the sacrifice. Semoga Allah pelihara keluarga bahagia ini. Amin.
Ujian dan penantian yang berbaloi buat Dayah Bakar
Memilih untuk berehat selama setahun daripada dunia pengacaraan, Dayah yang berusia 31 tahun tetap meluahkan rasa syukur dapat melakukan banyak pengorbanan demi keluarganya.
Genap setahun tidak bertemu mata dengan suami, pada 6 Januari lalu akhirnya mereka disatukan semula di Australia.
”Ia merupakan satu nikmat apabila kami bertiga dapat bersatu kerana selama ini saya sering tewas dengan juraian air mata ketika amat memerlukan suami di sisi.” jelasnya.
Dia yang mengumpul semangat dan doa-doa orang sekeliling percaya bahawa ada juga wanita lain di luar sana berdepan situasi sama dengannya.
Dayah turut mengakui penerbangan berdua sahaja dengan anaknya, Fahri ketika itu berusia 4 bulan agak mencabar kerana perlu melalui banyak prosedur dan persiapan lengkap.
Tiada kes Covid-19 di Australia
Sejak berpindah ke sana, Dayah sering berkongsi aktiviti bersama keluarga sehingga ada yang cemburu melihat mereka bebas berjalan di Australia. Bukan itu sahaja, siap tidak perlu pakai topeng pelitup muka lagi!
Memandangkan ramai pengikut mempertikaikan kenapa mereka tidak pakai pelitup muka, Dayah terpanggil untuk memberikan jawapan.
Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day.
Bila Dayah sampai di Weston Park, Dayah tak berhenti cakap ”Ya Allah cantiknya, Masya Allah, Subhanallah”. Looks like a painting, but it’s real.
Anyway, Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini? Tak ada Covid ke? Let mew answer once and for all ya. Dekat Canberaa dah berbulan tiada kes Covid. Tidak perlu pakai mask, tapi mereka masih praktis SOP seperti sanitize tangan selalu dan jaga penjarakan sosial.
Ramai rakyat Malaysia yang mengikuti Instagram Dayah Bakar meluahkan rasa rindu ketika tidak diwajibkan memakai pelitup muka. Sama-sama kita doakan agar Malaysia dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Walaupun Masih Kecil, 9 Anak Selebriti Ini Terima Hadiah Mewah Dari Ibu Ayah Mereka