Dalam mendirikan rumah tangga, setiap orang inginkan pasangan yang mampu berkorban apa sahaja untuk mereka. Sama seperti kisah suami ini yang sanggup derma buah pinggang buat isteri tercinta.
Pasangan seperti ini memang satu dalam sejuta dan susah sekali nak jumpa tetapi kalau dah jumpa tu, pastikan anda hargai mereka.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Suami derma buah pinggang pada isteri mendapat pujian ramai
- Alhamdulillah lepas keluar wad, kedua-duanyanya berada dalam keadaan sihat
- Beruntung dapat suami yang ikhlas, inilah dinamakan cinta sampai syurga
Suami derma buah pinggang pada isteri mendapat pujian ramai
Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi Tik Tok @kerol_is_edward, seorang suami sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya buat isteri tercinta telah mengundang rasa terharu netizen.
Ujar pegawai perubatan yang juga pemilik akaun Tik Tok tersebut, dia berasa sebak apabila si suami sanggup berdepan risiko dalam mendermakan buah pinggang buat isterinya.
Tambahnya lagi, keikhlasan hati lelaki itu dianggap sebagai sesuatu yang sangat berharga kerana jarang sekali ada pasangan yang sanggup melakukan pengorbanan sedemikian.
Alhamdulillah lepas keluar wad, kedua-duanyanya berada dalam keadaan sihat
Dalam perkongsian yang sama, pegawai perubatan itu turut berkongsi beberapa gambar sepanjang proses pemindahan organ dijalankan.
Tambah mengharukan apabila pegawai perubatan tersebut turut kongsikan keadaan pasangan tersebut selepas menjalani pembedahan yang panjang.
Jelasnya, dia bersyukur melihat pasangan itu semakin sihat dan turut berdoa agar pasangan suami isteri itu dikurniakan kesihatan yang baik.
Beruntung dapat suami yang ikhlas, inilah dinamakan cinta sampai syurga
Ternyata kisah suami yang sanggup mendermakan buah pinggang pada isterinya itu telah mendapat perhatian daripada netizen.
Ruang komen akaun @kerol_is_edward dibanjiri dengan komen daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan pengorbanan si suami yang sanggup melakukan apa sahaja demi kesihatan isteri tercinta.
Ada juga yang menyifatkan bahawa insan seperti lelaki ini ibarat satu dalam sejuta dan menganggap cinta yang mereka miliki adalah cinta sehingga ke syurga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!
Baca juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali
Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!