Menitis Air Mata Baca Coretan Si Isteri, Kanser Pankreas Menyerang Suaminya Dengan Senyap, Meninggal Selepas Demam

Menitis Air Mata Baca Coretan Si Isteri, Kanser Pankreas Menyerang Suaminya Dengan Senyap, Meninggal Selepas Demam

Yang disangkakan hanya demam biasa, rupanya kanser yang menyerang dalam senyap. Tanpa disedari suaminya menghidapi kanser pankreas dan telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan tulan rusuk. 

Siapa tahu, bila orang yang kita sayangi akan pergi meninggal kita. Benda boleh jadi sekelip mata, atau dalam kes seorang isteri yang berkongsi kisahnya di Facebook, suaminya pergi selepas demam 26 hari, akibat kanser pankreas. 

Yang disangkakan hanya demam biasa, rupanya kanser yang menyerang dalam senyap. Tanpa disedari suaminya menghidapi kanser pankreas dan telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan tulan rusuk. 

Sebak sungguh membaca coretan isterinya. Membayangkan kita ditempatnya, memang tak sanggup. Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Cukup kuat hati seorang isteri ini, sempat membuat coretan selepas pemergian suaminya sebagai kenangan buat anak-anaknya nanti. 

kanser pankreas

Foto: FB Syarima Ghazali

‘Dating’ terakhir

25.07.20 – 25.08.20

Sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awk. pesan arwah kat kawan kawan dia or anyone yg sembang dengan dia, Cancer is really no joking. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak dak simptom apa apa tertiba dah merebak terlampau pantas.

He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun.

04.06.20 – 11 malam tengah tengok tv sambil makan durian tiba tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan tv. Esok pagi nya g clinik doc cakap muscle pain sebab workout or angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah takdak

26.06.20 – kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok pagi nya elok sihat. Malam demam lagi dan siang nya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir 🥺

28.06.20 – kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.

30.06.20 – ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yg datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doc cakap nak jumpa semua family memberS. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu 🥺

2.7.20 – semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.

04.07.20 – doc masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kt Hosp Serdang buat appointment untuk diagnose further sbb ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin.

Terbukti kanser

kanser pankreas

Foto: FB Syarima Ghazali

Selepas beberapa ujian dilakukan, ternyata keputusan tidak menyebelahi pasangan ini. Suaminya disahkan menghidapi kanser namun masih belum pasti kanser apa. 

06.07.20 – harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc dtg bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam. Doc keluar ja terus kami dua nangis. Dia kata “kenapa dia, Macam mana nanti ayg dengan anak anak”. Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam Layan perasan and then i told him insyaAllah abg kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doc say goodbye. Kat bilik doc dia jalan pusing pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doc hati sy macam start sakit”. Doc kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and Sambung admit balik sampai esok ambulan bawak p serdang.

07.07.20 – Dia gerak dengan Ambulans ke Hosp Serdang, sampai sana doc tak boleh nak proceed further sebab Biopsy result keluar summary ja tak dak IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Med Center. Kami terus je cakap ok boleh sbb reading hati dia day by day drop cepat. While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tp sebab ubat nya tak se kuat drip di hosp dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah complaint atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai Tengah Malam. 🥺

09.07.20 kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kt rumah ja.

12.07.20 – 9pm masa tengah tido kan anak2 dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil. “Abg rasa macam short breath jom kita p MSU Med Cen. Ketaq rasa terus bawak p Hosp masuk emergency and admited balik.

13.07.20 – Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center

14.07.20 check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.

16.07.20 doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tp impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push Sedangkan tau condition dia tak ok. Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yg berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung.

Terlupa hari jadi isteri

kanser pankreas

Foto: Syarima Ghazali

Apabila sibuk bertarung nyawa, manakan nak diingat tarikh-tarikh penting, namun si suami tidak ketinggalan untuk memuat naik ucapan manis kepada isterinya di media sosial. 

Malah pada hari yang sama keputusan ujian keluar, dan suaminya telah disahkan menghidap kanser pankreas. Sungguh rare kanser ini, tapi ia sebenarnya menyerang dalam senyap hingga merebak dengan cepat.

17.07.20 my birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he cant remember my birthday 🥺. I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward doc masuk dan doc kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer (kanser pankreas). Dah attack Lung, Hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu Another shock news to us.

19.20.20 tergerak hati nak bawak anak anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sbb sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa.

22.07.20 sepatutnya chemo harini tp demam dia still happened. hati dia start rasa pain doc start bagi morfin untuk less his pain. . Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidor nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak anak dia datang la 🥺

24.07.20 akhirnya chemo start harini. Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak Hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia keep batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak.

Doc datang rescue nak kurang kan batuk n bleeding, buat xray etc. Lepas tu doc kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doc panggil. Doc tunjuk lung dia seminggu lepas vs hari ni. Ca dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doc cakap apa. Bagitau ja. Cakap la cancer kat lung dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia. Dia kata napa nak minta maaf, dia yg patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayg redha abg. Kalau kata umur abg tak panjang insyaAllah ayg akan kuat jaga anak anak. 😭 Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana.. Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi 😭

25.07.20 pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doc kata bleeding tu takdak ape ape yg serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia p ambik air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doc dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop 😭. Masa tu la sampai terus p bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doc panggil keluar nak cakap.

Hari terakhir

Benda yang paling ditakuti akhirnya terjadi. Tiba saat doktor memberitahu berita buruk si suami tidak mempunyai harapan, dan mengarahkan ahli keluarga datang melawat secepat mungkin membuatkan si isteri akur dan redha. 

Suaminya tetap tampak kuat hingga ke nafasnya yang terakhir, menunggu ahli keluarga datang memberi penghormatan yang buat terakhir kalinya. Sedih dan pilu namun itulah takdir. 

Doc kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comma kan tuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam dalam terus cakap kat doc takpe la doc kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i cant let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all ppls in to see him.

Dalam 30 min doc and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami Minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betol betol jadi. Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semua nya smooth sangat. Cakap kat dia “abg sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap” ☺️. Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia.

Ramai orang syg awak. Tengok la ramai orang datang tak putus putus sampai hari kebumi. 4.50pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah takdak. Nurse kata can i call doc to check and declare.

Sy mungkin bukan isteri yang sempurna tapi sy beruntung ada suami yang sempurna buat sy. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awk ckp “abg rasa kuat bila ayg overnight sini, kekuatan tu luar biasa 🥺” semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.

PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. 💞

Muhammad Ashraq Salahuddin
04.04.86 – 25.07.20
Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)

Siapa sangka, kanser pankreas yang menjadi punca pemergian suami ini. Yang pada awalnya disangkakan hanya demam biasa. Semoga isterinya diberi kekuatan dan tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Sesungguhnya Dia lebih menyayangi si suami, moga dipertemukan sekeluarga ini di syurga nanti. Amin. 

Sumber: Syarima Ghazali

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu, jom ambil tahu tentang kanser ketiga yang sering menyerang wanita ini!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner