X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu, jom ambil tahu tentang kanser ketiga yang sering menyerang wanita ini!

4 min bacaan
Ibu, jom ambil tahu tentang kanser ketiga yang sering menyerang wanita ini!

Kanser rahim adalah antara kanser yang banyak menyerang wanita terutama wanita yang sudah menopaus. Jom ambil tahu tentang kanser ini.

Kanser rahim atau kanser uterus adalah kanser biasa yang memberi kesan kepada sistem pembiakan wanita. Kanser ini selalunya terjadi kepada wanita yang telah menopaus.

Simptom kanser rahim

kanser rahim, tanda kanser rahim, pencegahan kanser rahim, simptom kanser rahim, jenis kanser rahim, penyebab kanser rahim, pencegahan kanser rahim, kanser uterus

Simptom paling biasa terjadi adalah pendarahan faraj yang banyak untuk anda (abnormal). Jika anda sudah menopaus, apa-apa pendarahan pada faraj adalah abnormal.

Jika anda belum menopaus, pendarahan yang luar biasa termasuklah haid yang sangat banyak atau pendarahan di antara menstruasi (tempoh selepas haid dan sebelum haid seterusnya).

Bila anda perlu berjumpa doktor?

Jika anda mengalami pendarahan faraj yang luar biasa, segera berjumpa dengan doktor.

Doktor akan tanya tentang simptom yang anda alami dan akan membuat pemeriksaan dalaman. Mereka juga akan rujuk anda kepada pakar untuk memastikan ia bukan masalah yang serius.

Jika anda didiagnos dengan kanser rahim, anda perlu membuat ujian lanjut untuk menentukan anda berada di peringkat ke berapa.

Peringkat ini akan memberi doktor gambaran tentang kebesaran kanser ini dan sama ada ia sudah merebak atau belum dan rawatan yang terbaik untuk anda.

Ujian-ujian lanjut tersebut termasuklah:

  • imbasan X-ray di dada – radiasi digunakan untuk periksa jika kanser dan merebak ke paru-paru atau tidak
  • imbasan MRI – untuk mendapatkan gambaran jelas dalam badan anda bagi melihat jika kanser merebak atau tidak
  • imbasan CT – beberapa sisi imbasan X-ray untuk mendapatkan imej jelas dalam badan anda
  • ujian darah – untuk memeriksa kesihatan anda secara menyeluruh dan bagaimana organ anda berfungsi

Jenis kanser rahim

Kebanyakan kanser uterus ini bermula dalam sel yang membentuk lapisan pada rahim.

Bagi kes yang jarang berlaku, kanser ini akan bermula dari dalam dinding otot rahim. Kanser tersebut dipanggil sarcoma rahim dan perlu mendapat rawatan berbeza.

Kanser rahim juga adalah berbeza dari kanser sistem pembiakan wanita yang lain seperti kanser ovari atau kanser serviks.

Kenapa kanser rahim boleh berlaku?

Tak ada sebab yang jelas tentang penyebab kanser rahim ini, tapi beberapa perkara boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser rahim.

Salah satu faktor utama kanser ini adalah tahap hormon yang dipanggil estrogen tinggi dalam badan anda.

Anda tak boleh mencegah kanser ini, tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko ini.

Ia termasuk mengekalkan berat badan yang ideal, mengamalkan gaya hidup sihat serta penggunaan pencegahan kehamilan jangka panjang.

kanser rahim, tanda kanser rahim, pencegahan kanser rahim, simptom kanser rahim, jenis kanser rahim, penyebab kanser rahim, pencegahan kanser rahim, kanser uterus

Rawatan kanser rahim

Cara rawatan yang biasa adalah pembedahan membuang rahim (histerektomi).

Histerektomi boleh mengubati kanser rahim pada peringkat awal tapi anda tak berpeluang untuk mengandung. Pembedahan untuk kanser ini juga biasanya termasuk pembuangan ovari dan tiub fallopio.

Kadang-kadang radioterapi dan kemoterapi juga diberikan.

Anda juga mungkin akan diberikan terapi hormon (progestogen) jika anda belum menopaus dan masih mahu mendapatkan anak.

Walaupun kanser anda bukan di peringkat awal dan peratus untuk anda sembuh adalah kecil, rawatan masih boleh dibuat untuk mengurangkan simptom dan memanjangkan jangka hayat.

Apabila anda memilih rawatan apa yang sesuai untuk anda, doktor anda akan mempertimbangkan:

  • jenis dan saiz kanser
  • gred kanser
  • kesihatan anda secara menyeluruh
  • sama ada kanser telah merebak ke kawasan lain tubuh anda yang lain
  • sama ada anda mementingkan kesuburan – ini jarang berlaku kerana kanser ini selalunya terjadi selepas menopaus

Mereka akan membincangkan dan mencadangkan rawatan yang terbaik bergantung kepada pertimbangan di atas. Keputusan jenis rawatan adalah dalam tangan anda.

Hidup dengan kanser rahim

kanser rahim, tanda kanser rahim, pencegahan kanser rahim, simptom kanser rahim, jenis kanser rahim, penyebab kanser rahim, pencegahan kanser rahim, kanser uterus

Hidup dengan kanser adalah mencabar dan kanser uterus ini boleh memberi kesan kepada kehidupan anda dengan beberapa cara spesifik.

Contoh, kehidupan seks anda akan terkesan kerana anda membuat histerektomi, lebih-lebih lagi jika ovari anda dibuang. Anda mungkin akan rasa susah untuk melakukan seks dan keinginan seks yang semakin berkurang.

Bercakap dengan seseorang mungkin memberi kelebihan untuk anda termasuk ahli keluarga, pasangan anda atau orang lain yang sama menghidap kanser rahim.

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: NHS

Baca juga:

13 tanda awal kanser rahim – wanita jangan terlepas pandang tanda-tanda ini!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Ibu, jom ambil tahu tentang kanser ketiga yang sering menyerang wanita ini!
Kongsikan:
  • 13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

    13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

  • Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

    Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

    13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

  • Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

    Syed Saddiq Mohon Doakan Ibu, 3 Diet Lawan Kanser Berulang

  • Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

    Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.