Kemas & Bersih, Wanita Ini Kongsi Deko Dapur Rumah Sewa Yang Bajet Tanpa Kabinet

Deko dapur yang kecil sering kali membuatkan ramai suri rumah berasa buntu dalam menyusun atur barangan dan peralatan memasak. Ikuti perkongsian menarik ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara bahagian yang menjadi kegemaran para suri rumah adalah dapur. Di sinilah tempat menyediakan hidangan enak buat seluruh ahli keluarga. Meskipun ruang agak terhad, deko dapur dengan susun atur yang kemas dan bersih dapat menaikkan semangat anda ketika memasak.

Tidak semua diberikan rezeki awal untuk memiliki sebuah rumah. Ada yang hidup sederhana dan tinggal secara menyewa. Walaupun begitu, sudah menjadi kewajipan kita untuk menjaga tempat tinggal dengan sebaiknya.

Idea deko dapur rumah sewa yang bajet tanpa kabinet

Menurut perkongsian salah seorang ahli kumpulan Kelab Deco Rumah, Nur Sha Mimi, dapur rumahnya sangat simple dan susunan barangan pula secara terbuka tanpa penggunaan kabinet.

Dia juga mengatakan bahawa kebanyakan barangan di dapur kecil ini dibeli dari kedai eco dan ninso RM2.10 sahaja. Meskipun murah, namun jika dengan cara penggayaan yang betul tetap akan cantik.

Hanya rumah sewa. Dapur bajet yang tersangat bajet. Masak nasi pun secara manual je sebab takde rice cooker.

Susunan semuanya secara terbuka. Barangan di dapur ini majoriti beli di kedai eco dan ninso RM2.10. Hanya simpan yang nak guna setiap hari sahaja dalam dapur ini.

Senang nak cuci, lap-lap dan capai dengan pantas.

Tiada yang mahal. Tiada yang mewah. Seadanya sahaja. Syukur alhamdulillah.

Nur Shamimi turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan setiap bahagian di dapurnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ruang dapur yang sangat terhad

#2. Saya hanya ada 1 kuali, 1 periuk nasi dan 1 periuk kecil sahaja untuk masak-masak. Cukuplah untuk guna setiap hari. Buat kuih, masak lauk atau apa-apa masakan pun, guna yang ada sahaja.

Anak ada dua orang. Mereka masih kecil. Sangat mencukupi dan yang penting kena rajin cuci.

#3. Peti ais simpan dalam bilik tepi dapur tu je. Dapur jadi lebih luas lagi. Barang-barang yang nak guna untuk setiap hari berdekatan dengan sink. Mudah untuk kemas dan bersihkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pasti ramai yang bertanya, ‘Eh tak bahaya ke penapis air, tempat masak dan wire plug?’ Alhamdulillah, Allah Maha Melindungi.

Semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sudah lebih kurang 3 tahun kedudukannya begini. Jika ada rezeki lebih, bolehlah tambah rak atau tukar rak yang lebih baik. Insya Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Cawan-cawan plastik yang ceria macam ni mudah untuk kegunaan anak-anak. Kat sebelah sana tu bahagian laluan belakang dapur. Dan belakang tu juga adalah laundry area saya. Kawasan belakang dapur ni best sangat. Udara sejuk dan tidak terlalu panas.

Bila memasak, dapur memang tidak berbahang dan tidak panas.

Raih komen positif selepas kongsi deko dapur yang ringkas dan bajet

Perkongsian oleh Nur Shamimi telah mendapat 17,000 tanda suka dalam kalangan ahli kumpulan. Bukan itu sahaja, ramai memberi komen positif dan tumpang gembira melihat dirinya yang hidup dengan penuh bersyukur.

Alhamdulillah, nikmat paling besar bila dapat bersyukur dengan apa yang kita ada. Kayanya bahagia dan kasih sayang. Percayalah suatu hari nanti awak akan dapat lebih dari ini. Sangat kemas dan tersusun rapi.- Pelamin Johor KA Bridal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sifat yang baik. Beli dan guna yang perlu sahaja. Realistik, tidak perlu membazir. Dekat negara Barat ramai hidup sederhana.

Mereka tak beli rumah dan hanya menyewa sahaja meskipun mampu. Sebab memudahkan kerja jika perlu pindah sana-sini. Barang pun tak beli banyak-banyak sebab tak pakai. Mereka hanya beli untuk kegunaan harian sahaja. Syabas awak, yang penting kemas dan bersih.Debra D.Destiny

Rumah kita, kita yang tinggal. Kita yang merasai syurga di dalamnya. Tidak perlu semua perabot atau benda mahal untuk kelihatan mahal. Tapi cukup dengan kerajinan kita.

Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa jika ada yang mampu guna barangan mahal, tetapi jika tidak pandai mengemas akan kelihatan bersepah juga.

Cantik dan sangat kemas. Biarpun puan kata hanya guna barang-barang murah sahaja. Saya suka tengok. Bagi saya, kalau mahal tak reti mengemas, tak ada guna juga.- Faezan Binti RazaliD

Khas untuk pembaca theAsianparent

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Buat Ibu Ayah!